Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2009

Berita Kemalangan...


KEMALANGAN 1


Gambar 1: Keadaan kenderaan tersebut yang tersangkut tiang elektrik selepas menghentam 'gadrel'..

Gambar 2: Sayang kereta baru tu... empunya kereta hanya terpaku menatap tak terkata...

Gambar 3: Kereta yang dipandu menuju ke Keningau 'terpaksa' menghadap semua ke arah Tambunan selepas melanggar bucu 'gadrel' dan berpusing... Empunya kereta yang berbaju putih tu...

Tarikh : 1hb Nov 2009
Masa : 5.20PM (semasa penulis dalam perjalanan balik dari Tambunan ke Keningau)
Tempat kemalangan berlaku : Jalan Tambunan - Keningau (Lokasi - antara Simpang Rompon & Pusat Pemeliharaan Kambing Purutan berhampiran lubuk teratai).
Kejadian kemalangan : Pemandu kenderaan iaitu seorang wanita (Guru SMK Teknik Keningau) yang dalam perjalanan dari KK kembali ke Keningau telah terlelap sedetik semasa menuruni bukit lalu hilang kawalan. Begitulah penulis diberitahu sendiri oleh wanita tersebut... opsss lupa tanya nama pula masa tu.

Alhamdulillah, kondisi wanita tersebut berada dalam keadaan yang baik tanpa mengalami sebarang kecederaan. Tapi melihat kepada keadaannya waktu itu dia sebenarnya agak trauma dan masih terkejut.


KEMALANGAN 2

Gambar 1: Kemalangan berlaku betul-betul dihadapan Abu Miftah... terkejut juga bah!

Gambar 2: Nasihat saya kepada ummat Islam - jangan pandai-pandai ambil kesempatan menikam nombor ekor aaaa... HARAM tuuuu...

Gambar 3: Kelihatan salah seorang penumpang Myvi keluar memeriksa keadaan. AM sempat keluar dan membantu menunjuk tempat yang sesuai meletakkan kenderaan yang terbabit supaya tidak menambahkan 'jem' di jalan raya... Penulis juga sempat memberi pesan kepada pemandu kancil yang melanggar supaya mereka 'berbincang dengan baik-baik'...


Tarikh : 2hb Nov 2009
Masa : 1.50tgh (ketika dalam perjalanan balik dari sekolah)
Lokasi : Jalan Nabawan (berhadapan dengan METRO TYRE).
Kejadian kemalangan : Pemandu kereta Kancil yang berada betul-betul dihadapan kereta penulis tiba-tiba hilang kawalan dan terus merempuh belakang kereta Myvi berwarna putih yang berada di hadapan.
Kondisi : Tiada kecederaan teruk berlaku, cuma pemandu Kancil tersebut - seorang lelaki- nampak terhenjut-henjut akibat rempuhan tersebut. Manakala pemandu Myvi bersama-sama rakannya lain (terdiri dari 3 orang guru di SMK Sook, Keningau) berkata mereka agak terkejut dengan apa yang berlaku. Seorang dari mereka berkata kepada penulis bahawa pemandu kancil tersebut melihat ke arah lain sebelum hilang kawalan lalu merempuh belakang kereta mereka.

Alhamdulillah. Mujur kereta 'baru' sahaja yang rosak. Nasib.... nasib... nasib

Catatan : HATI-HATI DI JALAN RAYA!!!
* Hari ini mereka yang terlibat - kita pun mungkin besok, lusa, tulat... so mari sama berhikmah & berhati-hati*

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kisah Di Ulu Tomani, Kemabong

Pondok pintar - Jarak dari rumah ke sekolah hampir 30 km

Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my


Murid-murid tak melepaskan peluang menumpang lori, malah perlu meniti jambatan gantung untuk pulang ke rumah di Kampung Ungga.

Kemiskinan, jauh bukan halangan untuk ke sekolah demi memastikan anak mereka mampu membaca, menulis dan mengira

PENCARIAN ilmu tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang seiring pergerakan masa.

Ingatan itu kemas tertanam dalam pemikiran masyarakat di kawasan terpencil pedalaman Sabah. Takdir menetapkan mereka jauh di ceruk negeri, dibaluti pelbagai kekurangan hidup jika pembangunan fizikal dijadikan ukuran, namun tanpa sedikit pun mengabaikan kepentingan misi memburu ilmu.

Menjejak penduduk di Mukim Ulu Tomani, Kemabong dekat Tenom, kira-kira 215 kilometer (km) dari Kota Kinabalu mendapati golongan ibu bapa di daerah terpencil itu jelas gigih berusaha memastikan anak mereka tidak tersisih daripada mendapat pendidikan walaupun hakikatnya perjalanan sehala ke sekolah kira-kira 25 hingga 30 km.

Nyata, jarak bukan penghalang asalkan anak mereka berupaya membaca, menulis dan mengira.

Ketiadaan jalan raya memaksa mereka mencari alternatif bagi memastikan anak mereka dapat ke sekolah lima hari seminggu. Kemiskinan hidup kerana tidak memiliki ilmu bukan untuk diwarisi, sebaliknya dinoktahkan dengan memastikan anak mereka dapat gambaran awal ke jalan lebih bermakna.

Keadaan sebahagian daripada 14 sulap di kawasan berhampiran SK Kemabong yang dibina penduduk dari 11 kampung.

Tidak berpendidikan bukan bermakna tidak berakal. Ibu bapa rata-ratanya dari etnik Murut yang sekadar mengusahakan kebun kecil atau menoreh getah, pintar mencari jalan dengan membina pondok atau ‘sulap’ dalam bahasa Kadazandusun berhampiran sekolah.

Kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong mempunyai 14 sulap dibina penduduk dari Kampung Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sungi, Salang dan Angkarut, semuanya bermatlamat mahukan anak mereka tiba di sekolah sebelum loceng berbunyi.

Papan dan kayu yang diperoleh dari hutan berhampiran sekolah dijadikan bahan utama membina sulap. Berbekalkan kemahiran bertukang, mereka mendirikan sulap berukuran kira-kira 3.5 x 5 meter sebagai tempat berteduh.

Dengan tiang setinggi kira-kira 1.5 meter, mereka melengkapkan struktur sulap dengan lantai yang kebanyakannya diperbuat daripada buluh dan berdinding papan.

Murid SK Kemabong terpaksa menuntut ilmu di dalam bilik darjah yang sudah usang.

