Selasa, 18 Oktober 2011

BUNUH DIRI

Assalaamu`alaikum wtb.

Gejala bunuh diri semakin sering kita dengar dewasa ini. Dalam agama Islam, bunuh diri hukumnya haram dan berdosa besar orang melakukannya. Apabila hal ini telah berlaku, ramai pula orang yang keliru meletakkan hukum dan khilaf besar dalam menyikapi dan menangani situasi tersebut.

Untuk lebih jelas; berkenaan hukum, dalil dan cara menyikapi situasi berkaitan, mari kita menimbangnya dengan perintah Allah SWT dan panduan Rasulullah saw.

1. Allah SWT mengingatkan dengan tegas dalam Surah An-Nisaa ayat 29-31: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan.cara melanggar hukum dan zalim, akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu mudah bagi Allah. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)".

2. Allah SWT juga menggariskan sebagai panduan umum kepada kita dalam Surah Al-Baqarah ayat 195: "Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

3. Dari Jundab bin Abdillah, bahawa Rasulullah saw pernah mengingatkan : "Dahulu di antara orang-orang sebelum kalian ada seseorang yang terluka lalu ia berputus asa kerana luka tersebut. Kemudian dia mengambil sebilah pisau lalu memotong tagannya dengan pisau itu. Darahnya terus mengalir sampai akhirnya ia mati (kehabisan darah). Maka Allah Ta'aala berseru : "Hambaku telah mendahului (ketentuan atau ajal)-Ku dengan tangannya sendiri (bunuh diri). Maka akan.Aku haramkan baginya syurga". [Muttafaqun `alaih]

4. Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : "Sesiapa yang bunuh diri dengan sepotong besi, maka ia akan memegang potongan besi tersebut dan akan menusukkan ke perutnya, ia berada di neraka jahannam dan kekal untuk selamanya. Dan sesiapa yang bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahannam, ia akan meminum racun terus menerus dan kekal di dalamnya untuk selamanya". [Muttafaqun `alaih]

5. Dalam sebuah untaian hadith shahih disebutkan tentang orang yang merasa kesakitan kerana luka-lukanya sehingga ia tergesa-gesa untuk mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri - dengan menusukkan pedang ke perutnya. Maka Rasulullah saw bersabda : "Ia termasuk di antara penduduk neraka" [Muttafaqun 'alaih]

6. Dari Yahya bin Abu Bukair, dari Abu Qilabah dari Tsabit bin Adh-Dhahhak bahawa Rasulullah saw bersabda : "Melaknat seorang mukmin samalah (dosanya) dengan membunuhnya. Sesiapa yang menuduh (qazafa) seseorang mukmin dengan kekafiran, maka samalah (dosanya) dengan membunuhnya. Sesiapa yang bunuh diri dengan sesuatu, maka Allah akan mengazabnya dengan sesuatu yang ia gunakan untuk membunuh dirinya di hari Qiamat kelak". [Muttafaqun 'alaih]

7. Imam Muslim melaporkan dalam Bab : Tentang Orang Yang Mati Bunuh Diri, dari Jabir bin Samurah ra, ia berkata : "Bahawa pernah jenazah seorang laki-laki yang bunuh diri dengan anak panahnya didatangkan kepada Rasulullah saw, tetapi beliau tidak mensolatkannya".
[Tambahan - Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw tidak mensolati, namun memerintahkan para sahabat untuk mensolati jenazah tersebut - ERTINYA orang yang mati bunuh diri tetap Muslim, cuma berdosa besar kerana perlakuannya].

Nota Penting :

A. Hukum : Bunuh diri hukumnya haram - dosa besar.

B. Azab Seksa : Orang yang bunuh diri dimasukkan dan diazab di neraka sesuai dengan apa dia bunuh diri ketika di dunia. Sementara sakit perihnya ketika sakarat adalah sebahagian dari azab Allah di dunia kerana perbuatannya.

C. Sebab diseksa atau dosa besar - kerana mendahului ketentuan dan ajal yang telah ditentukan Allah SWT dengan tangannya sendiri.

D. Perlu diketahui dan diteliti dengan halus, bahawa Allah SWT dan Rasul-Nya sangat tegas dalam perkara ini. Sehingga Allah SWT mengancam pelakunya dengan siksaan neraka. Malahan, Rasulullah saw sendiri menegaskan bahawa pelakunya akan kekal di dalam neraka dan diazab mengikuti bagaimana ia melakukannya ketika di dunia. Ertinya - perlakuan itu sangat terlaknat dan tidak diredhai Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.

E. Bagaimana dengan jenazah Muslim / orang yang bunuh diri? Jawapannya : Disempurnakan seperti mayyit yang biasa. Iaitu - dimandikan, dikafankan, disolatkan dan disempurnakan pengebumiannya di tanah perkuburan orang Islam juga!

F. Marilah kita husnuz zon - bersangka baik - dan memelihara aib arwah saudara kita itu. Perlakuan dosa telah terbuat, dosanya pada Allah SWT. Hak kita adalah memelihara keaiban saudara kita. Biarlah Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang mengadilinya. Cukuplah bagi kita menghukumi menurut adat zahirnya sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam al-faqiiir
Ustaz Abu Miftah

3 ulasan:

  1. terkadang dalam hidup nih..puas da berusaha..usaha cara ini..kalau tak berjaya..di usahakan pulak cara dan cari jalan lain nya..namun buntu..fikiran tambah serabut..semangat makin menipis dan dah xkuat lagi nak mnempuh apa yg bakal menjelang esok dan esok hari...di depan belakang, kiri mahu pun kanan..di sekeliling saya..semuanya kelam..kosong..terasa perit kemarau dalam dri nih...mungkin inilah balasan bg dosa2 yg telah sudah..ya Allah, tunjukkanlah hambaMu ini jalan keluar bg permasalahan ini..ringankan lah beban batu besar yg menghempap dri ini...sesungguhNya aku sgt2 takut, berada dalam kegelapan..tiada sedikitpn sinar cahaya yg mnerangi..ampunkan lah sgala dosa2 hambaMu ini ya Allah

    BalasPadam
  2. sy ssekarng asyik pikir nk bunuh dri..tlg sy..sy dah hancurkan harapan semua org..tlg sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mintak Rahmat dr Allah utk lindungi Sdr/i....Saya juga ada masalah yg sgt besar tp saya percaya ada hikmah dan Allah mau saya bersabar harungi nya....dosa saya sgt besar tp ingatlah Pengampunan Allah tak de tolok bandingnya....semoga Allah selamatkan kita dunia akhirat....Ameen

      Padam

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.