SLIDE WALIMATUL URUS - ADIK NOORJANNAH
Alhamdulillah...
Akhirnya Adikku NOORJANNAH BTE RUSININ selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihan hatinya AMIDUN BIN ASAN pada 25hb Sept 2009 bersamaan 5hb Syawwal 1430H, dinikahkan sendiri oleh ayahanda Rusinin Muhiman.
Abu Miftah mendoakan semoga ANDA berdua sentiasa dalam naungan kasih sayang ALLAH SWT. Diberikan tuntunan hidup yang kukuh berpasakkan Al-Quran dan Sunnah Rasul-NYA.
Jadikanlah alam rumahtangga yang baru dijejaki ini sebagai medan yang luas untuk meraih ibadah yang sempurna kepada-NYA.
Sesungguhnya, 'masjid' yang dibina ini wajib ditegakkan diatas asas yang murni dan kukuh iaitu atas asas TAQWA, disulami dengan Mawaddah war rohmah. Kalau inilah asasnya, insyaALLAH rumahtangga akan membahagiakan; menjadi teduhan yang rimbun dengan kasih sayang, penuh dengan ketenangan (sakiinah), saling memahami, saling toleransi dan lengkap-melengkapi.
Sungguh! Insan semuanya tidak pernah sirna dan luput dari silap dan salah, lupa dan alpa serta khilaf, namun, MUHASABAH selalu akan menjadikan hidup sentiasa akan mekar, segar dan subur dengan kebaikan.
Semoga dikurniakan zuriat yang baik, soleh solehah dan menjadi penyejuk matahati memandangnya; kurniakanlah mereka zuriat pengislah diri.
Jadikanlah pernikahan ini sebagai janji setia dan mahabbah; mudah-mudahan ANDA menuju Taqwa ilahi... Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin...

Gambar-gambar Kenangan Semasa Majlis Walimahtul Urus -
(maaf sekiranya gambar tidak memuaskan hati ANDA... kamera saya tak ok, jadi pakai snap handycam bah..)
(maaf sekiranya gambar tidak memuaskan hati ANDA... kamera saya tak ok, jadi pakai snap handycam bah..)
Gambar dari kiri : Pakcik Yusuf Muhiman (Ustaz / Adik Ayah), Pakcik Hussin (TUDM - bersara), Pakcik Jasirin Sipai, Ayahanda Rusinin Muhiman (berkacamata hitam) & Pakcik Hamzah Muhiman (Abang ayah)..
Bersama keluarga & sanak-saudara / sepupu dari Kg. Katagayan Patau. Abg Yassin (Ustaz / sepupu - baju putih)... terima kasih semuanya...
Teman-teman sekampung kepada Ipar Amidun... khabarnya mereka ni geng konvoi bermotor dari Papar - jauh tu... terima kasih kerana bersusah payah menjelajah ke ceruk pedalaman demi persahabatan...
Mengabadikan kenangan bersama keluarga & ipar duai sebelah lelaki dari Kg. Baru Tambunan. Abg Basman Ismail & Pakcik Roger - ayah Rasul (?) bersongkok - terima kasih atas kedatangan ANDA semua...
Keluarga mentua (En. Mahat Abdullah - berkopiah putih), Pakcik Juman Abdullah & sanak-saudara juga turut hadir... terima kasih daun keladi. Budi yang baik ku kenang di hati...
Kehadiran ANDA semua menyerikan lagi majlis ini... Datang & perginya tetamu semoga membawa bersama barokah melimpah ruah kepada penghuni teratak ini... ameeen...
Sempat juga berkongsi kenangan dengan kawan-kawan sekampung... lama tak jumpa, ambillah kesempatan mengeratkan silaturrahim...
****
Sesungguhnya, dengan berkahwin maka sempurnalah separuh agama. Untuk separuhnya lagi, usahakanlah yang terbaik untuk menyempurnakannya pula. Sungguh! kehidupan ini adalah proses. Maka, beruntunglah mereka yang memanfaatkan serta mengisinya dengan penuh kesempurnaan.
****
****
Kami pihak pengelola majlis walimah memohon kemaafan tak terhitung sekiranya kami tidak dapat menyempurnakan hajat, kemahuan dan keinginan saudara-saudara yang datang ke majlis tersebut. Salam kemaafan setulus hati kami meminta. Kami redha dengan apa jua teguran yang membina dari saudara-saudara.
Datang & pergi para tetamu jauh dekat membawa baraokah. ANDA datang dengan senyuman, semoga terbalas dengan kemesraan. Moga silaturrahim antara kita semua terjalin erat. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH SWT Yang Esa... Syukuur Alhamdulillah.
alfaqiir abu miftah

0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar Anda...