Rabu, 30 September 2009

Mencipta Keluarga Sakinah...







SLIDE WALIMATUL URUS - ADIK NOORJANNAH






Alhamdulillah...

Akhirnya Adikku NOORJANNAH BTE RUSININ selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihan hatinya AMIDUN BIN ASAN pada 25hb Sept 2009 bersamaan 5hb Syawwal 1430H, dinikahkan sendiri oleh ayahanda Rusinin Muhiman.

Abu Miftah mendoakan semoga ANDA berdua sentiasa dalam naungan kasih sayang ALLAH SWT. Diberikan tuntunan hidup yang kukuh berpasakkan Al-Quran dan Sunnah Rasul-NYA.

Jadikanlah alam rumahtangga yang baru dijejaki ini sebagai medan yang luas untuk meraih ibadah yang sempurna kepada-NYA.


Sesungguhnya, 'masjid' yang dibina ini wajib ditegakkan diatas asas yang murni dan kukuh iaitu atas asas TAQWA, disulami dengan Mawaddah war rohmah. Kalau inilah asasnya, insyaALLAH rumahtangga akan membahagiakan; menjadi teduhan yang rimbun dengan kasih sayang, penuh dengan ketenangan (sakiinah), saling memahami, saling toleransi dan lengkap-melengkapi.

Sungguh! Insan semuanya tidak pernah sirna dan luput dari silap dan salah, lupa dan alpa serta khilaf, namun, MUHASABAH selalu akan menjadikan hidup sentiasa akan mekar, segar dan subur dengan kebaikan.

Bergambar bersama dengan ayahbonda pengatin perempuan...

Gambar bersama dengan ayah tersayang pengantin lelaki...

Semoga dikurniakan zuriat yang baik, soleh solehah dan menjadi penyejuk matahati memandangnya; kurniakanlah mereka zuriat pengislah diri.

Jadikanlah pernikahan ini sebagai janji setia dan mahabbah; mudah-mudahan ANDA menuju Taqwa ilahi... Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin...


Gambar-gambar Kenangan Semasa Majlis Walimahtul Urus -
(maaf sekiranya gambar tidak memuaskan hati ANDA... kamera saya tak ok, jadi pakai snap handycam bah..)

Bersama sebahagian kecil keluarga ayah Jasrin Sipai dari Kg. Tampasak Liwan / Puntingabai

Gambar kenangan bersama keluarga / adik-beradik pengatin perempuan (Abu Miftah - berkopiah)

Gambar dari kiri : Pakcik Yusuf Muhiman (Ustaz / Adik Ayah), Pakcik Hussin (TUDM - bersara), Pakcik Jasirin Sipai, Ayahanda Rusinin Muhiman (berkacamata hitam) & Pakcik Hamzah Muhiman (Abang ayah)..

Bersama keluarga & sanak-saudara / sepupu dari Kg. Katagayan Patau. Abg Yassin (Ustaz / sepupu - baju putih)... terima kasih semuanya...

Teman-teman sekampung kepada Ipar Amidun... khabarnya mereka ni geng konvoi bermotor dari Papar - jauh tu... terima kasih kerana bersusah payah menjelajah ke ceruk pedalaman demi persahabatan...

Mengabadikan kenangan bersama keluarga & ipar duai sebelah lelaki dari Kg. Baru Tambunan. Abg Basman Ismail & Pakcik Roger - ayah Rasul (?) bersongkok - terima kasih atas kedatangan ANDA semua...

En. Basman Ismail & Isteri bergambar kenangan dengan mempelai...

Keluarga mentua (En. Mahat Abdullah - berkopiah putih), Pakcik Juman Abdullah & sanak-saudara juga turut hadir... terima kasih daun keladi. Budi yang baik ku kenang di hati...

Kehadiran ANDA semua menyerikan lagi majlis ini... Datang & perginya tetamu semoga membawa bersama barokah melimpah ruah kepada penghuni teratak ini... ameeen...

Sempat juga berkongsi kenangan dengan kawan-kawan sekampung... lama tak jumpa, ambillah kesempatan mengeratkan silaturrahim...