Beratapkan rumbia atau zink, mereka berlindung daripada terik matahari dan hujan semata-mata untuk membolehkan si anak ke sekolah, menimba seberapa banyak ilmu tanpa perlu memikirkan soal kemiskinan keluarga.

Senario dua atau tiga keluarga berhimpit menumpang teduh dalam sebuah sulap adalah perkara biasa kerana yang penting, setiap pagi anak mereka dapat ke sekolah yang jaraknya kira-kira 100 meter. Lazimnya, keluarga berkenaan mempunyai kaitan persaudaraan dekat seperti ibu dengan anak saudara, sepupu atau adik-beradik.

Kudrat anak-anak yang muda usianya itu tidak seberapa untuk mengatur langkah di laluan kerikil dan bersalut debu berterbangan di sepanjang jalan tidak berturap sepanjang 25 hingga 30 km untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Kalau pun anak-anak itu mula berjalan ketika matahari terbit sekitar jam 6 pagi, hampir pasti tiba di sekolah ketika matahari hampir terbenam.

Dijulang semangat membara mahu mengubah nasib zuriat mereka itulah, ibu bapa sanggup meninggalkan rumah di kampung untuk bersama anak-anak di sulap. Jika kebun getah, jagung, ubi atau pisang memerlukan perhatian, saudara mara terdekat yang memikul tanggungjawab berkongsi hidup di sulap.

Sumber kewangan terhad turut membataskan kepulangan anak-anak ini ke kampung halaman. Tambang RM15 seorang untuk menaiki kenderaan pacuan empat bukanlah sesuatu yang murah bagi mereka, justeru hanya cuti persekolahan membawa anak pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda milik penduduk yang mengenakan bayaran RM15 seorang. Oleh itu, anak-anak mereka hanya akan pulang ke kampung pada cuti penggal persekolahan.

Bagi memastikan kebun dan rumah di kampung tidak terbiar, ibu bapa bergilir-gilir menghuni di sulap. Sepanjang ketiadaan mereka, saudara terdekat atau jiran membantu memastikan kebun dan kediaman mereka mereka tidak terbiar begitu saja.

Ibu bapa yang menetap di kampung dalam jarak di antara dua hingga lima kilometer dari SK Kemabong tidak mempunyai banyak pilihan, selain membiarkan anak mereka menempuh laluan tidak berturap berulang-alik ke sekolah, khususnya dari Kampung Ungga, Kaang dan Malutut.

Berbeza dengan kehidupan di bandar atau pekan yang lebih teratur sistem pengangkutan serta prasarananya, anak-anak di pedalaman ini tidak kenal apa itu bas sekolah. Sebaliknya, si kecil semuda tujuh tahun yang baru memasuki Tahun Satu perlahan-lahan menempuh laluan berbukit dan menyeberangi anak sungai dengan meniti titian gantung lima hari seminggu.

Kulit yang dibakar terik matahari dan diselaputi debu ketika pulang dari sekolah tidak sedikit pun mematahkan kejituan semangat dan kekentalan di hati mereka untuk menimba ilmu.

Namun, sesekali ketika jalan berbukit itu dilalui kenderaan terutama lori, anak-anak kecil itu tidak melepaskan peluang menenggek di belakang lori menjadi penumpang, manakala pemandu lori pula tidak keberatan memanjangkan sifat perikemanusiaan untuk memberi peluang si kecil menikmati sedikit kelegaan daripada menapak sepanjang jalan.

Ceria wajah anak-anak ini yang tidak putus-putus bergurau senda sesama mereka sepanjang jalan sewajarnya menerbitkan keinsafan di hati mereka yang jauh lebih selesa kehidupannya.

Pengorbanan ibu bapa meninggalkan kampung halaman untuk menyekolahkan anak dan ketulusan si kecil berlagu riang sepanjang jalan ke gedung ilmu, adalah bukti kesungguhan tertinggi untuk memperbaiki hidup. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa golongan serba kekurangan tetapi bersemangat waja ini jauh lebih bijak menelusuri rencam kehidupan dan menghargai kepentingan ilmu berbanding mereka yang memiliki segala-galanya.

Info

SK Kemabong


  • Terletak 20 kilometer dari pekan Tenom, Sabah

  • 503 murid mendapat pendidikan di sekolah ini

  • Sulap (pondok) dibina kira-kira 100 meter dari sekolah

  • 14 sulap didirikan di sekitar kawasan sekolah yang dihuni keluarga murid

  • Pelajar datang dari 11 kampung berhampiran iaitu, Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sugi, Salang dan Angkarut.

  • Sekolah ini dibina pada 1970

  • [Sumber Artikel : Berita Harian Online - 19 Julai 2009]

    Khamis, 22 Oktober 2009

    Ayat Suci Al-Quran Di Badan Bayi

    Ayat suci di badan bayi






    MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

    Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

    Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

    Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

    Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

    Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

    Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

    Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

    Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

    Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

    “Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

    Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

    “Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

    “Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

    “Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

    Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

    “Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

    [Sumber Berita : Harian Metro - klik]

    'Rasul Melayu' Dipenjara 10 Tahun...

    [Sumber : Utusan Online - klik!]

    ‘Rasul Melayu’ dipenjara 10 tahun


    Abdul Kahar Ahmad


    SHAH ALAM 21 Okt. – Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad dihukum penjara 10 tahun dan sebatan enam kali serta denda RM16,500 selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan berhubung penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya, empat tahun lalu.

    Hakim Abu Zaky Mohammad memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Abdul Kahar, 59, ditangkap pada 16 September lalu. Dia turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam dekat sini untuk tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman tersebut.

    Hakim tersebut memerintahkan hukuman:

    Penjara tiga tahun dan sebatan enam kali bagi tuduhan menyebarkan doktrin palsu mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (EJSNS) 1995.

    *Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun bagi tuduhan mempersendakan ajaran Islam mengikut Seksyen 10 EJSNS.

    *Penjara setahun dan denda RM3,000 atau penjara setahun bagi kesalahan menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12 EJSNS.

    *Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun atas kesalahan mengaku sebagai rasul.

    *Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun bagi kesalahan mengisytiharkan diri sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam mengikut Seksyen 8(a) EJSNS.

    Dalam penghakiman setebal 55 muka surat yang dibaca hampir dua jam itu, Abu Zaky menyifatkan kesalahan yang dilakukan oleh Abdul Kahar amat serius serta mengancam keselamatan agama, bangsa dan negara.

    ‘‘Persoalan membabitkan akidah adalah persoalan pokok yang membezakan antara iman dan kufur serta syurga dan neraka. Dalam kes ini, ia bukan sahaja melibatkan tertuduh, malah turut menjerumuskan masyarakat dalam ajaran yang bertentangan dengan Islam,’’ katanya.

