Memaparkan catatan dengan label Perbandingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbandingan. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2009

Sabda Rasulullah Saw Vs. Ramalan Nostradamus

=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================


Seorang Ahli Astrologi (Ahli Nujum) Francis abad ke-16 bernama Nostradamus seorang pelajar perubatan yang ditendang dari Universiti, menjadi ahli Nujum setelah beberapa waktu menjadi peniaga.

Walau pun beliau dikenali sebagai penganut Kristian Katolik tetapi ibu bapanya adalah penganut Yahudi yang taat. Maklumat lanjut tentang riwayat hidupnya sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Nostradamus.

Beliau dikenali sebagai seorang peramal yang hebat setelah menjadi panel Bomoh kepada keluarga Diraja Francis malah menjadi perawat Istana. Dari sinilah beliau mula mengembangkan tulisannya dengan pelbagai ramalan. Hingga hari ini ramalannya telah menjadi rujukan utama masyarakat Dunia yang berjiwa kosong. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Google bahawa berjuta hit melanda ke atas laman-laman web yang ada kaitan dengan ramalan-ramalan Nostradamus. Persoalannya benarkah ramalannya terhadap kejadian-kejadian akhir zaman seperti yang didakwa oleh penganut NOSTRADAMUS ini?

Ternyata walau pun ada ramalannya yang telah terjadi tapi beratus-ratus ramalannya telah didapati tidak pun berlaku. Zaman semakin meninggalkan segala ramalannya namun hanya sedikit yang dianggap benar itu pun "sipi-sipi" sahaja. Ada yang persoalkan samada ia benar-benar ramalan Nostradamus atau pun penipuannya semata-mata atau pun bisikan-bisikan jin dan Syaitan sahaja?

Ada yang beranggapan Nostradamus telah meniru Sabda Rasulullah saw tentang kedatangan akhir zaman seperti yang telah sabit dari hadith-hadith Mutawatir Baginda saw. Perlulah difahami bahawa ketika zaman Nostradamus umat Kristian telah menghadapi kekalahan Perang Salib yang memalukan ditangan para tentera Muslimin Salahuddin Al-Ayyubi. Abad ke-16 adalah misi membalas dendam umat Nasrani Eropah untuk mengkristiankan seluruh dunia sebelum sempat diIslamkan oleh Muslimin. Sebagaimana kedatangan Spanyol ke kepulauan Sulu dan Nusantara sendiri bermula seawal kurun ke-14 lagi.

Persoalannya benarkah Nostradamus meniru ramalan akhir zaman Rasulullah saw atau pun tidak, bergantung kepada penilaian pembaca setelah selesai membaca artikel ini. Kalau punlah ramalan Nostradamu itu benar maka siapa yang lebih benar ramalannya? Ramalan Rasulullah saw atau ramalan Nostradamus yang benar? Nabi Muhammad saw adalah Nabi atau Rasul yang diutus Tuhan sedangkan Nostradamus seorang peramal dan ahli nujum Istana.

Menurut Nostradamus, pada tahun 2000 ke atas akan berlaku bala bencana ke atas dunia seperti ribut dan gempa bumi dan ramai kematian, ini persis dengan ramalan Nabi Muhammad saw tentang akhir zaman. Tinggal lagi Nostradamus meletak tahun yang lebih spesifik. Di Peru satu negara Amerika Latin pula telah dijumpai satu kalendar Kuno kaum Maya, meletakkan tahun 2012 sebagai penamat kepada kalendar mereka. Para ahli Astrologi menyatakan ia (Kalendar Maya berakhir 2012) bukanlah kepada penamat Dunia tetapi hanya kiraan hari dan tahun kaum Maya yang mereka sendiri tidak pernah nyatakan bahawa penamat 2012 adalah hari kiamat.

Sila baca 10 ramalan Nostradamus yang dikatakan tepat itu. Klik ke laman forum di http://www.forumkami.com/ untuk mengetahui 10 ramalan Nostradamus yang dikatakan tepat itu. Kemudian bandingkannya dengan Sabda Nabi Muhammad saw seperti yang penulis paparkan dibawah:

Antara ramalan Rasulullah saw tentang akhir zaman (kita umat Islam tidaklah menyebut sabda Rasulullah saw sebagai ramalan melainkan ialah wahyu. Istilah "ramalan" diguna pakai sekadar perbandingan dengan Nostradamus):

TANDA-TANDA QIAMAT

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
1.1) Negara Arab (kembali) menjadi padang rumput dan sungai

2) Zina bermaharajalela,
2.1) banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
2.2) manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
2.3) Akan terdapat ramai anak luar nikah.

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang keji, jahil dan fasik,
3.1) orang (yang bodoh dan) hina mendapat kedudukan terhormat
3.2) Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
3.4) Penguasa undang-undang semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
3.5) Penjualan jawatan atau kepemimpinan
3.6) Munculnya gayahidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
3.7) Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

4) Bermaharajalela alat muzik

5) Menghias masjid (dengan indah) dan membanggakannya

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

9) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
9.1) Orang akan membina hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

10) Bulan sabit kelihatan besar

11) Banyak dusta, tidak tepat dalam menyampaikan berita,
11.1) sifat bohong menjadi satu kebiasaan
11.2) saksi palsu
11.3) Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
11.4) Berkurangnya sifat amanah

12) Orang akan melakukan hubungan sejenis.

13) Terasa berat untuk menjalankan syariah

14) Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
14.1) Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
14.2) Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
14.3) Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
14.4) Isteri membantu suamiya berdagang (atau berpangkat lebih besar)

15) Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

16) Memandang rendah kepada darah (pertumpahan darah)

17) Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

18) Banyaknya berlaku gempa bumi

19) Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

20) Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

21) Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

22) Masjid dijadikan jalan (laluan) - iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat (atau dijadikan Muzium untuk lawatan pelancong)
---------------------------------------------------------
Keluar sejenis binatang dari bumi bernama Daabatul Ardii.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa A.S.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari arah barat.
Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.
Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada adzan tak di jawab
--------------------------------------------------------

Tulisan berwarna biru adalah tanda Qiyamat dan itu belum berlaku. Sedangkan yang berwarna merah telah pun berlaku malah sedang berlaku sekarang ini. Ternyata "ramalan" Rasulullah saw lebih tepat dan benar bukti dari Kerasulan Baginda saw.

