Khamis, 8 Oktober 2009

Bendera : Provokasi

Bendera : Provokasi

Mereka kata Negara Malaysia ialah 'Maling-sia' ! - Gara-gara kerana tuduhan Malaysia mencuri tarian & kebudayaan mereka.

Hari ini desas-desusnya mereka yang menggelar 'Benteng Demokrasi Rakyat' - Bendera akan menyerang Malaysia esok dengan menggunakan senjata buluh runcing. Ini hanya provokasi segelintir mereka yang 'sakit' dan tidak diiktiraf di negara mereka sendiri. Mereka mahu dua negara serumpun yang selama ini telah membina hubungan kenegaraan yang matang berhentam dan menderita.

Mareka mahu membuakkan darah peperangan antara saudara - hanya ilusi! Omong Kosong! Jangan memancing permasalahan besar hanya kerana problema yang kecil. Bukankah kita sudah biasa berunding dan membina persefahaman secara keluarga. Malaysia - Indonesia adalah bangsa serumpun & malah hidup dibawah akidah yang dianut majoriti iaitu ISLAM.

Ayuh objektif! JANGAN diperbudak oleh emosi dan keinginan buruk yang tidak munasabah. Bendera hanya umpama budak kecil yang mulanya merengek meminta dibelikan 'gula-gula tuntung' dari sang ibu. Gara-gara tidak ditunaikan keinginannya, sang budak / bocah tadi sanggup mengancam macam-macam, sanggup berguling-guling protis diatas jalan tar, meraung-raung tak keruan... hehe lucu!

Hei... tapi biar isu kecil, abang-adik [Malaysia-Indonesia] jangan memandang mudah, jangan melihat sepele dan membiarkan ancaman 'bocah' ini. Bak kata - api yang kecil akan membahang akhirnya kalau dibiarkan dan akan membakar hangus juga. Budak kecil pun akan makin menyulitkan urusan kalau tidak ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan.

Kita mengharapkan Malaysia - Indonesia melihat isu-isu kecil ini bukan dengan tanggapan sinis tanpa erti. Jangan tunggu terjadi sesuatu yang lebih sulit... Ular lidi pun, walau kecil saja tapi bisanya boleh membawa maut!

Atau... ini hanya provokasi Media!
--------------------------------------------------

Sila rujuk berita:

Ancaman Bendera tidak akan jadi kenyataan: Jakarta disini.

Usah panik khabar angin Bendera serang Malaysia: Ismail - disini.

Ancaman Bendera tidak babitkan tentera - disini.

Omong Kosong [Mazidul Akmal 360] - disini

1 ulasan:

  1. Salam,

    kalaulah manusia terfikir akan alam akhirat, rasanya tak akan terfikir buat hal-hal begini. Kalau dunia dan hawa nafsu sudah menguasai akal, akibatnya dunia yang dicari dan dikejar-kejar akan merugikan orang lain termasuk diri sendiri.

    Kita doakan sajalah agar saudara-saudara kita di seberang tu dapat hidayah dari Allah.

    TQ

    BalasPadam

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.