****

Sesungguhnya, dengan berkahwin maka sempurnalah separuh agama. Untuk separuhnya lagi, usahakanlah yang terbaik untuk menyempurnakannya pula. Sungguh! kehidupan ini adalah proses. Maka, beruntunglah mereka yang memanfaatkan serta mengisinya dengan penuh kesempurnaan.

****

Kami pihak pengelola majlis walimah memohon kemaafan tak terhitung sekiranya kami tidak dapat menyempurnakan hajat, kemahuan dan keinginan saudara-saudara yang datang ke majlis tersebut. Salam kemaafan setulus hati kami meminta. Kami redha dengan apa jua teguran yang membina dari saudara-saudara.

Datang & pergi para tetamu jauh dekat membawa baraokah. ANDA datang dengan senyuman, semoga terbalas dengan kemesraan. Moga silaturrahim antara kita semua terjalin erat. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH SWT Yang Esa... Syukuur Alhamdulillah.


alfaqiir abu miftah

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA & SALAM SILATURRAHIM...

Tahiyyatan salaaman 'alaikum...

- ABU MIFTAH SEKELUARGA -

Mengucapkan...






---kepada seluruh ummat MUSLIMIN di mana jua ANDA berada---







Pantun Raya Untuk Sem
ua..

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan

Kejayaan menempuh halangan

Mengenali erti kesenangan

Bagi mereka yang kekurangan

Tinggi sungguh terbang Si Rajawali
Bintang di langit jua yang dicari
Manusia di pagi Raya turut mencari

Ampunan maaf menyusun sepuluh jari





JOOOM!
PULANG KAMPUNG - TARAWIH DI KAMPUNG - RAYA DI KAMPUNG

Sahabat-sahabat Ustaz & Guru-guru SKPK - ANDA semua dijemput ziarah Raya Aidilfitri pada 05 SYAWAL 1430H ke -

Kg. Tinompok Liwan
P/S 55, 89657
TAMBUNAN

(KM. 33 Jalan RANAU)


--------------------
alfaqiir abu miftah /
27 Ramadhan 1430H

Selasa, 15 September 2009

Jemputan Ke Majlis Pernikahan Adik Noorjannah...

Tahiyyatan salaaman 'alaikum...

Abu Miftah mewakili ayahbonda dan pasangan bakal pengantin menjemput semua ahli keluarga, saudara-saudari, sahabat handai, muslimin-muslimat, jauh dekat untuk menghadiri majlis -

"WALIMATUL URUS"
antara
Adik Noorjannah Bt Rusinin

dengan pilihan hatinya,
Saudara Amidun Bin Asan



Pada :
24 September 2009
bersamaan
05 Syawwal 1430H

Berlangsung di teratak kami:
Kg. Tinompok Liwan, P/S 55, 89657 Tambunan, SABAH

(Km. 33 Jalan Ranau) - lihat peta di atas...

Aturcara Majlis:

12.00 T/hari : Majlis Akad Nikah
1.00 ptg : Jamuan Makan
2.00 ptg : Majlis Bersanding

***********

"Ya ALLAH Ya Tuhan kami...
Kami memohon doa restu-Mu...
Berkatilah Majlis Perkahwinan ini..
Semoga majlis ini berjalan lancar & sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki...
Semoga jodoh pernikahan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat...
Limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas mereka berdua...
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh solehah...
Sempurnakanlah Agama mereka dengan berkat ikatan ini..."


---------------------
alfaqiir abu miftah...

Tuntunan Bagi Si Pemberi Dan Si Peminta...

- Tuntunan Bagi Si Pemberi & Si Peminta -

Tahiyyah - salam - yang terbaik dari sisi ALLAH SWT ini kutujukan kepada saudara-saudaraku Muslimin yang dikasihi kerana ALLAH.

*** Pengisian kali ini secara khususnya bertujuan sebagai penambahbaikan diri alfaqiir ini sendiri. Sedangkan, secara umumnya, tulisan ini untuk memberikan kefahaman dan tuntunan kepada kita semua agar memahami 'konsep beri - minta' atau 'sodaqoh / sedekah' atau yang lebih umum disebut sebagai 'kebajikan' sebagai satu alat pengukur 'muruuah / maruah' orang yang beragama.***

----------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya....

