Sabtu, 5 September 2009

MENDAKWA RASUL ALLAH MELAYU - WANTED!!!

NAMA : ABDUL KAHAR BIN AHMAD JALAL (Mendakwa sebagai Rasul Allah bagi kaum berbangsa Melayu di Malaysia)

UMUR : 59 tahun

JANTINA : Lelaki

LAMBANG ASTROLOGI : Taurus

TAHUN ZODIAK : Harimau

PEKERJAAN : Sumber Manusia

ALAMAT : Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor

_____________________________________________________________________

INFORMASI :

DEGILLL!!!

Abdul Kahar Ahmad pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mendakwa dirinya 'Rasul Allah Melayu' dan telah berjaya mempengaruhi sebilangan kecil masyarakat setempat untuk mengikuti ajarannya.

Dia kedengaran bijak dan kelihatan yakin setiap kali berhujah. Tidak hairan jika dia mempunyai pengikut setia.

“Muhammad itu rasul orang arab, saya rasul orang Melayu”

Antara kenyataan diungkapkannya ketika ditemubual pegawai JAIS.

Abdul Kahar pertama kali didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2005 atas 5 tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Antara pertuduhan terbabit, Abdul Kahar mengisytiharkan dirinya rasul orang Melayu zaman ini, mempersendakan ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji, perkara sengaja di cipta kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Kahar.

Maklumat boleh dihantar ke talian 1-800-88-2424 atau 03-5519 0398.

_____________________________________
Kini beliau cuba pula menyebarluaskan ajaran dan dakwaannya melalui internet. Anda boleh menjejaki beliau melalui jejak blog di bawah @ klik di sidebar sebelah kanan blog saya dibawah Judul 'BLOG PANAS' :

http://messengerofgodtoday.blogspot.com


Hei.... dunia... dunia

-----------------------
alfaqiir abu miftah

2 ulasan:

  1. muka dia mmg cam familiar je... pure melayu irasnya. memalukan kaum dan agama.

    "JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Kahar." - x de ganjaran org x kan bg info ke?

    aaahh.. mudah2an Allah beri petunjuk lokasi persembunyiannya pd pihak berkuasa. amin.

    BalasPadam
  2. wahhh !! asal tk tangkap je semase cakap2 ngan JAIS ?

    BalasPadam

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.