Siapa lebih benar antara dua di atas? Sebenarnya ramalan Nostradamus telah diguna oleh Yahudi dan merekalah (Nasrani-Yahudi Zionist) yang merialisasikannya. Meletupnya dua bangunan di New York adalah kerja mereka, benarkah? Mahu bukti?

Pautan - Asreemoro [Tausug-global] - klik sini!

Sabtu, 14 November 2009

SIRI KRISTOLOGI #5 - Membetulkan Persepsi Dan Pengertian...


=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

BUALAN KRISTIAN TENTANG KATA MAJMUK "KAMI"
DALAM AL-QUR'AN ADALAH TRINITI



Orang-orang Kristian seringkali mengklaim kata majmuk "Kami" dalam Al-Qur'an sebagai wujud adanya peribadi tiga substansi Tuhan dalam satu peribadi atau yang lebih popular dikenali dengan sebutan Triniti. Tentu saja, ini adalah pemahaman yang sangat sempit tanpa melalui proses berfikir secara rasional. Mereka hanya mendasarkan pemahamannya pada ajaran/doktrin Triniti yang sudah terpatri dalam otak mereka semenjak masa kanak-kanak.

Keesaan Tuhan tidak diragukan lagi di mana saja di dalam Al-Quran, sebagaimana dinyatakan dalam daftar berikut [sila rujuk dengan saksama di dalam Al-Quran]:

QS. 2:133; QS. 2:163; QS. 4:171; QS. 5:73; QS. 6:19; QS. 9:31; QS. 12:39; QS. 13:16; QS. 14:48; QS. 14:52; QS. 16:22; QS. 16:51; QS. 18:110; QS. 21:108; QS. 22:34; QS. 27:60-65; QS. 37:4; QS. 38:65; QS. 39:4; QS. 40:16; QS. 41:6; QS. 112:1.

Kata jamak atau tepatnya kata ganti orang pertama jamak, yakni "Kami", digunakan secara konsisten bila dalam suatu aksi perbuatan malaikat ikut terlibat, bukan hanya Allah SWT sendiri. Sebagai contoh, turunnya Al-Qur'an terjadi dengan perantaraan malaikat Jibril (lihat QS. 2:97 di bawah). Oleh kerana itu, jika membicarakan wahyu-wahyu Allah SWT, kata majmuk "Kami" digunakan untuk mengakui peranan malaikat Jibril (lihat QS. 5:44 dan QS. 15:9 di bawah). Begitu pula bilamana kata majmuk "Kami" digunakan, kita tahu malaikat dilibatkan, dan Allah SWT menghargai para malaikat atas keterlibatan mereka (lihat juga QS. 70:40 di bawah).

Dengan kata lain, dalam situasi di mana Allah SWT sendiri sebagai pelaku, kita mendapatkan bahawa Allah SWT mempergunakan bentuk kata tunggal atau kata ganti orang pertama, kedua, dan ketiga tunggal. Sebagai contoh, ketika Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa a.s. di mana tidak ada malaikat sebagai perantara, kita mendapati bahawa Allah SWT berfirman dalam bentuk kata ganti orang pertama tunggal (lihat QS. 20:11-15 di bawah). Demikian juga dengan sikap ibadah makhluk yang harus ditujukan kepada Allah SWT, Dia mengekspresikan firman-Nya dengan menggunakan kata ganti orang pertama tunggal (lihat QS. 51:56 di bawah).

"Katakanlah: 'Barang siapa yang menjadi musuh JIBRIL, maka JIBRIL itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman'." (QS. 2:97)

"Sesungguhnya
KAMI telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada AKU. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat AKU dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (QS. 5:44)

"Sesungguhnya
KAMI-lah yang menurunkan Al-Qur'an, dan sesungguhnya KAMI benar-benar memeliharanya." (QS. 15:9)

"Maka ketika ia datang ke tempat api itu ia dipanggil: "Hai Musa. Sesungguhnya
AKU inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa. Dan AKU telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). Sesungguhnya AKU ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain AKU, maka sembahlah AKU dan dirikanlah shalat untuk mengingat AKU. Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, AKU merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan." (QS. 20:11-15)

"Dan tidak
AKU ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah AKU." (QS. 51:56)

"Maka
AKU bersumpah dengan Tuhan Yang menguasai timur dan barat, sesungguhnya KAMI benar-benar Mahakuasa." (QS. 70:40)


CATATAN:

Frasa Tuhan Yang menguasai timur dan barat dalam QS. 70:40 di atas merupakan kiasan yang maksudnya adalah malaikat-malaikat pemelihara benda-benda angkasa. Kita tahu bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Menguasai Alam Semesta beserta segala isinya (lihat QS. 1:2). Meski orang Kristian seringkali memutarbelit ayat QS. 70:40 ini, namun bagi orang-orang yang berakal, sesungguhnya ayat ini merupakan golongan ayat "muhkamaat" atau mudah difahami (lihat QS. 3:7).



Wassalaam.


SIRI KRISTOLOGI #4 - Al-Kitab & Al-Quran : Kehancuran Injil..


=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

ALKITAB & AL-QUR'AN BERBICARA
TENTANG KEHANCURAN KITAB SUCI INJIL


Orang Kristian seringkali menyebut kitab-kitab kanonik (Qonun) di dalam Alkitab/Bible seperti Markus, Matius, Lukas, dan Yohanes dengan sebutan Injil. Namun demikian, apakah kitab-kitab tersebut benar-benar merupakan Kitab Suci Injil yang diturunkan oleh Allah dan diajarkan oleh Nabi Isa/Yesus kepada umat Israel?

