Isnin, 19 Oktober 2009

Apakah Matlamat Para Paderi Kristian?

=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

APAKAH MATLAMAT PARA PADERI KRISTIAN?

Baru-baru ini saya [bukan Abu Miftah*] telah membaca buku "The Great Comission New Testament" yang diterbitkan di Nashville AS pada 1982. Pada halaman pertama tertera dengan tulisan besar dan tebal: Ini Adalah Edisi Khas New Testament. Ayat pertama berbunyi: "Tuhan menawarkan penyelamatan sebagai hadiah percuma". Selepas tiga petikan ringkas yang menerangkan mengenai 'hadiah percuma' ini, kita diarahkan dalam tulisan yang besar untuk beralih ke halaman 177.

Ilustrasi Yesus - menurut Gereja Katolik.

[Catatan: Ummat Islam seluruhnya sangat mencintai Yesus! Tetapi hanya sebagai Nabi & Rasul seperti anbiya' dan Rasul sebelum dan selepasnya - bukannya Tuhan!!!]


Para mubaligh akan mengatakan bahawa buku ini adalah Wahyu Langsung dari Tuhan, tetapi siapa yang peduli, teruskan ke halaman 177. Langkah 176 halaman dan terus ke 'isi' buku ini. Pastinya 176 halaman mengenai wahyu Tuhan ini mengandungi beberapa maklumat penting? Kebanyakannya dikatakan dipetik dari Nabi Isa [Islam] atau Yesus [Kristian].

Pada halaman 177 kita baca dalam tulisan yang besar di bahagian atas halaman: "Ketahuilah bahawa anda adalah orang berdosa", kemudian kita diarah untuk membaca rangkap yang bergaris, Romans 3:23. Di bahagian bawah halaman kita diarahkan dalam tulisan yang besar agar beralih ke halaman 180. Pada halaman tersebut di bahagian atas tertulis: "Balasan bagi orang berdosa adalah mati", sekali lagi dengan tulisan besar dan terang. Kita terus membaca halaman tersebut sehingga kepada ayat bergaris dari Romans 6:23, dan di bahagian bawah halaman tertulis arahan dalam tulisan besar agar kita merujuk halaman 178.

Sila rujuk!!!

Kembali ke halaman 178, kita dapat membaca dalam tulisan besar: "Christ telah menebus dosa-dosa kamu". Kemudian kita diminta untuk membaca 3 ayat yang menerangkan mengenai perkara ini, Romans 5:8-10. Sekali lagi kita digalakkan untuk kembali ke halaman 138, dalam tulisan besar.
"Buku pengembaraan memilih sendiri penyelamatan kamu" ini agak menarik!

Di bahagian atas halaman 138 kita jumpa lagi dalam tulisan besar: "Anda mesti bertaubat". Sekali lagi pandangan kita tertarik kepada frasa bergaris dari Acts 3:19. Di bahagian bawah halaman ini mengarahkan kita untuk beralih ke halaman 220. Pada halaman 220 ini tertera dengan tulisan besar: "Anda mesti menerima Christ dengan yakin" (bagaimana lagi seseorang itu boleh berbuat demikian?) dan kita nampak satu ayat bergaris, Ephesians 2:8. Ayat bertulisan besar di akhir halaman mengarahkan kita agar merujuk halaman 183.

Kembali ke hadapan melalui hampir 40 halaman yang belum dibaca, kita dapati dalam tulisan besar di bahagian atas halaman 183: Anda mesti mengakuinya sebagai Tuhan", dan diikuti dua ayat bergaris dari Romans 10:9-10 & 13. Ayat terakhir di akhir halaman mengarahkan kita untuk pergi ke halaman terakhir buku.

Jin YESUS??? - entahlah tapi kasihan!

Apa yang kita dapati setelah membaca keseluruhan 7 perenggan ringkas dari 5 halaman dari keseluruhan 292 halaman? (Apa pentingnya 287 halaman yang lain itu?)