Banyak petunjuk Al-Quran mahupun hadith bagi mereka yang berpunya dan mahu memberi. Tetapi, juga tidak sedikit di dalam Al-Quran dan hadith yang memberi petunjuk bagi yang memerlukan atau meminta.

Alangkah baiknya jika masing-masing daripada kita menghayati petunjuk agama, sehingga kedua-duanya dapat menempatkan diri sesuai dengan petunjuk ALLAH SWT.

"Jangan mengherdik para peminta", demikian petunjuk Al-Quran kepada orang yang diminta, baik dengan meminta material (benda) ataupun bukan. Sayangnya, kita tidak mendapatkan informasi dari Al-Quran tentang bentuk-bentuk herdikan terlarang itu.

Namun, dari pengalaman peribadi Rasulullah saw, kita temukan ayat yang me
negur Baginda hanya kerana bermuka masam, serta berpaling ketika seorang buta bernama Abdullah Ibnu Ummi Maktum datang meminta pengajaran - ilmu. Walaupun kedatangannya ketika itu kurang tepat - menurut ukuran kita - kerana Nabi saw ketika itu sedang mengadakan pertemuan dengan para pemimpin masyarakat Quraisy yang masih musyrik (Sila Rujuk Surah 'Abasa - 80:1-11).

Menyangkut permintaan materi - bentuk kebendaan, Nabi Muhammad
saw mengingatkan orang yang dimintai: "Janganlah menolak permintaan seseorang, walaupun seandainya kamu melihatnya memakai sepasang gelang emas".

Aga
r tidak memberatkan orang yang dimintai, juga tidak menghilangkan air muka si peminta, Baginda saw berpesan: "Bersedekahlah meskipun hanya dengan sebiji tamar - kurma". Tapi, ingatlah! Pemberian jangan disertai dengan perkataan - perbuatan yang dapat menyinggung atau menyakitkan hati si penerima (lihat Surah Al-Baqarah 2 : 264).

Di pihak lain, Nabi Muhammad saw mengingatkan si peminta: "Siapa yang meminta untuk tujuan memperbanyakkan apa yang dimilikinya, maka sesungguhnya ia hanya mengumpulkan bara api (neraka)".

Sementara itu, Al-Quran memuj
i mereka yang memerlukan namun enggan meminta-minta: "Orang yang tidak tahu, menyangkanya kaya kerana harga dirinya menghalanginya daripada menghulurkan tangan (meminta simpati - mengemis)" (Surah Al-Baqarah 2: 273)

Seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama Tsaubaan, mendapat jaminan syurga kerana berjanji tidak akan menghulurkan tangan - meminta - bagaimanapun keadaan yang sedang dihadapinya.

Sabda Rasulullah saw:
"Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (peminta)" - bukan hanya ditujukan kepada orang yang berpunya agar memberi, tetapi juga ditujukan kepada yang memerlukan supaya enggan meminta-minta.

Imam Ahmad Ibn Hanbal ketika ditanya mengenai bilakah seseorang diperbolehkan meminta, lalu katanya
"ketika ia tidak memperoleh makan malam mahupun siang lagi" - demikian jawapan pakar hukum dan hadith ini.

Maka, ketahuilah! Muslim diajarkan agar yang benar-benar sangat memerlukan sahaja yang layak diberikan - dan layak meminta, sekiranya ikhtiar atau usaha kerja membanting tulang dan peras keringat sudah diupayakan dengan gigih sebelumnya.

Dalam konteks inilah ALLAH SWT dalam Surah 'Abasa 80: 8-10 berpesan, jika ada orang yang meminta maka janganlah diherdik. Sedangkan dalam konteks ini juga, orang yang berpunya diharapkan memberi sebelum diminta.

Ketika 'Umar diberikan sesuatu oleh Rasulullah saw, ia justeru menolak dengan baik:
"Berikanlah kepada mereka yang lebih miskin - yang lebih memerlukan".

"Terimalah pemberian selama engkau tidak meminta. Itu adalah rezeki dari Tuhan, gunakan atau sedekahkan. Engkau boleh menerima selama tidak menengadahkan kepala kepada yang berpunya untuk menanti pemberiannya", demikian pesan Nabi Muhammad saw.