Keterangan dari ketiga kitab kanonik tersebut (kecuali Yohanes), yang kemudian dikenal dengan sebutan kitab-kitab sinopsis kerana seringkali berisi cerita yang sama tentang Yesus, memberikan penjelasan yang sangat terang berikut ini (cetak biru ditambahkan):

Kitab Markus:

1:14 Sesudah Yohanes ditangkap datanglah Yesus ke Galilea memberitakan Injil Allah,
1:15 kata-Nya: "Waktunya telah genap; Kerajaan Allah sudah dekat. Bertaubatlah dan percayalah kepada Injil!"

1:38 Jawab-Nya: "Marilah kita pergi ke tempat lain, ke kota-kota yang berdekatan, supaya di sana juga Aku memberitakan Injil, kerana untuk itu Aku telah datang."
1:39 Lalu pergilah Ia ke seluruh Galilea dan memberitakan Injil dalam rumah-rumah ibadat mereka dan mengusir syaitan-syaitan.

3:14 Ia menetapkan dua belas orang untuk menyertai Dia dan untuk diutus-Nya memberitakan Injil

8:35 Kerana siapa yang mahu menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya kerana Aku dan kerana Injil, ia akan menyelamatkannya.

10:29 Jawab Yesus: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya setiap orang yang kerana Aku dan kerana Injil meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, ibunya atau bapanya, anak-anaknya atau ladangnya,

13:10 Tetapi Injil harus diberitakan dahulu kepada semua bangsa.

14:9 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia."

16:15 Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk.

16:20 Merekapun pergilah memberitakan Injil ke segala penjuru, dan Tuhan turut bekerja dan meneguhkan firman itu dengan tanda-tanda yang menyertainya.

Kitab Matius:

4:23 Yesus pun berkeliling di seluruh Galilea; Ia mengajar dalam rumah-rumah ibadat dan memberitakan Injil Kerajaan Allah serta melenyapkan segala penyakit dan kelemahan di antara bangsa itu.

9:35. Demikianlah Yesus berkeliling ke semua kota dan desa; Ia mengajar dalam rumah-rumah ibadat dan memberitakan Injil Kerajaan Syurga serta melenyapkan segala penyakit dan kelemahan.

11:1. Setelah Yesus selesai berpesan kepada kedua belas murid-Nya, pergilah Ia dari sana untuk mengajar dan memberitakan Injil di dalam kota-kota mereka.

24:14 Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya."

26:13 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di mana saja Injil ini diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia."

Kitab Lukas:

4:43 Tetapi Ia (Yesus) berkata kepada mereka: "Juga di kota-kota lain Aku harus memberitakan Injil Kerajaan Allah sebab untuk itulah Aku diutus."
4:44 Dan Ia memberitakan Injil dalam rumah-rumah ibadat di Yudea.

8:1. Tidak lama sesudah itu Yesus berjalan berkeliling dari kota ke kota dan dari desa ke desa memberitakan Injil Kerajaan Allah. Kedua belas murid-Nya bersama-sama dengan Dia,

9:6 Lalu pergilah mereka dan mereka mengelilingi segala desa sambil memberitakan Injil dan menyembuhkan orang sakit di segala tempat.

20:1. Pada suatu hari ketika Yesus mengajar orang banyak di Bait Allah dan memberitakan Injil, datanglah imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat serta tua-tua ke situ,

Keterangan dari ketiga kitab yang diduga orang Kristian sebagai Injil di atas, tampak jelas bahawa Yesus ketika masih berada di tengah-tengah umat Israel membawa misi untuk menyebarkan ajaran yang tertuang dalam Kitab Suci Injil. Tentu saja, Injil yang dimaksud oleh para pengarang kitab-kitab kanonik di atas, yang diajarkan Yesus kepada umat Israel, adalah Kitab Suci Injil yang sebenarnya. Sedangkan kitab-kitab kanonik seperti Markus, Matius, Lukas, dan Yohanes bukanlah Kitab Suci Injil yang sebenarnya, kerana kitab-kitab kanonik tersebut ditulis jauh setelah masa kehidupan Yesus di tanah Israel.

Berikut ini daftar kompilasi kitab-kitab kanonik menurut para sarjana alkitabiah
1:


Kitab Kanonik Waktu Kompilasi

Markus 65-85 M2

Matius 80-90 M3

Lukas 80-110 M4

Yohanes 85-115 M5

Sementara itu, Yesus diduga "disalib" pada pertengahan masa pemerintahan Pontius Pilatus, atau sekitar tahun 30 M. Asumsi ini didasarkan pada kurun waktu Pontius Pilatus menjadi pejabat gabernor Yudaea dari tahun 26 hingga 36 M.6 Pontius Pilatus konon menyerahkan Yesus kepada orang-orang Yahudi untuk disalibkan.7 Jadi, antara Injil yang diajarkan oleh Yesus dengan kitab sinopsis pertama (Markus) berjarak sekitar 40 tahun!

Jelasnya, keterangan dari kitab-kitab sinopsis di atas membuktikan bahawa kitab-kitab kanonik yang diduga Injil itu bukanlah Kitab Suci Injil yang sebenarnya, tetapi merupakan kitab-kitab biografi tentang Yesus yang memiliki nilai seni tertentu pada masa penulisannya. Sedangkan Kitab Suci Injil yang diajarkan oleh Yesus kepada umat Israel jelasnya sudah hancur oleh sekelompok tangan-tangan umat Israel sendiri. Hal ini dijelaskan oleh Kitab Suci Al-Qur'an mengenai kebiasaan buruk Bani Israel (orang-orang Yahudi) terhadap kitab suci mereka (cetak biru ditambahkan):

Apakah kamu masih mengharapkan mereka (Bani Israel) akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar Firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? (QS. 2:75)

Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah kalimat (Allah) dari tempat-tempatnya. Mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi kami tidak mahu menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, kerana kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis. (QS. 4:46)

(Tetapi) kerana mereka (orang-orang Yahudi) melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah kalimat (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (QS. 5:13)

Keterangan dari tiga ayat Al-Qur'an di atas, yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi (Bani Israel) gemar merubah kalimat / firman Allah di dalam kitab suci yang diturunkan kepada mereka seperti Taurat, Zabur/Mazmur, dan Injil, semakin memperjelas fakta bahawa kitab-kitab wahyu yang original tersebut benar-benar sudah hancur dan tidak dapat dikenali lagi sebagai kitab-kitab yang tunggal dan utuh.

