Rabu, 5 Ogos 2009

JANGAN MUDAH ME-WAHABI-KAN SESIAPA!

--------------------------------------------------------------------------------------------------
INI CONTOH ENTRI BLOG YANG SUKA ME-WAHABI-KAN GOLONGAN TERTENTU!!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------

AWAS BAHAYA WAHABI!

Sempena nisfu syaaban ini seperti biasa kita akan mendengar desas-desus puak wahabi mempertikaikan amalan-amalan mulia tradisi kita dalam meraikan hari yang penuh barakah ini.


Mari kita lihat siapa dia tokoh-tokoh wahabi yang selalu memecah-belahkan amalan Melayu Islam kita…

Tokoh Anti Nisfu Syabaan




“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam..

Perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
[Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam kitab Fatwa Mu’asirah]

Maka, Dr.Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama’ yang masyhur ini terbukti dari puak wahabi. Awas!

Tokoh Anti Mazhab



“Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan tokoh tertentu…

Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Diharuskan menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan....” [Dr. Wahbah Al-Zuhaili di dalam kitab al-Rukhas al- Syar’iyyah]

Maka, Dr. Wahbah Al-Zuhaili yang terkenal dengan kitabnya Tafsir al-Munir terbukti dari puak wahabi. Awas!

Tokoh Anti Kenduri Mati



“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”
[Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmu’]

Maka, Imam an-Nawawi rahimahullah, pengarang kitab-kitab masyhur seperti Riyadhus Sholihin dan al-Adzkar terbukti dari puak wahabi. Awas!

Tokoh Anti Zikir Berjemaah Selepas Solat



“Hendaklah mereka (imam dan makmum) mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir)..." [Imam as-Syafi’e di dalam kitab Al-Umm]

Maka, Imam as-Syafi’e rahimahullah, tokoh fiqh yang terkenal sebagai pengasas mazhab Syafi’e terbukti dari puak wahabi kerana berani bercanggah pendapat dengan adat Melayu. Awas!


Penutup:
Jika kamu dari kalangan yang malas berfikir dan menyelidik, janganlah menghalang orang lain dari berfikir dan menyelidik dengan label dan fitnah penuh emosi tanpa sebarang nilai ilmiah.

Golongan remaja dan belia ingin kepada agama yang murni yang beribadah atas dasar wahyu Illahi, bukan kepada adat-istiadat dan tradisi semata-mata.

Sekarang ini bukan lagi zaman batu. Maklumat amat tersebar luas.

Kepada pihak-pihak yang difitnah - bersabarlah, sesungguhnya Rasulullah juga difitnah dalam berda’wah kerana menggugat adat-istiadat dan sumber kewangan kaum Quraish.




Sila download ulasan ilmiah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu Wahabi dan keterangan mengenai sifat pihak-pihak anti-Wahabi yang terpengaruh dengan puak Syiah dan golongan al-Ahbash.

*************************************************************************************
SUMBER LAMAN: http://adisg.multiply.com/journal/item/46

Masih terlalu banyak laman web/blog/tulisan yang berlatarbelakang fikrah seperti ini. Dengan cara berfikir & beragama seperti ini - saling menuding melulu / menanggapi orang lain secara liar / mencop orang sana-sini / menuduh dengan pelbagai tohmahan yang meragukan dll - semuanya ini sangat merugikan samada dari segi izzah ISLAM mahupun citranya di mata pandangan mereka yang diluar agama ISLAM.

..........Marilah kita menilai sesuatu itu berdasarkan DALIL atau HUJJAH agama........

*************************************************************************************

Muhasabah kendiri - semoga diriku terhindar dari sikap & cara berfikir yang semu seperti ini.

"Ya ALLAH Ya Rabbi... tunjukilah daku perkara yang hak dengan ilmu dan pandangan yang hak serta tuntunlah akalku jua hatiku untuk mengikuti kebenaran itu... Ya ALLAH tunjukilah jua daku perkara yang bathil itu dengan sejelas-jelasnya, serta bimbinglah daku agar terhindar dari keburukannya.... Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin"

*************************************************************************************
Abu Miftah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...