"Demi Tuhan yang jiwaku ada ditangan-NYA, aku tidak akan pernah meminta, tetapi tidak pula aku menolak selama diberi", demikian 'Umar r.a bersumpah (H.R Muslim dan Nasa'ie).

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka di jalan ALLAH adalah serupa dengan butir benih yang menumbuhkan tujuh butir (tangkai), pada setiap butir (tangkai) seratus biji. ALLAH (terus-menerus) melipatgandakan -pahala- bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH Maha Luas (kurniaan-NYA) lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Baqarah 2: 261)

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun" (Surah Al-Baqarah 2: 263)

Inilah sebahagian petunjuk agama yang perlu dihayati oleh setiap orang agar tidak terlihat pamer kemiskinan di persada bumi ini.
Wallahul Muwaafiq ilaa aqwaami tooriq...

----------------------------------------------------------------------------

alfaqiir abu miftah /
25 Ramadhan 1430H

Ahad, 13 September 2009

PERJANJIAN BARU: YESUS SEBAGAI TUHAN....

PERTENTANGAN SIFAT YESUS SEBAGAI TUHAN ALLAH DI DALAM PERJANJIAN BARU


Berikut adalah sejumlah pertentangan tentang sifat Yesus sebagai Tuhan Allah yang kita boleh temui di dalam New Testament (Kitab Perjanjian Baru) orang Kristian. Pendedahan ini adalah berdasarkan kajian dengan merujuk kepada Alkitab Terjemahan Baru, Terbitan - Lembaga Alkitab Indonesia - Edisi 2000.

Catatan Umum - Penulis menukilkan semula artikel penting ini sebagai tatapan ANDA. Tulisan ini bersumberkan koleksi - Jurnal Kristologi Dan Perbandingan Agama - daripada pelbagai sumber primer yang telah diusahakan penulis pada tahun 2002 semasa menuntut di UKM. Sebagai tambahan referensi, ANDA juga boleh merujuk link-link kajian Al-Kitab yang penulis telah sediakan di bawah link 'KRISTOLOGI' pada blog JURNAL i ABU MIFTAH ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 1

[a] Matius, fasal 3 ayat 17: "Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: 'Inilah Anak-anak Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan."

[b] Matius, fasal 5 ayat 9: "Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak Allah."

Ulasan - Ayat di atas bertentangan kerana yang disebut anak Allah tidak hanya Yesus, tetapi termasuk juga semua orang yang mendamaikan manusia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 2

[a] Yohanes, fasal 14 ayat 9-10: "Barangsiapa melihat Aku, ia telah melihat Bapa." Disebutkan pada ayat seterusnya - "tidak percayakah engkau, bahwa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam Aku? Segala perkataan yang Aku ini katakan kepadamu, bukanlah Aku katakan dengan kehendak sendiri, melainkan Bapa itu yang tinggal dalam Aku. Ia mengadakan segala perbuatan itu."

[b] Yohanes, fasal 17 ayat 23: "Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan."

Ulasan - Kata "mereka" di ayat 23 adalah sahabat Yesus (Hawariyyun). Sedangkan yang dimaksudkan 'dengan aku' ialah Yesus. Jadi frasa 'Aku bersama mereka' ertinya Yesus berserta sahabat-sahabatnya. Jadi Tuhan itu berserta Yesus dan para sahabatnya.

Kalau umat Kristian percaya hal kesatuan Yesus dengan Bapa, maka umat Kristian pun harus percaya hal kesatuan Bapa itu dengan semua sahabat Yesus yang berjumlah 12 orang.

Jadi bukan Yesus dan Roh Suci saja yang menjadi satu dengan Tuhan, melainkan harus ditambah 12 orang lagi. Ini namanya persatuan Tuhan atau Tuhan persatuan, dan bukan hanya Tri-Tunggal, tetapi 15-Tunggal. Oleh itu, mana yang benar? Tiga menjadi Tunggal atau 15 menjadi Tunggal?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 3

(Tuhan Esa)

[a] Yohanes, fasal 17 ayat 3: "Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa, dan Yesus Kristus yang Engkau suruhkan itu."

[b] Ulangan, fasal 4 ayat 35: "Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi."