Sebutan
Taurat, Zabur/Mazmur, dan Injil yang seringkali kita dengar dari mulut golongan ahli kitab (Yahudi & Kristian) untuk mengklaim kitab-kitab tertentu di dalam Alkitab/Bible mereka, sebenarnya merupakan sebutan terhadap kitab-kitab wahyu yang sudah berkali-kali dirubah dan ditambah oleh masing-masing pengarang/penulisnya.

Lebih jauh, Allah tidak pernah menjamin kemurnian ketiga kitab wahyu tersebut hingga akhir masa. Ini berbeza dengan
Kitab Suci Al-Qur'an yang secara tegas Allah menjamin kemurniannya hingga akhir masa (QS. 15:9). Namun demikian, melalui pemeriksaan yang hati-hati, kita mungkin masih dapat mengenali beberapa ayat tertentu dalam Alkitab/Bible yang patut diduga merupakan ayat-ayat Taurat, Zabur, dan Injil yang sebenarnya atau serpihan-serpihannya.


Adapun klaim orang Kristian bahawa yang dimaksud Kitab Suci Injil adalah kitab-kitab seperti Markus, Matius, Lukas, dan Yohanes, adalah klaim yang sangat lemah, kerana orang Kristian hanya mendasarkan pada satu ayat Markus berikut ini (cetak tebal ditambahkan):

Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah. (Markus 1:1)

Padahal, ayat-ayat Markus lainnya (berjumlah 11 ayat di atas) secara tegas menyatakan bahawa Kitab Suci Injil adalah kitab suci yang diajarkan oleh Yesus kepada umat Israel dahulu, jauh sebelum ditulisnya Kitab Markus sendiri.


Keterangan:

1. Harus dibezakan pengertian antara "sarjana alkitabiah" dan "penganut Kristian". Seorang "sarjana alkitabiah" belum tentu seorang penganut Kristian, demikian pula sebaliknya, seorang "penganut Kristian" belum tentu seorang sarjana alkitabiah.
2. A) Duncan GB (1971) B) Davies JN (1929a) C) Moffat J (1929) D) Sundberg AC (1971) E) Pherigo LP (1971) F) Asimov I (1969) G) Mack BL (1996) H) Nineham DE (1973) I) Leon Dufour X (1983)
3. A) Duncan GB (1971) B) Sundberg AC (1971) C) Kee HC (1971) D) Leon Dufour X (1983) E) Mack BL (1996) F) Fenton JC (1973)
4. A) Mack BL (1996) B) Asimov I (1969) C) Duncan GB (1971) D) Baird W (1971) E) Sunberg AC (1971)
5. A) Mack BL (1996) B) Duncan GB (1971) C) Shepherd MH (1971) D) Leon Dufour X (1983)
6. A) Josephus F (1988) B) Asimov I (1969) C) Baird W (1971) D) Duncan GB (1971) E) Leon Dufour X (1983)
7. Markus 15:15; Matius 27:26; Lukas 23:25; Yohanes 19:16


Wassalaam.

SIRI KRISTOLOGI #3 - Al-Kitab & Al-Quran Berbicara...


=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

ALKITAB & AL-QUR'AN BERBICARA
TENTANG KEHANCURAN KITAB SUCI TAURAT


Orang Kristian seringkali mengklaim lima kitab pertama dalam Alkitab/Bible iaitu Kitab Kejadian, Kitab Keluaran, Kitab Imamat, Kitab Bilangan, dan Kitab Ulangan, sebagai Kitab Suci Taurat yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa. Keterangan dari redaksi awal Kitab Ulangan berikut menyatakan dengan jelas bahawa Kitab Ulangan sama sekali berbeza dengan Kitab Suci Taurat. Namun demikian, ia tidak menutup kemungkinan memuat ayat-ayat atau hukum-hukum yang berasal dari Kitab Suci Taurat.

Kitab Ulangan:

1:1. Inilah perkataan-perkataan yang diucapkan Musa kepada seluruh orang Israel di seberang sungai Yordan, di padang gurun, di Araba-Yordan, di tentangan Suf, antara Paran dengan Tofel, Laban, Hazerot dan Di-Zahab.

1:5 Di seberang sungai Yordan, di tanah Moab, mulailah Musa menguraikan hukum Taurat ini, katanya:

Redaksi di atas (Ulangan 1:5) menjadi klu - keyword - bahawa Kitab Ulangan ditulis oleh orang yang tidak jelas identitinya, dimana Musa konon menghuraikan hukum Taurat-nya. Ini bererti, Kitab Ulangan bukanlah Kitab Suci Taurat yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa.

Ayat-ayat Alkitab dan Al-Quran berikut memperjelas bukti bahawa lima kitab pertama dalam Alkitab tersebut sama sekali bukanlah Kitab Suci Taurat.

Kitab Keluaran:

31:18 Dan TUHAN memberikan kepada Musa, setelah Ia selesai berbicara dengan dia di gunung Sinai, kedua loh hukum Allah, loh batu, yang ditulisi oleh jari Allah.

34:28. Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman.


Kitab Ulangan:

5:22 Firman itulah yang diucapkan TUHAN kepada seluruh jemaahmu dengan suara nyaring di gunung, dari tengah-tengah api, awan dan kegelapan, dan tidak ditambahkan-Nya apa-apa lagi. Ditulis-Nya semuanya pada dua loh batu, lalu diberikan-Nya kepadaku."

Kitab Raja-raja II:

22:8 Berkatalah imam besar Hilkia, kepada Safan, panitera itu: "Telah kutemukan kitab Taurat itu di rumah TUHAN!" Lalu Hilkia memberikan kitab itu kepada Safan, dan Safan terus membacanya.

Kitab Al-Qur'an:

7:145 Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; maka (Kami berfirman): "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasik.

7:154 Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Taurat) itu; dan dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya.