    Beliau berkata, pengakuan taubat Abdul Kahar juga menimbulkan keraguan kerana hanya dibuat selepas dia ditahan selain peguam tidak membuktikan bahawa ia benar-benar ditulis oleh tertuduh tanpa sebarang paksaan.

    Jelas beliau, taubat nasuha bukan sekadar kata-kata, tetapi ia juga perlu diikuti dengan niat dan perbuatan seperti solat taubat, beristighfar serta tidak mengulangi kesalahan berkenaan.

    Semasa menyebut nama Rasulullah SAW, beliau sempat bertanya Abdul Kahar sama ada tertuduh percaya kepada nabi dan menyuruh tertuduh berselawat. Sambil berdiri Abdul Kahar mengaku dia percaya dan melafazkan selawat.

    Abu Zaky turut menolak alasan Abdul Kahar bahawa dia seorang yang jahil serta tidak bersekolah tinggi kerana katanya negara kita mempunyai masjid dan imam yang mencukupi untuk membolehkan seseorang belajar ilmu agama.

    Beliau turut memberi penjelasan panjang lebar tentang hukuman sebat syariah bagi membetulkan salah faham di kalangan masyarakat selain untuk menerangkan perbezaannya dengan sebatan sivil.

    Hukuman terhadap Abdul Kahar disambut dengan tangisan oleh anak-anaknya yang turut berada di galeri awam. Dia dilihat memeluk mereka sebelum dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

    Abdul Kahar pertama kali didakwa atas lima pertuduhan pada 2005. Semua kesalahan itu dilakukan antara 2 dan 19 Jun 2005 di No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang dekat sini.

    Bagaimanapun tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak 2006 sehingga waran tangkap dikeluarkan selain ganjaran ditawarkan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya.

    Selepas lebih tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar berjaya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang, pukul 9.45 pagi pada 16 September lalu.

    Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid dan dua pegawai pendakwa syarie, Muhammad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md. Yusof.

    Tertuduh diwakili peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif dan Ridzuan Husin yang menyebut bagi pihak peguam syarie Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais.

    Rabu, 21 Oktober 2009

    Perkembangan 'Rasul Melayu'...

    Masih ingat dengan Abdul Kahar Bin Ahmad 'Rasul Melayu' tu?

    Berikut perkembangan semasa 'Rasul Melayu' tersebut yang dipetik melalui web berita utusan online. Sila lihat berita 1 dan berita 2 ini untuk lebih lanjut.


    BERITA 1

    Rasul Melayu dihukum penjara 10 tahun

    21/10/2009 1:35pm

    KUALA LUMPUR 21 Okt. - Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan serta denda RM16,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

    Beliau dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan membabitkan penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya.

    Hakim, Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar, ditahan di Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman pada enam bulan terakhir hukuman penjara tersebut.

    Hukuman penjara itu diarahkan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 September lalu. - Utusan


    BERITA 2

    JAIS tahan anak lelaki “Rasul Melayu"

    21/10/2009 8:25pm

    SHAH ALAM 21 Okt. — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menahan anak lelaki “Rasul Melayu”, Abdul Kahar Ahmad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat yang dibawa bapanya melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Lelaki berumur 30-an itu ditahan pihak penguatkuasa JAIS di perkarangan mahkamah, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, ketika cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Kahar.

    Suspek sebelum itu didakwa berlagak sebagai wartawan yang sedang membuat liputan kes berkenaan bagi mengaburi pihak penguatkuasa Jais yang berada di sekitar kawasan mahkamah.

    Bagaimanapun setelah menyedari tindak-tanduknya diperhatikan, lelaki terbabit cuba meninggalkan bangunan mahkamah tetapi kemudian berjaya ditahan pihak penguatkuasa agama itu.

    Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, pihaknya sudah lama mengekori anak lelaki Abdul Kahar itu dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahannya. - Bernama

    ____________________________________________________________________

    Semoga menjadi pengajaran untuk semua...

    Khamis, 8 Oktober 2009

    Bendera : Provokasi

    Bendera : Provokasi

    Mereka kata Negara Malaysia ialah 'Maling-sia' ! - Gara-gara kerana tuduhan Malaysia mencuri tarian & kebudayaan mereka.

    Hari ini desas-desusnya mereka yang menggelar 'Benteng Demokrasi Rakyat' - Bendera akan menyerang Malaysia esok dengan menggunakan senjata buluh runcing. Ini hanya provokasi segelintir mereka yang 'sakit' dan tidak diiktiraf di negara mereka sendiri. Mereka mahu dua negara serumpun yang selama ini telah membina hubungan kenegaraan yang matang berhentam dan menderita.

    Mareka mahu membuakkan darah peperangan antara saudara - hanya ilusi! Omong Kosong! Jangan memancing permasalahan besar hanya kerana problema yang kecil. Bukankah kita sudah biasa berunding dan membina persefahaman secara keluarga. Malaysia - Indonesia adalah bangsa serumpun & malah hidup dibawah akidah yang dianut majoriti iaitu ISLAM.

    Ayuh objektif! JANGAN diperbudak oleh emosi dan keinginan buruk yang tidak munasabah. Bendera hanya umpama budak kecil yang mulanya merengek meminta dibelikan 'gula-gula tuntung' dari sang ibu. Gara-gara tidak ditunaikan keinginannya, sang budak / bocah tadi sanggup mengancam macam-macam, sanggup berguling-guling protis diatas jalan tar, meraung-raung tak keruan... hehe lucu!

    Hei... tapi biar isu kecil, abang-adik [Malaysia-Indonesia] jangan memandang mudah, jangan melihat sepele dan membiarkan ancaman 'bocah' ini. Bak kata - api yang kecil akan membahang akhirnya kalau dibiarkan dan akan membakar hangus juga. Budak kecil pun akan makin menyulitkan urusan kalau tidak ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan.

    Kita mengharapkan Malaysia - Indonesia melihat isu-isu kecil ini bukan dengan tanggapan sinis tanpa erti. Jangan tunggu terjadi sesuatu yang lebih sulit... Ular lidi pun, walau kecil saja tapi bisanya boleh membawa maut!

    Atau... ini hanya provokasi Media!
    --------------------------------------------------

    Sila rujuk berita:

    Ancaman Bendera tidak akan jadi kenyataan: Jakarta disini.

    Usah panik khabar angin Bendera serang Malaysia: Ismail - disini.

    Ancaman Bendera tidak babitkan tentera - disini.