[c] Markus, fasal 12 ayat 29: "Maka jawab Yesus kepadanya. Hukum yang terutama ialah: Dengarlah olehmu hai Israil, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan yang Esa."

[d] Ulangan, fasal 6 ayat 4: "Dengarlah, hai orang Israil: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu Esa!"

Ulasan - Ayat-ayat diatas menyebutkan Tuhan adalah Esa dan menyebut Yesus adalah pesuruh Allah (Utusan/Rasul), bukan Tuhan. Sedangkan, di satu ayat menyebutkan Tuhan dengan Yesus menjadi satu, di ayat yang lain 15 menjadi satu. Mana yang benar?

Menurut pengakuan umat Kristian sendiri, suatu Kitab Suci yang kandungan ayat-ayatnya bertentangan antara satu dengan lainnya tentu sulit dipercayai kesuciannya, kerana yang disebut suci itu bersih dari kekeliruan dan perselisihan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 4

[a] Yohanes, fasal 10 ayat 30: "Aku dan Bapa itu satu adanya."

[b] Matius, fasal 27 ayat 46: "Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, katanya: 'Eli, Eli, lama sabaktani', artinya: 'Ya Tuhan, Ya Tuhan, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku."

Ulasan - Berdasarkan seruan Yesus di ayat Matius 27:46 diatas, jelas bahawa Yesus tidak bersatu dengan Tuhan, yakni Tuhan meninggalkan Yesus. Mestinya, kalaulah Tuhan menjadi satu dengan Yesus, di saat itulah masa yang tepat untuk menolong Yesus. Tetapi, kenyataannya Tuhan tidak bersatu dengan Yesus sehingga Yesus sendiri perlu meminta tolong. Bolehkah dikatakan dengan sebutan "Tuhan Yesus" kalau menolong dirinya sendiri sahaja tidak mampu?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 5

[a] Umat Kristian menyembah Yesus sebagai Tuhan.

[b] Andainya Yesus dikatakan bersatu dengan Tuhan, maka, sepatutnya tindakan-tindakan dan perbuatannya mestilah menyerupai perbuatan Tuhan. Akan tetapi, kenyataannya adalah tidak demikian: Tuhan tidak tidur, tetapi Yesus tidur. Tuhan tidak sakit, tetapi Yesus sakit. Tuhan tidak makan, tetapi Yesus makan. Bahkan, Tuhan tidak menyembah sesiapa pun kerana Ia Tuhan, tetapI Yesus menyembah Tuhan. Tuhan tidak mati, tetapi Yesus mati!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 6

[a] Umat Kristian menganggap salah satu asbab yang menyebabkan Yesus bersatu dengan Tuhan adalah kerana baginda mengetahui perkara yang ghaib.

[b] Markus, fasal 13 ayat 31-32: "Sesungguhnya langit dan bumi akan lenyap, tetapi perkataanku kekal. Tetapi akan harinya atau ketika itu tidak diketahui oleh seorang pun, baik segala malaikat yang di sorga pun tidak, anak itu pun tidak, hanya Bapa saja."

Ulasan - Jelas, bahawa dalam Alkitab sendiri tertulis yang Yesus sendiri mengaku tidak ada yang tahu bila berlakunya Hari Kiamat, melainkan hanya Tuhan sendiri.

Tegasnya, Yesus sendiri tidak mengetahui waktu berlakunya Hari Kiamat, yang mana ini termasuk salah satu perkara ghaib. Yang tidak tahu itu pasti bukan Tuhan, kerana Tuhan Maha Mengetahui.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertentangan 7

[a] Galatia, fasal 2 ayat 20: ".... namun aku hidup, bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan dirinya untuk aku."

[b] Yohanes, fasal 4 ayat 10: "Tiadakah engkau percaya bahwa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam aku? Segala perkataan yang Aku ini katakan kepadamu, bukanlah Aku katakan dengan kehendak sendiri, melainkan Bapa itu yang tinggal di dalam Aku. Ia mengadakan segala perbuatan itu."

Ulasan - Jika Yesus dikatakan Tuhan Anak kerana kenyataannya bahawa 'aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku', maka, bagaimana pula dengan Paulus, yang menyatakan bahawa Yesus di dalam dia dan dia di dalam Anak Allah (Yesus)?

