Selasa, 11 Ogos 2009

"Metodologi Soal-Jawab Mudah Di Sekitar Perbandingan Agama"

SOALAN & JAWAPAN MISIONARY KRISTIAN KEPADA KITA UMAT ISLAM:
Imbang Penuh---------------------------------------------------------------------------
SOALAN 1: Muhammd telah mati tapi Isa..? masih hidup dan dianggkat Allah kelangit dan akan turun diakhir zaman.. Jadi Isa lagi hebat dari nabi kamu kerana Muhammad telah mati sementara Isa masih hidup...

JAWAPAN 1: Nabi Isa masih hidup dan akan diturunkan kebumi bukanlah sebagai seorang Nabi tapi sebagai ummat Muhammad yang ditugaskan Allah untuk membetulkan akidah orang Kristian yang "baginda bukan Tuhan". Ini kerana kaum Nasrani satu-satunya kaum yang mengangkat nabi yang diutuskan Allah sebagai Tuhan..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 2: Muhammad ada bapa dan ibu.. tapi Isa ada ibu tiada bapa.. jadi siapa bapa Isa? Maka Allah-lah bapa Isa? Jadi Isa lagi hebat dari nabi kamu (Islam)...

JAWAPAN 2: Orang Kristian amat percaya pada nabi Adam dan kita kata kepada mereka bahawa Adam tiada ibu dan bapa pun.. Jadi Adam lagi hebat dan kenapa tidak jadikan saja Adam Tuhan kamu.. Kejadian Isa adalah mukjizat malah sama kejadiannya dengan Adam A.S..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 3: Siapa lagi hebat?..Muhammad disebut dalam Quran hanya 5 kali tapi Isa 25 kali..? padahal Quran diturunkan untuk Muhammad..
JAWAPAN 3: OK.. jawab kepada mereka nabi Musa disebut dalam Quran sebanyak 200 kali dan kenapa kamu tidak jadikan Musa sebagai Tuhan kamu.. satu lagi dalam Bible sendiri menyebut Setan lebih banyak dari Maryam sendiri..kenapa tidak jadikan Setan saja sebagai tuhan kamu kalau isu ini dimainkan... [Harusnya dengan tidak emosi...]
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 4: Mereka bertanya; siapakah Nabi terakhir, adakah Isa atau Muhammad? ini kerana Isa yang akan turun diakhir zaman dan bukan Muhammad??..

JAWAPAN 4: Dalam isu ini, kalau nak tahu siapa Nabi terakhir bukanlah dari sudut siapa yang lambat turun tapi yang lambat LAHIR.. Jadi Muhammad yang lambat (terkemudian) lahir berbanding Isa.. sebagai logik seorng bapa mempunyai 4 anak dan anak pertama, kedua dan terakhir telah mati. Adakah gelaran anak sulung dan bungsu yang telah mati tadi akan diberikan kepada anak ketiga yang masih hidup? Ia masih tetap anak ketiga dan anak terakhir tetap bungsu dalam keluarga tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 5: Dalam Quran juga diajar tentang Trinitas iaitu 3 tuhan dalam 1.. Bila Allah menggunakan perkataan Kami @ "nahnu" yang menunjukkan banyak @ plurality. Jadi betullah Allah ini banyak?....

JAWAPAN 5: Dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab "Kami" ini ada 2 maksud, iaitu menunjukkan banyak @ jamak (kuantiti) dan menunjukkan keagungan atau kebesaran. Ratu Elizabeth sendiri bertitah dan menamakan dirinya sebagai WE @ kami bukan ME kerana ia menujukkan kebesarnya sebagai Ratu.. Begitulah juga Allah yang menyatakan Maha Besar dan AgungNya.. sebab itu kaum Quraisy Mekah tidak timbulkan isu ini kerana mereka orang arab dan tahu penggunaan Kami @ nahnu...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERSOALAN UNTUK KRISTIAN DAN YAHUDI: Mengapa dalam kitab lama atau Old Testament dan kitab baru atau New Testament tidak menyebut didalamnya agama kristian atau yahudi. Sedangkan kamu mahu mempromosikan agama kamu? Secara logiknya, seorang penjual barangan tidak akan berjaya jika menjual barangan yang tidak bernama.. "encik mahu beli barang ini?... tanpa nama".. TETAPI ISLAM dalam kitabnya iaitu Quran menyebut berbilang kali tentang Islam.. seperti "encik mahu beli selipar" ada nama sekian dan sekian.. orang makin jelas tentang barang yang hendak dijual... [Sumber: Seorang yahudi yang masuk Islam...]
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 6 : Kenapa kamu sembah berhala yakni KAABAH...?

JAWAPAN 6 : Kami bukan menyembah Kaabah, tapi Allah. Kaabah hanya sebagai center point bagi seluruh umat Islam didunia ini bagi menghadap Allah. Islam mengajar umatnya bersatu-padu dan jika tiada Kaabah saya pasti ummat Islam yang berjuta saling berbalah akan arah yg sepatutya.."sorang ke timur sorang pula ke barat". Dan jika Kaabah adalah berhala adakah wajar dan boleh dinaiki dan dipijak? Kami sebagai orang Islam boleh menaiki Kaabah dan sentiasa memijaknya ketika sembahyang iaitu sejadah yang kami sering gunakan.. dan jika Kaabah itu boleh dialih ke Jepun atau China sekalipun kami masih menghadap Mekah kerana ia adalah kiblat kami bukan Kaabah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 7: Adakah Muhammad Sex Maniac @ gila seks dengan berkahwin sampai 12 isteri?

JAWAPAN 7 : Jawap kepada mereka (kafir) dengan tegas.. BUKAN!!. Adakah Muhammad yang gila seks itu akan berkahwin dengan Khadijah yang berumur 40 tahun ketika mana umurnya masih 25 tahun.. Dan dapat bertahan sehingga umur Khadijah itu 60 tahun tanpa berkahwin dengan wanita selama tempoh itu.. Malah selepas Khadijah meninggal pada umur 60 tahun Muhammad menduda selama 2 tahun. Adakah seorang yang gila seks masih dapat bertahan dengan wanita tua dan boleh menduda selama 2 tahun? Muhammad hanya berkahwin selepas itu sekadar membantu yang diperlukan, sebagai salah satu bentuk strategi diplomasi, menunjukkan toleransi Islam dan untuk pengetahuan Muhammad berkahwin dengan janda sementara hanya seorang sahaja anak dara (Aisyah). Tanya kepada orang kafir itu adakah seorang yang gila seks akan kahwin dengan janda yang berumur dan seorang sahaja anak dara selama 63 tahun hayatnya..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

[Diharap saudaraku Muslim mengupayakan untuk lebih mendalami isu-isu ini agar lebih mantap dalam menjelaskan kepada saudara-saudara kita diluar Islam... Biarlah kebenaran itu terserlah tanpa basa-basi dan hujjah yang tidak logik dan terkeluar dari ajaran Islam yang murni.

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua saudara-saudaraku Muslimin sekalian. Marilah sama-sama memanfaatkannya.]

--------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------
Alfaqiir - Abu Miftah
-------------------------

1 ulasan:

  1. terima kasih. sangat bermanfaat. izinkan saya masukkan ke dalam blog saya.

    BalasPadam

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.