    Omong Kosong [Mazidul Akmal 360] - disini

    Rabu, 7 Oktober 2009

    KPI - SKT : apa cheghito?

    Semalam saya terbaca dalam blog Saudara MazidulAkmal 360 dan hari ini rupa-rupanya ia turut menjadi antara berita hangat dalam laman-laman akhbar utama seperti Utusan dan lain-lain.

    'Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000!"

    "Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

    Pn. Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman terhadap Pengetuanya sendiri iaitu Pn. Aluwiyah Osman..."

    Pn. Aluwiyah Osman - Pengetua SMK Seri Mahkota

    -----------------

    Sebab memfailkan saman:

    1. Berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan.

    2. Akibat laporan KPI yang teruk, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu.

    3. Pengetua itu turut memalukannya di hadapan guru lain selain menuduhnya sengaja enggan mematuhi perintah.

    4. Tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan.

    5. Mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

    6. Mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

    7. Kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

    ----------------------
    Tentang siapa yang lebih benar dan salah... kita tunggu berita selanjutnya!

    -----------------------

    KPI & SKT - salah satu bentuk penilaian prestasi & kualiti kerja bagi semua kakitangan AWAM. Sistem ini juga mungkin digunapakai oleh pihak swasta.

    Pemerhatian AM:
    Isu seumpama ini pasti berlaku dimana-mana. Cumanya tidaklah sampai sehangat berita hari ini. Dari dulu sampai sekarang isu seperti ini berlegar di sekitar kita.

    Bagi saya yang faqiir ini, perkara ini tidak akan berlaku kalau KITA benar-benar telah bekerja & menjalankan tugasan dengan telus dan sempurna. So, mungkin begini saja baitu - lebih kepada ketidakpuasan hati saja!

    Andai benar dakwaan che'gu tersebut yang dia teraniaya, maka seharusnya kedua-dua pihak perlu profesional.

    Alaaa di sekolah pun begitu bah. Ada saja itu ini yang tidak puas hati. Tapi apa pun ketidakpuasan hati tu biarlah sepadan dan tindakan pun perlu berbaloi...

    Kita buat yang baik-baik sajalah kio...

    TQ: Tahniah kepada rakan-rakan guru, ustaz-ustazah yang baru dapat APC (Seperti Ustazah Mazila - GJQ & Pn. Helina Lawerence - SKPK / juga kepada YM Ustaz Maarof Hamzah - SMK Sook). Semoga ANDA lebih komited dan 'bersih' dalam menjalankan tugas. Ajar yang baik-baik saja yeee...

    alfaqiir abumiftah

    Selasa, 15 September 2009

    Jemputan Ke Majlis Pernikahan Adik Noorjannah...

    Tahiyyatan salaaman 'alaikum...

    Abu Miftah mewakili ayahbonda dan pasangan bakal pengantin menjemput semua ahli keluarga, saudara-saudari, sahabat handai, muslimin-muslimat, jauh dekat untuk menghadiri majlis -

    "WALIMATUL URUS"
    antara
    Adik Noorjannah Bt Rusinin

    dengan pilihan hatinya,
    Saudara Amidun Bin Asan



    Pada :
    24 September 2009
    bersamaan
    05 Syawwal 1430H

    Berlangsung di teratak kami:
    Kg. Tinompok Liwan, P/S 55, 89657 Tambunan, SABAH

    (Km. 33 Jalan Ranau) - lihat peta di atas...

    Aturcara Majlis:

    12.00 T/hari : Majlis Akad Nikah
    1.00 ptg : Jamuan Makan
    2.00 ptg : Majlis Bersanding

    ***********

    "Ya ALLAH Ya Tuhan kami...
    Kami memohon doa restu-Mu...
    Berkatilah Majlis Perkahwinan ini..
    Semoga majlis ini berjalan lancar & sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki...
    Semoga jodoh pernikahan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat...
    Limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas mereka berdua...
    Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh solehah...
    Sempurnakanlah Agama mereka dengan berkat ikatan ini..."


    ---------------------
    alfaqiir abu miftah...

    Sabtu, 5 September 2009

    MENDAKWA RASUL ALLAH MELAYU - WANTED!!!

    NAMA : ABDUL KAHAR BIN AHMAD JALAL (Mendakwa sebagai Rasul Allah bagi kaum berbangsa Melayu di Malaysia)

    UMUR : 59 tahun

    JANTINA : Lelaki

    LAMBANG ASTROLOGI : Taurus

    TAHUN ZODIAK : Harimau

    PEKERJAAN : Sumber Manusia

    ALAMAT : Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor

    _____________________________________________________________________

    INFORMASI :

    DEGILLL!!!

    Abdul Kahar Ahmad pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mendakwa dirinya 'Rasul Allah Melayu' dan telah berjaya mempengaruhi sebilangan kecil masyarakat setempat untuk mengikuti ajarannya.

    Dia kedengaran bijak dan kelihatan yakin setiap kali berhujah. Tidak hairan jika dia mempunyai pengikut setia.

    “Muhammad itu rasul orang arab, saya rasul orang Melayu”

    Antara kenyataan diungkapkannya ketika ditemubual pegawai JAIS.

    Abdul Kahar pertama kali didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2005 atas 5 tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

    Antara pertuduhan terbabit, Abdul Kahar mengisytiharkan dirinya rasul orang Melayu zaman ini, mempersendakan ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji, perkara sengaja di cipta kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

    JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Kahar.

    Maklumat boleh dihantar ke talian 1-800-88-2424 atau 03-5519 0398.

    _____________________________________
    Kini beliau cuba pula menyebarluaskan ajaran dan dakwaannya melalui internet. Anda boleh menjejaki beliau melalui jejak blog di bawah @ klik di sidebar sebelah kanan blog saya dibawah Judul 'BLOG PANAS' :

    http://messengerofgodtoday.blogspot.com


    Hei.... dunia... dunia

    -----------------------
    alfaqiir abu miftah

    Jumaat, 21 Ogos 2009

    Sang Dai'e Yang Pergi...

    AHMAD HOOSEN DEEDAT


    Ahmed Hoosen Deedat lahir di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Ia tidak dapat berkumpul dengan ayahnya sampai tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit yang karena profesinya hijrah berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.


    Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindar dari kemiskinan yang sangat pedih, Ahmed Deedat pergi ke Afrika Selatan untuk dapat hidup bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika selatan menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam keadaan hidup karena beliau meninggal beberapa bulan kemudian.


    Di negeri yang asing, seorang anak laki-laki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggris mulai menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disadarinya.


    Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat membaca menolongnya untuk mendapatkan promosi sampai ia menyelesaikan standar 6. Kurangnya biaya menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya is bekerja dalam bidang retail (eceran).


    Yang terpentmg dari ini semua adalah pada tahun 1936 sewaktu Ia bekerja pada toko muslim di dekat sebuah sekolah menengah Kristen di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tak henti-hentinya dari siswa misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko menanamkan keinginan yang membara pada diri anak muda tersebut untuk melakukan aksi menghentikan propaganda mereka yang salah.


    Sudah ditakdirkan, Ahmed Deedat menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang berarti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan misionaris Kristen selama penaklukan Inggris dan pemerintahan India. Secara khusus, ide untuk menangani debat telah
    berpengaruh besar dalam diri Ahmed Deedat.


    Dibekali dengan semangat yang baru ditemukannya ini, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mulai melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika mereka mundur tergesa-gesa tidak beraturan dalam menghadapi argumen baliknya yang tajam, ia secara pribadi memanggil guru mereka dan bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.


    Keberhasilan-keberhasilan ini memacu Ahmed Deedat untuk berda'wah. Bahkan perkawinan, kelahiran anak, dan singgah sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi antusias atau keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan dari para misionaris Kristen.


    Dengan semangat misionaris untuk memproyeksikan kebenaran dan keindahan Islam, Ahmed Deedat membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekade yang akan datang. Ia memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah. Ia mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para dai Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenal sampai saat ini.


    Ahmed Deedat anggota awal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi presidennya, sebuah posisi yang masih dipegangnya sampai hari ini. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan gratis.

    Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan berhasil melawan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beberapa ribu orang telah menjadi Islam sebagai hasil usahanya.


    Sebagai penghargaan yang pantas untuk prestasi yang bersejarah itu, ia mendapat penghargaaan internasional dari Raja Faisal tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Diambil daripada biografi pengantar buku almarhum "THE CHOICE - ISLAM & CHRISTIANITY"


    --------------------------------------

    alfaqiir abu miftah

    Isnin, 17 Ogos 2009

    ISLAM is not the Enemy...

    ISLAM Di Negara Perancis Terbesar Di Eropah

    [Adaptasi dari Sumber asal - http://mualaf.com/islam-is-not-the-enemy/Dunia%20Islam/5653-islam-di-prancis-terbesar-di-eropa]
    ISLAM adalah agama yang damai, universal, dan rahmat bagi seluruh alam. Atas dasar itu, agama ISLAM pun dapat diterima dengan baik di berbagai belahan muka bumi ini. Mulai dari Jazirah Arab, Asia, Afrika, Eropah, hingga Amerika.

    Pada abad ke-20, ISLAM berkembang dengan sangat pesat di daratan Eropah. Perlahan-lahan, masyarakat di benua biru yang majoriti beragama Kristian dan Katholik ini mulai menerima kehadiran ISLAM. Tidak hairanlah bila kemudian ISLAM menjadi salah satu agama yang mendapat perhatian serius dari masyarakat Eropah.

    Di Perancis, ISLAM berkembang pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 M. Bahkan, pada tahun 1922, telah berdiri sebuah masjid yang sangat megah bernama Masjid Raya Yusuf di ibu kota Perancis, Paris. Hingga kini, lebih dari 1000 masjid berdiri di seantero Perancis.

    Di negara ini, Islam berkembang melalui para imigran dari negara seperti Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia, Mauritania, dan lainnya. Sekitar tahun 1960-an, ribuan buruh Arab berimigrasi (hijrah) secara besar-besaran ke daratan Eropah, terutama di Perancis.

    Saat ini, jumlah penganut agama Islam di Perancis mencapai tujuh juta orang. Dengan jumlah tersebut, Perancis menjadi negara dengan pemeluk Islam terbesar di Eropah. Menyusul kemudian negara Jerman sekitar empat juta orang dan England sekitar tiga juta orang.

    Peranan buruh migran asal Afrika dan sebagian Asia itu membuat agama ISLAM berkembang dengan pesat. Para buruh ini mendirikan komuniti atau organisasi untuk mengembangkan ISLAM. Secara perlahan-lahan, penduduk Perancis pun makin banyak yang memeluk ISLAM.

    Kerana pengaruhnya yang demikian pesat itu, Pemerintah Perancis sempat melarang buruh migran melakukan penyebaran agama, khususnya ISLAM. Pemerintah Perancis khuatir organisasi agama ISLAM yang dilakukan para buruh tersebut akan membuat pengkotak-kotakan masyarakat dalam beberapa kelompok etnik. Sehingga, dapat menimbulkan disintegrasi dan dapat memecah belah kelompok masyarakat.

    Tidak hanya itu, pintu keimigrasian bagi buruh-buruh yang beragama ISLAM pun makin dipersempit, bahkan ditutup. Meski demikian, masyarakat Arab yang ingin berpindah ke Perancis tetap meningkat. Pintu ke arah sana semakin terbuka.

    Pelajar Muslim

    Pada tahun 1970-an, imigran Muslim kembali mendatangi negara pencetus gelora politik itu. Kali ini, para pelajar Muslim yang datang ke Perancis untuk menuntut ilmu. Kedatangan para pelajar ini menjadi faktor penting yang mengambil peranan besar dan penting dalam mendorong penyebaran ISLAM dan berkehidupan ISLAM di jantung negeri Napoleon Bonaparte ini.


    Tahun 1985, diselenggarakan konferensi besar Islam yang dibiayai Rabithah Alam Islami (Organisasi Islam Dunia) -OIC. Turut serta dalam konferensi itu ialah sebanyak 141 negara ISLAM dengan keputusan mendirikan Federasi Muslim Perancis (Persatuan Muslim Perancis).

    Peristiwa besar ini tidak luput dari perhatian dunia, mengingat kehadiran umat ISLAM di salah satu negara Eropah selalu menjadi dilema bagi para penguasa setempat, terutama yang menyangkut tenagakerja (buruh) dan masalah sosial.

    Hasil konferensi dan terbentuknya federasi Muslim itu berhasil mempersatukan sebanyak 540 buah organisasi ISLAM di seluruh Perancis dan melindungi 1600 buah masjid, lembaga-lembaga pendidikan ISLAM, dan gedung-gedung milik umat ISLAM.

    Dengan kondisi ini, barisan (saf) umat Islam pun semakin kokoh. Yang lebih menggembirakan lagi, kebanyakan anggota federasi yang menjalankan roda organisasi justeru berasal dari kaum muda-mudi Muslim berkebangsaan Perancis sendiri.