Keterangan dari Alkitab dan Al-Qur'an di atas terlalu jelas, bahawa yang dimaksud dengan Kitab Suci Taurat bukanlah kitab-kitab seperti Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan, tetapi ia adalah sebuah kitab yang tunggal dan utuh yang semula ditulis Allah di atas kedua loh batu. Dalam hal ini, perlu ditegaskan bahawa Allah tidak pernah menjamin kemurnian Kitab Suci Taurat hingga akhir masa.

Lebih jauh, Nabi Yeremia, konon melalui suratnya, menyatakan bahawa lima kitab pertama dari Alkitab yang diklaim sebagai Taurat tersebut adalah Kitab Taurat yang bohong/palsu.

Kitab Yeremia:

8:8 Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat TUHAN? Sesungguhnya, pena palsu penyurat sudah membuatnya menjadi bohong.

Lalu, dimanakah Kitab Suci Taurat yang sesungguhnya? Keterangan dari Al-Qur'an berikut menegaskan bahawa Kitab Taurat yang asli/original sudah hancur oleh tangan-tangan sekelompok orang-orang Bani Israel.

Kitab Al-Qur'an:

6:91. Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui (nya)?" Katakanlah: "Allah-lah (yang menurunkannya)", kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al Qur'an kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.

Jadi, kitab-kitab seperti Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan, adalah kitab-kitab karangan orang-orang Bani Israel yang tidak jelas identitinya. Kitab-kitab itu sama sekali bukanlah Kitab Suci Taurat, tetapi mereka adalah kitab-kitab yang antara lain berisi serpihan-serpihan dari Kitab Suci Taurat yang mungkin masih bisa diidentifikasi sebagai ayat-ayat dari Kitab Taurat yang sebenarnya. Sekali lagi, Allah tidak pernah menjamin kemurnian Kitab Suci Taurat hingga akhir masa. Oleh sebab itulah, kita berani mengatakan bahawa Kitab Suci Taurat yang dibawa dan diajarkan oleh Nabi Musa itu sudah hancur dan tidak lagi absah sebagai sebuah kitab yang tunggal dan utuh.



Wassalaam.

Isnin, 19 Oktober 2009

Apakah Matlamat Para Paderi Kristian?

=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

APAKAH MATLAMAT PARA PADERI KRISTIAN?

Baru-baru ini saya [bukan Abu Miftah*] telah membaca buku "The Great Comission New Testament" yang diterbitkan di Nashville AS pada 1982. Pada halaman pertama tertera dengan tulisan besar dan tebal: Ini Adalah Edisi Khas New Testament. Ayat pertama berbunyi: "Tuhan menawarkan penyelamatan sebagai hadiah percuma". Selepas tiga petikan ringkas yang menerangkan mengenai 'hadiah percuma' ini, kita diarahkan dalam tulisan yang besar untuk beralih ke halaman 177.

Ilustrasi Yesus - menurut Gereja Katolik.

[Catatan: Ummat Islam seluruhnya sangat mencintai Yesus! Tetapi hanya sebagai Nabi & Rasul seperti anbiya' dan Rasul sebelum dan selepasnya - bukannya Tuhan!!!]


Para mubaligh akan mengatakan bahawa buku ini adalah Wahyu Langsung dari Tuhan, tetapi siapa yang peduli, teruskan ke halaman 177. Langkah 176 halaman dan terus ke 'isi' buku ini. Pastinya 176 halaman mengenai wahyu Tuhan ini mengandungi beberapa maklumat penting? Kebanyakannya dikatakan dipetik dari Nabi Isa [Islam] atau Yesus [Kristian].

Pada halaman 177 kita baca dalam tulisan yang besar di bahagian atas halaman: "Ketahuilah bahawa anda adalah orang berdosa", kemudian kita diarah untuk membaca rangkap yang bergaris, Romans 3:23. Di bahagian bawah halaman kita diarahkan dalam tulisan yang besar agar beralih ke halaman 180. Pada halaman tersebut di bahagian atas tertulis: "Balasan bagi orang berdosa adalah mati", sekali lagi dengan tulisan besar dan terang. Kita terus membaca halaman tersebut sehingga kepada ayat bergaris dari Romans 6:23, dan di bahagian bawah halaman tertulis arahan dalam tulisan besar agar kita merujuk halaman 178.

Sila rujuk!!!

Kembali ke halaman 178, kita dapat membaca dalam tulisan besar: "Christ telah menebus dosa-dosa kamu". Kemudian kita diminta untuk membaca 3 ayat yang menerangkan mengenai perkara ini, Romans 5:8-10. Sekali lagi kita digalakkan untuk kembali ke halaman 138, dalam tulisan besar.
"Buku pengembaraan memilih sendiri penyelamatan kamu" ini agak menarik!

Di bahagian atas halaman 138 kita jumpa lagi dalam tulisan besar: "Anda mesti bertaubat". Sekali lagi pandangan kita tertarik kepada frasa bergaris dari Acts 3:19. Di bahagian bawah halaman ini mengarahkan kita untuk beralih ke halaman 220. Pada halaman 220 ini tertera dengan tulisan besar: "Anda mesti menerima Christ dengan yakin" (bagaimana lagi seseorang itu boleh berbuat demikian?) dan kita nampak satu ayat bergaris, Ephesians 2:8. Ayat bertulisan besar di akhir halaman mengarahkan kita agar merujuk halaman 183.

Kembali ke hadapan melalui hampir 40 halaman yang belum dibaca, kita dapati dalam tulisan besar di bahagian atas halaman 183: Anda mesti mengakuinya sebagai Tuhan", dan diikuti dua ayat bergaris dari Romans 10:9-10 & 13. Ayat terakhir di akhir halaman mengarahkan kita untuk pergi ke halaman terakhir buku.

Jin YESUS??? - entahlah tapi kasihan!

Apa yang kita dapati setelah membaca keseluruhan 7 perenggan ringkas dari 5 halaman dari keseluruhan 292 halaman? (Apa pentingnya 287 halaman yang lain itu?)