Kita dapati satu soalan yang menarik dalam tulisan besar di bahagian atas halaman: "Adakah anda bersedia untuk menerima hadiah percuma dari Tuhan?" Dibawahnya tertulis doa dengan tulisan condong, "Tuhan Jesus (Christ), aku tahu diri ini berdosa dan aku memerlukan pengampunanMu. Aku tahu engkau mati di atas palang salib demiku. Sekarang aku berpaling dari dosa-dosaku dan memohon padamu agar mengampuniku. Aku menjemputmu ke dalam hatiku dan hidupku. Sekarang aku yakin bahawa Engkau adalah Penyelamat dan aku akan mentaatiMu sebagai Tuhan. Terima kasih kerana menyelamatkanku, Amin".

Mengapa kita mesti memohon pada Jesus untuk pengampunan dan penyelamatan? Apakah Tuhan tidak boleh melakukannya?

Ayat seterusnya menyatakan: "Adakah anda memohon pada Jesus untuk mengampunkan segala dosa-dosa anda? Adakah anda memohon padaNya untuk menyelamatkan anda? Adakah anda menyerahkan hidup anda sepenuhnya kepada Jesus sebagai pengendali penuh hidup anda? Jika 'Ya', selamat datang ke dalam keluarga Tuhan! Mengapa tidak berhenti sejenak untuk bersyukur padaNya kerana menyelamatkan anda"
.

Saya katakan TIDAK! pada ketiga-tiga soalan ini.

Seterusnya dengan tulisan tebal dan besar, "Apa yang Jesus mahu anda lakukan sekarang?" Saya terpegun seketika! Andai anda meneliti kesemua pernyataan sebelumnya, anda akan dapati bahawa kata-kata Nabi Isa [Islam] atau Esau [Ibrani] dirujuk 0 kali. Semua pernyataan dipetik dari mereka selain Nabi Isa. Dengan menggunakan pernyataan tersebut bagi menunjukkan kepada kita semua kehendak Nabi Isa tidak membuktikan apa-apa.

Mari kita rujuk kepada kata-kata Nabi Isa sendiri untuk mendapat jawapannya.

"Dan jikalau seorang mendengar perkataan-Ku, tetapi tidak melaksanakan, Aku tidak menjadi hakimnya, sebab Aku datang bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya. Barangsiapa menolak Aku, dan tidak menerima perkataan-Ku, ia sudah ada hakimnya, iaitu firman yang telah Kukatakan, itulah yang akan menjadi hakimnya pada akhir zaman". John 12:47-48.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'melaksanakan kata-kata Nabi Isa'?

Jawab Nabi Isa atau Jesus: "Jika seseorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia. Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak akan menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah daripada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku". John 14:23-24.

"Barangsiapa memegang perintah-Ku dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa-Ku dan Aku pun akan mengasihi dia dan akan menyatakan diri-Ku kepadanya". John 14:21.

"Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku". John 14:15.

Mereka yang mengasihi Nabi Isa / Esau / Jesus, akan melaksanakan kata-kata dan ajarannya dan akan dikasihi oleh Nabi Isa dan Tuhan, kerana kata-kata dan ajaran tersebut bukannya dari Nabi Isa, tetapi dari Tuhan!

Para Mubaligh ini [para penulis Edisi Khas New Testament tersebut - AM] tidak pernah memetik kata-kata Nabi Isa walaupun sekali. Mereka tidak mempedulikan apa yang dikehendaki Nabi Isa, kerana mereka tidak mengasihi Nabi Isa, kerana itulah mereka tidak memetik kata-katanya. Mereka tidak mahu anda tahu tentang kata-kata [dakwah] Nabi Isa. Matlamat mereka adalah untuk mengumpulkan Nabi Isa - ajarannya dan suruhannya - untuk dibuang ke dalam tong sampah! Kemudian mereka akan terus menyesatkan penganut baru mereka yang berpotensi dan menjerumuskan ia, bersama-sama mereka, ke dalam api Neraka (api yang tidak akan pernah padam selamanya).

Sayang sekali!!!
_____________________________________________________________________

*[Catatan ini telah dialihbahasakan untuk memudahkan pembaca. Penulis asal catatan ini hanya menamakan dirinya sebagai penulis tanpa nama - Abu Miftah hanya menukilkan semula entri ini sebagai tanggungjawab dakwah dan sebagai renungan ilmiah saudara-saudara. Harap maklum!]
_____________________________________________________________________

alfaqiir abumiftah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.