    Federasi ini bertujuan berperanan aktif dalam menjayakan kegiatan keISLAMan di Perancis dan memberikan pengetahuan dan pendidikan tentang ISLAM kepada warga Perancis.

    Lembaga ini berperan besar dalam menjambatani umat ISLAM Perancis dengan pemerintah setempat, terutama dalam menyuarakan kepentingan umat ISLAM.

    ''Dengan kesepakatan ini, umat ISLAM punya hak yang sama dengan umat Katholik, Yahudi, dan Protestan,'' kata seorang menteri di pemerintahan, Nicolas Sarkozy.

    Organisasi itu merupakan gabungan dari tiga organisasi besar ISLAM di Perancis, iaitu Masjid Paris, Federasi Nasional Muslim, dan Persatuan Organisasi Islam Perancis.

    Pelarangan Jilbab / Tudung

    Perancis, yang juga terkenal sebagai negara mode ini, pernah melarang Muslimah menggunakan jilbab sekitar tahun 1989. Pelajar Muslimah dikeluarkan dari kelas semata-mata kerana memakai jilbab, pekerja Muslimah dipecat dari pejabatnya kerana mengenakan jilbab. Namun, mereka tidak menyerah begitu saja. Umat ISLAM Perancis menggoyang Paris dengan aksi-aksi demo menuntut kebebasan. Dan, umat ISLAM di berbagai negara pun turut melakukan protes atas kebijakan tersebut.

    Akhirnya, pemerintah mengeluarkan kebijaksanaan pada 2 November 1992 yang memperbolehkan para siswi Muslimah untuk mengenakan jilbab di sekolah-sekolah negeri.

    Sekarang, tampilnya wanita-wanita berjilbab di Perancis menjadi satu fenomena keISLAMan yang sangat kuat di negeri tersebut. Mereka bukan hanya hadir di masjid-masjid atau pusat-pusat keagamaan ISLAM lainnya, melainkan juga di sekolah-sekolah negeri, perguruan tinggi negeri, dan tempat-tempat umum lainnya.

    Banyak hal yang memengaruhi perkembangan ISLAM di Perancis. Salah satunya adalah Perang Teluk 1991 yang menyebabkan munculnya krisis identiti di kalangan anak muda Muslim di Perancis. Keadaan ini mendorong mereka lebih rajin datang ke masjid. Gerakan Intifada di Palestin juga mendorong makin banyaknya Muslim Perancis yang beribadah ke masjid.

    Umat Islam di Perancis memiliki peranan yang sangat penting. Mereka memainkan peranan dalam semua sektor. Mulai dari pendidikan, lembaga kewangan, pemerintahan, olahraga, sosial, dan lainnya.

    Bahkan, pada Perang Dunia I dan II, umat ISLAM di Eropah tercatat turut menentang pendudukan Nazi. Keikutsertaan umat ISLAM dalam menentang pendudukan Nazi menjadi bagian tak terpisahkan dari sejarah perjuangan kemerdekaan Perancis.

    Masjid dan Sekolah Islam Meningkat

    Seiring dengan berkembangannya agama ISLAM di negara Perancis, jumlah sarana ibadah dan kegiatan keISLAMan pun semakin meningkat.

    Menurut pemerhatian atau kajian yang dilakukan kelompok Muslim Perancis, sampai tahun 2003, jumlah masjid di seantero Perancis mencapai 1554 buah. Mulai dari yang berupa ruangan sewaan di bawah tanah sampai gedung yang dimiliki oleh warga Muslim dan dibangun di tempat-tempat awam.

    Perkembangan ISLAM dan masjid di Perancis juga ditulis oleh seorang wartawan Perancis yang juga pakar tentang ISLAM, Xavier Ternisien. Dalam buku terbarunya, Ternisien menulis, di kawasan Saint Denis, sebelah utara Perancis, terdapat kurang lebih 97 masjid, sementara di selatan Perancis sebanyak 73 masjid.

    Ternisien menambahkan, masjid-masjid yang banyak berdiri di Perancis dengan kubah-kubahnya yang khas menunjukkan bahawa ISLAM kini makin berkembang di negara itu. ISLAM di Perancis bukan lagi agama yang di masa lalu bergerak secara diam-diam.

    ''Masjid-masjid yang ada di Perancis kini bahkan dibangun atas tanah milik warga Muslim sendiri, bukan lagi di tempat sewaan seperti pada masa lalu,'' ujarnya.

    Tampaknya, pada tahun-tahun mendatang, jumlah masjid akan makin bertambah di Perancis. Sejumlah masjid yang ada sekarang terkadang tidak dapat menampung semua jamaah. Masjid di kawasan Belle Ville dan Barbes, misalnya, sebagian jamaah terpaksa harus shalat sampai ke pinggiran jalan.

    Awalnya, masjid-masjid yang ada di Perancis didirikan oleh orang-orang Muslim asal Pakistan yang bekerja di pabrik-pabrik di Paris, Perancis. Mereka mengubah ruangan kecil tempat makan siang atau berganti pakaian menjadi ruangan untuk shalat. Terkadang, mereka menggunakan ruangan di asramanya sebagai kemudahan ibadah. Sehingga, hal itu terus berkembang dan menyebar.

    Perkembangan yang terus meningkat itu membuatkan sebagian masyarakat Perancis khuatir. dan bimbang. Masjid-masjid yang ada sering menjadi sasaran serangan yang berbau rasisme. Masa suram masjid di Perancis terjadi pada tahun 2001. Sejumlah masjid menjadi sasaran serangan dengan menggunakan bom molotov. Bahkan, ada masjid yang dibakar. Bentuk serangan lainnya adalah melakari / mencontengi dinding-dinding masjid dan dinding rumah imam-imam masjid dengan lambang swastika. Namun, sejauh ini, belum ada organisasi hak asasi manusia atau asosiasi Muslim yang mempersoalkan serangan-serangan itu.

    Sekolah

    Tidak hanya masjid yang tumbuh, lembaga pendidikan ISLAM di negeri mode ini pun turut berkembang. Sejumlah sekolah ISLAM berdiri di Perancis. Sampai kini, terdapat tidak kurang empat sekolah Muslim swasta.

    ''Pemerintah yang baru ini memberi izin untuk memulai operasi,'' ujar Mahmoud Awwad, sponsor dan direktur sekolah Education et Savior.