Kita dapati satu soalan yang menarik dalam tulisan besar di bahagian atas halaman: "Adakah anda bersedia untuk menerima hadiah percuma dari Tuhan?" Dibawahnya tertulis doa dengan tulisan condong, "Tuhan Jesus (Christ), aku tahu diri ini berdosa dan aku memerlukan pengampunanMu. Aku tahu engkau mati di atas palang salib demiku. Sekarang aku berpaling dari dosa-dosaku dan memohon padamu agar mengampuniku. Aku menjemputmu ke dalam hatiku dan hidupku. Sekarang aku yakin bahawa Engkau adalah Penyelamat dan aku akan mentaatiMu sebagai Tuhan. Terima kasih kerana menyelamatkanku, Amin".

Mengapa kita mesti memohon pada Jesus untuk pengampunan dan penyelamatan? Apakah Tuhan tidak boleh melakukannya?

Ayat seterusnya menyatakan: "Adakah anda memohon pada Jesus untuk mengampunkan segala dosa-dosa anda? Adakah anda memohon padaNya untuk menyelamatkan anda? Adakah anda menyerahkan hidup anda sepenuhnya kepada Jesus sebagai pengendali penuh hidup anda? Jika 'Ya', selamat datang ke dalam keluarga Tuhan! Mengapa tidak berhenti sejenak untuk bersyukur padaNya kerana menyelamatkan anda"
.

Saya katakan TIDAK! pada ketiga-tiga soalan ini.

Seterusnya dengan tulisan tebal dan besar, "Apa yang Jesus mahu anda lakukan sekarang?" Saya terpegun seketika! Andai anda meneliti kesemua pernyataan sebelumnya, anda akan dapati bahawa kata-kata Nabi Isa [Islam] atau Esau [Ibrani] dirujuk 0 kali. Semua pernyataan dipetik dari mereka selain Nabi Isa. Dengan menggunakan pernyataan tersebut bagi menunjukkan kepada kita semua kehendak Nabi Isa tidak membuktikan apa-apa.

Mari kita rujuk kepada kata-kata Nabi Isa sendiri untuk mendapat jawapannya.

"Dan jikalau seorang mendengar perkataan-Ku, tetapi tidak melaksanakan, Aku tidak menjadi hakimnya, sebab Aku datang bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya. Barangsiapa menolak Aku, dan tidak menerima perkataan-Ku, ia sudah ada hakimnya, iaitu firman yang telah Kukatakan, itulah yang akan menjadi hakimnya pada akhir zaman". John 12:47-48.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'melaksanakan kata-kata Nabi Isa'?

Jawab Nabi Isa atau Jesus: "Jika seseorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia. Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak akan menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah daripada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku". John 14:23-24.

"Barangsiapa memegang perintah-Ku dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa-Ku dan Aku pun akan mengasihi dia dan akan menyatakan diri-Ku kepadanya". John 14:21.

"Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku". John 14:15.

Mereka yang mengasihi Nabi Isa / Esau / Jesus, akan melaksanakan kata-kata dan ajarannya dan akan dikasihi oleh Nabi Isa dan Tuhan, kerana kata-kata dan ajaran tersebut bukannya dari Nabi Isa, tetapi dari Tuhan!

Para Mubaligh ini [para penulis Edisi Khas New Testament tersebut - AM] tidak pernah memetik kata-kata Nabi Isa walaupun sekali. Mereka tidak mempedulikan apa yang dikehendaki Nabi Isa, kerana mereka tidak mengasihi Nabi Isa, kerana itulah mereka tidak memetik kata-katanya. Mereka tidak mahu anda tahu tentang kata-kata [dakwah] Nabi Isa. Matlamat mereka adalah untuk mengumpulkan Nabi Isa - ajarannya dan suruhannya - untuk dibuang ke dalam tong sampah! Kemudian mereka akan terus menyesatkan penganut baru mereka yang berpotensi dan menjerumuskan ia, bersama-sama mereka, ke dalam api Neraka (api yang tidak akan pernah padam selamanya).

Sayang sekali!!!
_____________________________________________________________________

*[Catatan ini telah dialihbahasakan untuk memudahkan pembaca. Penulis asal catatan ini hanya menamakan dirinya sebagai penulis tanpa nama - Abu Miftah hanya menukilkan semula entri ini sebagai tanggungjawab dakwah dan sebagai renungan ilmiah saudara-saudara. Harap maklum!]
_____________________________________________________________________

alfaqiir abumiftah

Rabu, 7 Oktober 2009

Asal Kristianiti...

ASAL KRISTIANITI

Catatan Umum - Penulis menukilkan semula artikel penting ini sebagai tatapan ANDA. Tulisan ini bersumberkan koleksi - Jurnal Kristologi Dan Perbandingan Agama - daripada pelbagai sumber primer yang telah diusahakan penulis pada tahun 2002 semasa menuntut di UKM. Sebagai tambahan referensi, ANDA juga boleh merujuk link-link kajian Al-Kitab yang penulis telah sediakan di bawah link 'KRISTOLOGI' pada blog JURNAL i ABU MIFTAH ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fakta sejarah mendedahkan bahawa Nabi 'Isa tidak menggunakan perkataan 'Kristian / Christian'. Beliau dan para pengikutnya pernah bersembahyang di rumah berhala yang digunakan oleh orang Israel yang lain. Pesanan Nabi ialah agar mereka yang sesat kembali kepada agama Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Setelah Nabi 'Isa diangkat ke langit, PAUL mengisytiharkan bahawa kepercayaan terhadap Nabi Isa adalah cukup bagi penyelamatan (dari dosa). Sarjana-sarjana Yahudi pada masa itu menggelar para pengikut Nabi 'Isa sebagai sekta orang Nasrani (Nazarat) yang disesatkan atau 'orang Kristian' [Galileans].

Pada tahun 43 Masihi, apabila Paul dan Barnabas pergi ke Antioch (ibukota purba Syria) untuk berdakwah, mereka diejek dan digelar 'Kristian' oleh orang ramai. Mereka yang digelar 'Kristian' merasakan bahawa tidak salah bagi mereka menerimanya sekiranya mereka diberi gelaran yang merujuk kepada Nabi 'Isa. Satu analogi masakini dapat dilihat dalam kes kita orang Islam digelar 'Mohammedan' di negara-negara Barat dan orang Islam menerima gelaran tersebut seadanya walaupun tidak tepat.