Paulus mengaku bahawa dirinya bukan lagi Paulus tetapi sudah menjadi jelmaan Yesus/Mesias. (Bandingkan pernyataan Paulus - "Kristus hidup di dalam aku, aku di dalam Anak Allah" dengan pernyataan Yesus - "Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku").

Adakah Paulus itu Tuhan Cucu? Kalau begitulah kenyataannya, maka bererti sekarang sudah bertambah lagi satu Tuhan....

==============================================================

Renungan Muslim:

"Berkata 'Isa: 'Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitaab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup." (Surah Maryam: 30-31)

"Dan (ingatlah) ketika ALLAH berfirman: 'Hai 'Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain ALLAH?'. 'Isa menjawab: 'Maha Suci Engkau (Ya ALLAH), tidaklah patut bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku katakan demikian, maka tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada dalam diriku dan aku tiada mengetahui apa yang ada pada diri (Zat) Engkau. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib." (Surah Al-Maaidah: 116)

"Aku ['Isa Al-Masih] tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintah kepadaku, iaitu: Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu dan aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka. Tatkala Engkau mewafatkanku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Maaidah: 117)

==============================================================

- UMMAT ISLAM SAYANG, KASIH DAN BERIMAN KEPADA 'ISA @ ESAU @ YESUS - TIDAK LEBIH SEBAGAI SEORANG NABI DAN RASUL SEPERTI NABI-NABI A.S YANG LAIN -

==============================================================

"Rodiina Billahi Robbaa - Wa bil islaami deena - Wa bi Muhammadin nabiyyaw warosuulaa"

==============================================================


alfaqiir abu miftah /
23-Ramadhan-1430

Sabtu, 12 September 2009

Titipan Dari Ilahi...

MENDAPAT TITIPAN DARI-NYA LAGI...

Hamdan wa syukran lillah...

Bertemu sekali lagi saudara-saudaraku sekalian...

ALLAH KAREEM....

Maafkan abu miftah alfaqiir ini. Sudah lebih kurang 5 hari tidak menulis di-blog yang tidak seberapa ini. Rindu rasanya untuk menyampaikan sesuatu. Sememangnya blog ini bukan untuk menceritakan kisah peribadi abu miftah, namun, tujuannya untuk berkongsi sesuatu yang boleh dimanfaatkan secara umum...

Alhamdulillah. Berkah Syahrus syiyam - Ramadhan Kareem... ALLAH AR-ROHIIM...

Tanggal 08-September-2009 bersamaan 18 Ramadhan 1430H anak yang ketiga - bayi perempuan - lahir dengan selamat tepat jam 6.05PM di Hospital Keningau dengan berat lebih kurang 3.01kg.

Syukur dan tahniah kepada isteri yang tercinta; beratnya tanggunganmu - semoga dosa-dosamu terampuni dengan melahirkan zuriat penerus ummat Muhammad saw. Aku redha dan meredhai semua pengorbananmu sebagai ibu, isteri dan wanita yang bersemi dihati ini... ameeen.

Maka, inilah titipan @ amanah dari-NYA kepada hamba-hambaNYA yang menyedari.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA BESAR untuk Abu Miftah:

Isterimu @ Suamimu - adalah titipanNYA buat sang suami / sang isteri dan begitu sebaliknya.
Anakmu @ zuriatmu - adalah titipan-NYA buat dibentuk menjadi manusia yang beriman kepadaNYA.
Usrahmu / keluargamu - adalah titipan buat dilestarikan sebagai sebuah keluarga sakinah yang disulami dengan mahabbah, mawaddah warrohmah (Santunan, kasih setia & belas harapan)...

Pesan buat diri:

Barang yang disebut sebagai titipan @ amanah, pada hakikatnya bukan milik mutlak kita. Kenapa? Kerana kita hanya diamanahkan untuk mengurus, menjaga, memelihara dan memastikan kelestariannya sehinggalah yang empunya mengambilnya semula dari kita. Dan, empunya semua itu adalah ALLAH AL-KHOOLIKUL MAKHLUK...

Rasulullah saw pesankan kita - bahawa setiap dari kita adalah 'riaayah' atau pemimpin. Dan akhirnya kita akan dipersoalkan darihal pimpinan kita...