    Awalnya, sebuah sekolah didirikan di Vitrerie, pinggiran selatan Paris. Kurikulumnya disesuaikan dengan kurikulum pendidikan kebangsaan Perancis, namun ada tambahan pelajaran khusus silibus tempatan tentang keISLAMan, seperti bahasa Arab dan agama Islam.

    Education et Savior adalah sekolah kedua yang dibuka di Paris setelah sekolah Reussite di pinggiran Aubervilliers, utara Paris, dan yang keempat di Perancis. Dua sekolah swasta ISLAM lainnya adalah Ibn Rushd di Kota Lille, utara Perancis, dan Al-Kindi di Kota Lyon.

    Selama ini, umat ISLAM di Perancis ingin memiliki sekolah swasta ISLAM setelah Paris melarang jilbab dan simbol keagamaan di sekolah negeri empat tahun lalu. Siswi Muslim yang memakai jilbab akan dikeluarkan dari sekolah dan kondisi ini membuat masa depan mereka suram.

    Awwad mengaku, pihaknya tidak sulit mendapatkan izin pendirian sekolah ISLAM. ''Tidak seperti sekolah Al-Kindi, kami tidak menemui rintangan,'' ujar Awwad. Pembukaan Al-Kindi di Lyon mendapat hambatan saat dibuka pada 2006.

    Academy of Lyon, badan pendidikan negara yang tertinggi di kota itu, menolak permohonan penyelenggaraan sekolah itu dan menutup sekolah dengan alasan pihak sekolah tidak memenuhi standad kebersihan dan keselamatan. Namun, Pengadilan Administratif di Lyon membatalkan penutupan itu pada Februari tahun lalu. Ini bererti sekolah Al-Kindi boleh membuka pembelajaran baru semula pada Mac 2007.

    Menurut para pemimpin Muslim Perancis, insiden di Al-Kindi justeru mendorong masyarakat Muslim untuk membuka sekolah serupa. ''Kontroversi Al-Kindi menghapuskan rasa ketakutan di minoriti Muslim untuk memiliki sekolah lebih banyak,'' ujar Lhaj Thami Breze, ketua Organisasi Persatuan Islam di Perancis, UOIF.

    ---------------------
    Olahan semula -
    alfaqiir abu miftah 170809

    Jumaat, 14 Ogos 2009

    Eropah Masih Mengabaikan....

    Meski Populasi Muslim Meningkat, Eropah Masih Mengabaikannya

    Jumlah kaum Muslim di Eropah diperkirakan terus meningkat sampai tahun 2050. Namun kenyataan ini diabaikan Barat dan Eropah.


    Hidayatullah.com [13 Ogos 2009]--Akhbar Daily Telegraph cetakan London edisi kemarin (Ahad, 9/8) menulis, hi
    ngga tahun 2050 nanti diperkirakan jumlah warga muslim akan mencapai 20 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk Eropah.

    Sebagaimana dinyatakan akhbar terbitan Inggeris itu, kini peratus peningkatan jumlah penduduk muslim di Eropah adalah sekitar 5 peratus. Jika lonjakan pertambahan penduduk Muslim terus berjalan seperti keadaan saat ini, maka pada 2050 jumlah itu akan meningkat
    menjadi 20 peratus.

    Selama tiga dekad terakhir, populasi warga Muslim di Eropah meningkat dua kali ganda. Hal itu diperkirakan bakal terulang kembali pada tahun 2015 nanti.


    Lebih lanjut akhbar cetakan London itu menulis, "perubahan populasi itu disebabkan kerana terus berlanjutnya migrasi penduduk dari negara-negara Islam dan menurunnya angka kelahiran di kalangan penduduk non-muslim yang disertai dengan tingginya angka kelahiran masyarakat muslim."
    Selain itu faktor lain, seperti buruknya keadaan sosial dan keluarga di Barat dan lunturnya kehidupan beragama di kalangan penduduk Eropah, merupakan penyebab lain yang mendorong masyarakat Barat untuk memeluk agama Islam.

    Ironinya, kendati populasi penduduk Muslim dan pusat-pusat kebudayaan dan organisasi Islam di Eropah makin meningkat, namun negara-negara di Eropa belum bersedia menerima hal itu sebagai kenyataan dan menolak memberikan identiti tersendiri bagi komuniti Muslim.

    Di sebagian besar negara-negara Eropah, Islam belum diakui secara rasmi sebagaimana agama-agama lain, seperti Kristian atau Yahudi. Selain itu, masyarakat Muslim pun kerap mendapat perlakukan diskriminatif dan dibatasi dalam aktiviti ekonomi dan sosialnya.

    Hasil penelitian menunjukkan, aksi diskriminasi terhadap warga Muslim paling sering terjadi di lingkungan kerja.
    Perlakuan tidak adil terhadap mereka juga terlihat sangat ketara di lingkungan pendidikan, lapangan kerja, pajak, hukum, keamanan dan imigrasi, serta hak-hak sivil, seperti memperoleh kemudahan sosial dan layanan kesihatan.

    Sementara itu, kalangan media dan para politisi konservatif dan radikal di Eropah juga turut banyak membantu pemerintah negara-negara Barat menebarkan sikap anti-Islam pasca tragedi 11 September 2001. Penerbitan karikatur yang menghina Nabi Muhammad, pembuatan film yang menistakan ajaran Islam, dan penulisan pelbagai buku untuk menentang jilbab, merupakan sejumlah kes atau isu yang membuat fenomena anti-Islam di Eropah tampak jelas.

    Padahal selama ini masyarakat muslim di Eropa dikenal sebagai komuniti yang senantiasa menyuarakan perdamaian dan kasih sayang. Lewat kerukunan hidup beragama dengan umat lain, mereka juga turut berperanan besar dalam memajukan negaranya.

    [Adaptasi dari Sumber Asal- www.hidayatullah.com]

    Selasa, 11 Ogos 2009

    Dibalik Hangatnya Berita Nordin M Top?

    Nordin M Top & Dr. Azahari - Abdullah Sungkar & Abu Bakar Ba'asyir?


    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dua gembong teroris asal Malaysia, Doktor Azahari dan Noordin M Top, banyak menggelar aksi teror di Indonesia. Belum ada catatan yang menyebutkan keduanya akan mengebom negerinya sendiri. Tetapi, hal itu dibantah pemerintah Malaysia.

    "Itu tidak benar, hanya beberapa orang saja," kata Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, Datok Zainal Abidin Zain saat berpamitan dengan Wakil Presiden Jusuf Kalla di Kantor Wakil Presiden, Jakarta Pusat, Selasa, 11 Agustus 2009.