PAUL MERUBAH PESANAN

Pada mulanya, Paul / Paulus adalah penentang kuat Nabi 'Isa dan kekal begitu bertahun-tahun lamanya selepas Nabi 'Isa diangkat ke langit. Apabila ia menyertai para pengikut Nabi 'Isa kemudiannya (dengan agendanya?), ia memperkenalkan banyak perubahan ke atas ajaran-ajaran Nabi 'Isa dengan harapan untuk memenangi hati orang-orang bukan Yahudi. Dia memperjuangkan konsep-konsep berikut dalam 'Kristianiti' [yang tentunya ajaran ini tidak pernah dikenali sendiri oleh Nabi ALLAH 'Isa]:

1. Konsep Isa sebagai anak Tuhan,
2.
Nabi 'Isa mati di atas salib untuk menghapuskan dosa-dosa anak keturunan Adam yang berkekalan menerusi darahnya,

3.
Hukum-hukum Wasiat Lama / Old Testament (Taurat - Nabi Musa) ditolak. Dia meniadakan semua syarat tentang makanan dan membatalkan perintah mengenai pengkhatanan.


Para pengikut Nabi 'Isa yang sebenarnya - Hawariyyun - menentang gambaran yang salah mengenai pesanan Nabi 'Isa ini yang disampaikan secara terang-terangan. Perjuangan mereka menolak tanggapan 'Isa / Esau sebagai Tuhan berterusan selama kira-kira dua ratus [200] tahun. Oleh kerana perubahan-perubahan ini menarik hati orang bukan Yahudi, mereka yang benar-benar percaya (akan ajaran Nabi 'Isa yang asal) tidak dapat menghentikan arus gelora kesesatan tersebut.

Pada tahun 325 Masihi, satu majlis pemimpin Kristian bertemu di Nicaea (kota purba di Asia Minor) dan secara rasmi melancarkan fahaman Paul / Paulus sebagai agama mereka. Empayar Rom mengisytiharkan agama Paul sebagai agama anutan Kerajaan Rom dan semua buku yang menafikan serta membidas kebathilan kepercayaan tersebut diharamkan dan dimusnahkan.

Pada tahun 367 Masihi, Kerajaan Rom mengumumkan satu senarai buku-buku yang diterima oleh Kerajaan itu dan lima belas [15] tahun kemudiannya, sebuah majlis yang diadakan dibawah presiden Pope Damasius, memberi pernyataan setujunya ke atas buku-buku tersebut.

Pada akhir abad kelima, Pope Galasius menerbitkan satu senarai buku-buku yang tidak dibenarkan (cerita-cerita yang kebenarannya diragui) bagi menuruti agama 'Kristian' yang diperjuangkan oleh Paul / Paulus.

______________________________________________________________________________
Buat ANDA saudara-saudaraku:
"Bukan meragi propaganda pertentangan - Tetapi hanya merapi pemahaman sejarah kebenaran"
______________________________________________________________________________

alfaqiir abumiftah

Ahad, 13 September 2009

PERJANJIAN BARU: YESUS SEBAGAI TUHAN....

PERTENTANGAN SIFAT YESUS SEBAGAI TUHAN ALLAH DI DALAM PERJANJIAN BARU


Berikut adalah sejumlah pertentangan tentang sifat Yesus sebagai Tuhan Allah yang kita boleh temui di dalam New Testament (Kitab Perjanjian Baru) orang Kristian. Pendedahan ini adalah berdasarkan kajian dengan merujuk kepada Alkitab Terjemahan Baru, Terbitan - Lembaga Alkitab Indonesia - Edisi 2000.

Catatan Umum - Penulis menukilkan semula artikel penting ini sebagai tatapan ANDA. Tulisan ini bersumberkan koleksi - Jurnal Kristologi Dan Perbandingan Agama - daripada pelbagai sumber primer yang telah diusahakan penulis pada tahun 2002 semasa menuntut di UKM. Sebagai tambahan referensi, ANDA juga boleh merujuk link-link kajian Al-Kitab yang penulis telah sediakan di bawah link 'KRISTOLOGI' pada blog JURNAL i ABU MIFTAH ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 1

[a] Matius, fasal 3 ayat 17: "Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: 'Inilah Anak-anak Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan."

[b] Matius, fasal 5 ayat 9: "Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak Allah."

Ulasan - Ayat di atas bertentangan kerana yang disebut anak Allah tidak hanya Yesus, tetapi termasuk juga semua orang yang mendamaikan manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 2

[a] Yohanes, fasal 14 ayat 9-10: "Barangsiapa melihat Aku, ia telah melihat Bapa." Disebutkan pada ayat seterusnya - "tidak percayakah engkau, bahwa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam Aku? Segala perkataan yang Aku ini katakan kepadamu, bukanlah Aku katakan dengan kehendak sendiri, melainkan Bapa itu yang tinggal dalam Aku. Ia mengadakan segala perbuatan itu."

[b] Yohanes, fasal 17 ayat 23: "Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan."

Ulasan - Kata "mereka" di ayat 23 adalah sahabat Yesus (Hawariyyun). Sedangkan yang dimaksudkan 'dengan aku' ialah Yesus. Jadi frasa 'Aku bersama mereka' ertinya Yesus berserta sahabat-sahabatnya. Jadi Tuhan itu berserta Yesus dan para sahabatnya.

Kalau umat Kristian percaya hal kesatuan Yesus dengan Bapa, maka umat Kristian pun harus percaya hal kesatuan Bapa itu dengan semua sahabat Yesus yang berjumlah 12 orang.

Jadi bukan Yesus dan Roh Suci saja yang menjadi satu dengan Tuhan, melainkan harus ditambah 12 orang lagi. Ini namanya persatuan Tuhan atau Tuhan persatuan, dan bukan hanya Tri-Tunggal, tetapi 15-Tunggal. Oleh itu, mana yang benar? Tiga menjadi Tunggal atau 15 menjadi Tunggal?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 3

(Tuhan Esa)

[a] Yohanes, fasal 17 ayat 3: "Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa, dan Yesus Kristus yang Engkau suruhkan itu."