ALLAH SWT juga pesankan - "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan seluruh ahli keluargamu daripada api neraka..."

Titipan bukan untuk dimegah-megahkan.
Titipan tidak seharusnya menjadikan kita sombong.
Titipan tidak wajar dijadikan sebagai batu loncatan.
Titipan adalah bermakna kerja bakti dan peras keringat.
Titipan--- akan dipersoalkan olehNYA.

Bagaimana engkau mentadbirnya?
Dengan apa engkau memuliakannya?
Pegangan hidup apa yang engkau telah bekalkan untuknya?
Bagaimana engkau memeliharanya?
Tuhan yang mana engkau suruh ia untuk menyembah?
Dari mana engkau perolehi harta atau makan sesuap untuk hidupnya?
Ilmu apa saja yang engkau telah bekalkan untuknya?

Dan..... dan... pelbagai lagi persoalan yang perlu kita hayati bersama.

Sesungguhnya ALLAH SWT dan Rasul-NYA saw telah garisbawahi pelbagai tips, resepi dan panduan untuk semua itu. Semoga saja kita diberikanNYA kekuatan untuk memahami dan melaksanakan program hayat ini.

Marilah kita sama-sama hayati pesan Nabi ALLAH Ibraahim a.s kepada anaknya dikala ia semakin tua dan lemah, dengan uslub pertanyaan sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran :

maa ta'buduun mimba'dii (Apa yang engkau - wahai anak - akan sembah selepas aku pergi?)
bukan...
maa ta'kuluun mimba'dii (Apa yang engkau - wahai anak - akan makan selepas aku pergi?)

Sungguh! Anak adalah amanah buat seorang bergelar ibu dan ayah.
Sungguh! Ia akan dipersoal.
Sungguh! Kerja kita bukan hanya banting tulang dan mencari sesuap nasi seteguk air buat anak-anak.
Sungguh! Hidupnya bukan untuk dunia fana ini semata, tetapi ingatkan untuk akhiratnya yang abadi.
Sungguh! Kita bukan semata-mata mahu ia masyhur di sini tapi juga di sana...
Sungguh! Marilah kita jadikan mereka ummat Nabi Muhammad saw yang dibangga-banggakan Baginda - yang mereka redha dengan ALLAH SWT & ALLAH Kareem juga meredhai mereka.
Sungguh! Marilah jadikan mereka bukan sahaja bijak disini / bijaksini tapi bijak disana / bijaksana jua.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa". (Surah Al-Furqaan : 74)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuabadikan buat diriku - untuk Keluargaku...

Isteriku - Kamsiah Mahat
Anak-anakku : Husna, Miftah dan Huda (Nama belum dimasyhurkan...)

Semoga aku berjaya memakmurkan wawasan -Baitii Jannatii. Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin.

------------------------
alfaqiir abu miftah...

Rabu, 9 September 2009

Di Mana TAQWA?

MEMASUKI FASA 10 AKHIR RAMADHAN - DI MANA TAQWA?

Saya sampaikan salam - tahiyyatan toyyibah - dari sisi ALLAH SWT ini kepada saudaraku sekalian. Semoga semua hikmah yang wajar ALLAH berikan melaluinya menyelubungi kita semua. Ameen...

TAQWA - Dalam khutbah Jum'at, inilah rukun atau pengisian utama yang di sampaikan oleh para khatib kita. Al-Quran - diturunkan untuk orang-orang yang mahu bertaqwa dan menginginkan hidayah serta irsyad ALLAH SWT. Begitulah juga dengan puasa Ramadhan, akhir natijah yang ingin dan sepatutnya diperolehi adalah taqwa - la'allakum tattakuun!

Jadi... melewati fasa akhir Ramadhan ini, di mana TAQWA kita itu? Ataukah kita sebenarnya belum mengerti apa sebenarnya yang agama - ALLAH SWT dan Rasul-Nya - inginkan darihal taqwa yang sewajarnya kita sematkan didalam diri sebagai ciri peribadi jati diri? Bukankah bagi seorang Muslim Mukmin jati dirinya adalah taqwa? Kalaulah kita sebagai seorang kaunselor, apakah 'jati diri' yang sepatutnya ditanam dan dihadam oleh audiens kita?