    Malah, Datok Zainal mengingatkan warga Indonesia siapa sebenarnya guru dari dua teroris itu. "Mungkin kamu lupa, yang mengajarkan mereka itu adalah Abdullah Sungkar dan Ba'asyir," ujar duta besar yang masa tugasnya sudah habis ini.

    Sekadar informasi, sarang Jamaah Islamiyah di Malaysia berada di Pesantren Luqmanul Hakiem, Johor. Pondok ini muncul pada 1992. Didirikan oleh Abdullah Sungkar, tokoh dari Pesantren Ngruki, Jawa Tengah.

    Mukhlas alias Ali Ghufron --juga dari Pondok Ngruki-- ditunjuk memimpin pondok Luqmanul Hakiem. Materi pendidikan di sini meniru Pesantren Ngruki yang didirikan Abubakar Ba'asyir.

    Tokoh terorisme seperti Hambali, Mukhlas, Amrozi, Ali Imron, Zulkarnaen, Faturrahman al-Ghozi, Dulmatin, Imam Samudra, dan Azhari Husni berada di JI. Setidaknya di sini pernah belajar 350 santri.

    Adapun Noordin, mulai datang ke Luqmanul Hakiem sejak 1995. Waktu itu dia masih mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang mengidolakan pentolan Al-Qaedah. Belakangan dia juga ikut belajar di sini, hingga kemudian menjadi guru.

    Pada 1998, Luqmanul Hakiem memerlukan warga negara Malaysia untuk menjadi kepala sekolah, Noordin lah orang yang ditunjuk. Tetapi operasional pondok tetap dikendalikan Mukhlas. Namun, pemerintah Malaysia tak menerima kehadiran JI. Bahkan, pada 2001 aparat keamanan di sana menguber-uber anggota JI. Akhirnya usia Luqmanul Hakiem tamat awal 2002.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------
    Sumber : Blog Berita Indonesia - http://reposaja.blogspot.com/malaysia-siapa-guru-azahari-nordin-m.html
    -------------------------------------------------------------------------------------------------

    Isnin, 10 Ogos 2009

    Prajurit Muslim Dalam Pasukan Amerika....

    BEGINILAH.... APA PANDANGAN ANDA?




    Meet Kolonel Douglas Burpee, seorang perwira angkatan laut Amerika Serikat yang telah 23 tahun menjalankan profesinya di bidang militer, Kolonel Burpee baru-baru ini kembali dari tugas nya dari Afghanistan.

    “Semua orang sudah mengetahui bahwa saya adalah seorang Muslim,” ujarnya, ketika saya melakukan kewajiban saya sebagai seorang prajurit, saya selalu memakai kalung dengan kalimat dari Al-Qur’an. Dia berkata. “Saya hanya mencoba untuk bisa memberi contoh yang baik berdasarkan apa yang saya percayai…saya bisa menjadi seorang prajurit dan seorang Muslim pada saat yang bersamaan. Saya tidak mempunyai masalah dengan itu.”

    Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Serikat. Dari 1,4 juta prajurit di militer Amerika, diperkirakan ada sekitar 3.700 yang beragama Islam ( Muslim ).



    Perjalanan Kolonel Burpee menemukan cahaya Islam sangatlah unik, dia menjadi seeorang muallaf ketika umurnya 19 tahun dengan alasan yang ’sangat amerika’ : “Saya bertemu dengan seorang gadis cantik” - Seorang wanita bernama Hala yang merupakan seorang mahasiswa Southern California University. Tiga tahun kemudian dia diterima di sokolah ‘Officers Candidates School’ di Quantico. Sekarang dia dan Hala mempunyai 5 orang anak dan tinggal di Glendale, Calif.

    Kolonel Burpee sangatlah tersinggung pada ulah para teroris yang membunuh orang-orang yang tidak bersalah lalu mengatasnamakan agama. “Perang ini adalah perang terhadap teror, bukan Islam. Perang ini adalah perang menghadapi para kriminal yang memakai kedok agama agar publik mempunyai simpati pada mereka, tetapi kenyataannya adalah perbuatan mereka sama saja dengan ulah para mafia. Mereka hanyalah para pelaku kriminal biasa, dengan banyak catatan kriminal … sangatlah membanggakan bagi saya untuk menggunakan keahlian yang saya telah dapatkan untuk melawan orang-orang yang berusaha membunuh kita dan yang mencoba memberikan gambaran / interpretasi yang salah mengenai agama yang saya anut / percayai.”

    Mengenai keterlibatannya dalam perang di Irak, dia berujar, “Kami disini bukan untuk memerangi Islam, tetapi untuk menyebarkan demokrasi. Saya merasa sangat malu untuk orang-orang seperti Osama Bin Laden yang memakai kedok agama dan jihad. Melawan orang yang mencoba menolong anda bukanlah jihad, dan saya percaya kami telah menolong banyak orang di Irak. Saya pribadi telah menolong lebih banyak orang di Irak dibandingkan dengan yang pernah saya tolong sebagai seorang prajurit”.

    Keluarga saya pertama kali datang kesini beberapa puluh tahun yang lalu, dan mereka sangat tertekan di negaranya lalu datang ke Amerika karena di negara ini mengizinkan mereka untuk menjalani agama yang mereka percayai dan hidup dalam kebebasan. Itulah alasan yang sama bagi para Muslim dari luar Amerika yang telah datang ke Amerika.

    Sumber : http://kaskus.us

    Paderi peluk Islam di Rusia

    PADERI PELUK ISLAM DI RUSIA

    SATU IMBASAN SEMULA....


    Friday, 20 February 2009

    ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.

    Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam.

    "Ternyata khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.

    Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.

    "Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.

    "Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.

    Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.

    Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?

    Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.

    Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.

    Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?

    "Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti," katanya.

    Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.

    Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.

    "Dalam Kristian 'jalan lurus' itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.

    "Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa 'jalan itu lurus'.

    "Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai 'jalan yang lurus' dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.

    'Jalan lurus'

    Namun kata Polosin, 'jalan lurus' menurut al-Quran adalah yang paling benar. Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.

    "Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to 'thou', 'Abba, Father') bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.

    Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.

    "Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.

    Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.

    "Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.

    "Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.

    Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih (penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.

    "Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.

    "Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah)," katanya.

    Nabi Isa

    Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.

    Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.

    "Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.

    "Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.

    Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam 'bentuk' sesuatu.

    "Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar 'wujud.'

    "Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima 'penjelmaan' itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.

    Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.

    Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu 'alim' dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?

    Sumber asal - http://www.utusan.com.my