[b] Ulangan, fasal 4 ayat 35: "Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi."

[c] Markus, fasal 12 ayat 29: "Maka jawab Yesus kepadanya. Hukum yang terutama ialah: Dengarlah olehmu hai Israil, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan yang Esa."

[d] Ulangan, fasal 6 ayat 4: "Dengarlah, hai orang Israil: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu Esa!"

Ulasan - Ayat-ayat diatas menyebutkan Tuhan adalah Esa dan menyebut Yesus adalah pesuruh Allah (Utusan/Rasul), bukan Tuhan. Sedangkan, di satu ayat menyebutkan Tuhan dengan Yesus menjadi satu, di ayat yang lain 15 menjadi satu. Mana yang benar?

Menurut pengakuan umat Kristian sendiri, suatu Kitab Suci yang kandungan ayat-ayatnya bertentangan antara satu dengan lainnya tentu sulit dipercayai kesuciannya, kerana yang disebut suci itu bersih dari kekeliruan dan perselisihan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 4

[a] Yohanes, fasal 10 ayat 30: "Aku dan Bapa itu satu adanya."

[b] Matius, fasal 27 ayat 46: "Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, katanya: 'Eli, Eli, lama sabaktani', artinya: 'Ya Tuhan, Ya Tuhan, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku."

Ulasan - Berdasarkan seruan Yesus di ayat Matius 27:46 diatas, jelas bahawa Yesus tidak bersatu dengan Tuhan, yakni Tuhan meninggalkan Yesus. Mestinya, kalaulah Tuhan menjadi satu dengan Yesus, di saat itulah masa yang tepat untuk menolong Yesus. Tetapi, kenyataannya Tuhan tidak bersatu dengan Yesus sehingga Yesus sendiri perlu meminta tolong. Bolehkah dikatakan dengan sebutan "Tuhan Yesus" kalau menolong dirinya sendiri sahaja tidak mampu?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 5

[a] Umat Kristian menyembah Yesus sebagai Tuhan.

[b] Andainya Yesus dikatakan bersatu dengan Tuhan, maka, sepatutnya tindakan-tindakan dan perbuatannya mestilah menyerupai perbuatan Tuhan. Akan tetapi, kenyataannya adalah tidak demikian: Tuhan tidak tidur, tetapi Yesus tidur. Tuhan tidak sakit, tetapi Yesus sakit. Tuhan tidak makan, tetapi Yesus makan. Bahkan, Tuhan tidak menyembah sesiapa pun kerana Ia Tuhan, tetapI Yesus menyembah Tuhan. Tuhan tidak mati, tetapi Yesus mati!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 6

[a] Umat Kristian menganggap salah satu asbab yang menyebabkan Yesus bersatu dengan Tuhan adalah kerana baginda mengetahui perkara yang ghaib.

[b] Markus, fasal 13 ayat 31-32: "Sesungguhnya langit dan bumi akan lenyap, tetapi perkataanku kekal. Tetapi akan harinya atau ketika itu tidak diketahui oleh seorang pun, baik segala malaikat yang di sorga pun tidak, anak itu pun tidak, hanya Bapa saja."

Ulasan - Jelas, bahawa dalam Alkitab sendiri tertulis yang Yesus sendiri mengaku tidak ada yang tahu bila berlakunya Hari Kiamat, melainkan hanya Tuhan sendiri.

Tegasnya, Yesus sendiri tidak mengetahui waktu berlakunya Hari Kiamat, yang mana ini termasuk salah satu perkara ghaib. Yang tidak tahu itu pasti bukan Tuhan, kerana Tuhan Maha Mengetahui.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 7

[a] Galatia, fasal 2 ayat 20: ".... namun aku hidup, bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan dirinya untuk aku."

[b] Yohanes, fasal 4 ayat 10: "Tiadakah engkau percaya bahwa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam aku? Segala perkataan yang Aku ini katakan kepadamu, bukanlah Aku katakan dengan kehendak sendiri, melainkan Bapa itu yang tinggal di dalam Aku. Ia mengadakan segala perbuatan itu."

Ulasan - Jika Yesus dikatakan Tuhan Anak kerana kenyataannya bahawa 'aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku', maka, bagaimana pula dengan Paulus, yang menyatakan bahawa Yesus di dalam dia dan dia di dalam Anak Allah (Yesus)?

Paulus mengaku bahawa dirinya bukan lagi Paulus tetapi sudah menjadi jelmaan Yesus/Mesias. (Bandingkan pernyataan Paulus - "Kristus hidup di dalam aku, aku di dalam Anak Allah" dengan pernyataan Yesus - "Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku").

Adakah Paulus itu Tuhan Cucu? Kalau begitulah kenyataannya, maka bererti sekarang sudah bertambah lagi satu Tuhan....

==============================================================

Renungan Muslim:

"Berkata 'Isa: 'Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitaab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup." (Surah Maryam: 30-31)

"Dan (ingatlah) ketika ALLAH berfirman: 'Hai 'Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain ALLAH?'. 'Isa menjawab: 'Maha Suci Engkau (Ya ALLAH), tidaklah patut bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku katakan demikian, maka tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada dalam diriku dan aku tiada mengetahui apa yang ada pada diri (Zat) Engkau. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib." (Surah Al-Maaidah: 116)

"Aku ['Isa Al-Masih] tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintah kepadaku, iaitu: Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu dan aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka. Tatkala Engkau mewafatkanku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Maaidah: 117)

==============================================================

- UMMAT ISLAM SAYANG, KASIH DAN BERIMAN KEPADA 'ISA @ ESAU @ YESUS - TIDAK LEBIH SEBAGAI SEORANG NABI DAN RASUL SEPERTI NABI-NABI A.S YANG LAIN -

==============================================================

"Rodiina Billahi Robbaa - Wa bil islaami deena - Wa bi Muhammadin nabiyyaw warosuulaa"

==============================================================


alfaqiir abu miftah /
23-Ramadhan-1430