Jawapannya - sepatutnya TAQWA!


Kalau begitu kita perlu belajar dulu apa itu Taqwa.... sebabnya? Kerana masih ramai yang sebenarnya tidak mengerti, mulai dari yang awam termasuklah seorang abu miftah yang faqiir ini...

TAQWA - dari segi bahasa bererti "memelihara" atau "menghindari".

Dalam konteks keagamaan, "pemeliharaan" tersebut berkaitan dengan dengan 'diri dan keluarga' sedangkan "penghindaran"-nya berkaitan dengan seksa ALLAH SWT di dunia ini dan di akhirat kelak.

Para ulama seringkali mendefinisikan taqwa sebagai "melaksanakan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-NYA". Sayangnya, definisi ini jarang dimahsyurkan / dijelaskan pengertiannya sehingga menimbulkan kedangkalan pemahaman dan kegersangan penghayatan agama.

Mari kita bertanya : "Apa saja isi dan bentuk perintah-perintah ALLAH SWT itu?"

Jika saudara membuka Al-Quran dan untaian hadith-hadith Rasul-NYA, saudara pasti menemukan bermacam atau pelbagai ragam gaya bahasa yang digunakan untuk maksud itu dan pelbagai ragam pula makhluk yang diperintah serta pelbagai pula masalah yang diperintahkan-NYA.

Ada perintah yang ditujukan kepada manusia, dan ada pula yang ditujukan kepada binatang termasuk juga alam raya. Ada perintah-NYA yang berkaitan dengan syariat (agama) dan ada pula yang berkaitan dengan hukum-hukum alam dan hukum-hakam kemasyarakatan (sunnahtullah kauniyyah). Semuanya ini termasuk dalam jangkauan makna perintah ALLAH yang dikemukakan di atas.

Bagi yang taat melaksanakan perintah-NYA pastilah memperolehi ganjaran, demikian pula sebaliknya. ALLAH Maha Adil, Dia tidak memilih tetapi memilah (men-justifikasi). Dia tidak lalai atau tidur hanya seringkali menunda dan memberi tempoh.

Perintah yang berkaitan dengan syariat seperti solat, puasa, zakat dan ibadah-ibadah khususi yang lain; ganjaran kebaikan - pahala- dan juga balasannya - dosa - ditunda sampai hari kemudian. Kalaupun ganjaran pahala dan balasan itu ada yang dapat dirasakan di dunia, itu sekadar panjar atau 'pendahuluan' sahaja.

Berbeza dengan sikap dan perhatian terhadap sunnahtullah (melibatkan hukum alam & hukum kemasyakatan), yang balasan dan ganjarannya dirasakan dalam kehidupan dunia ini. Maka, siapa yang giat bekerja, rajin belajar; akan kaya dan sukses dan itulah ganjaran-NYA. Manakala, siapa yang membiarkan diri diserang virus - kuman, atau malas - menganggur tidak bekerja; pasti empunya diri sendiri yang akan menderita dan itulah seksa-NYA.

Bukankah hukum-hukum alam dan kemasyarakatan adalah ciptaan dan ketentuan ALLAH juga, dan penderitaan yang dialami akibat melanggarnya adalah ketetapan-NYA juga yang berlaku tanpa pilih kasih serta berdasarkan hukum-hukum itu?

Jika demikian, mengapa ragu menyatakan bahawa kemiskinan dan penyakit serta kemunduran akibat perlanggaran adalah seksa-NYA di dunia ini?

Tidak perlu ragu selama kita menyedari firman-NYA ini: "ALLAH tidak menganiaya mereka tetapi mereka menganiaya diri sendiri..." (Surah Ali Imran : 117)

Setelah hal-hal yang dihuraikan di atas itu jelas, kiranya tidak perlu lagi kita mempersoalkan masalah seumpama berikut ini:

[1] Soalan: "Mengapa non-Muslim maju sedangkan mereka tidak melakukan solat (sembahyang) dan tidak juga puasa?"

Jawapan: "Bukankah kemajuan material mereka diraih dengan bertebarannya mereka di bumi dan cucuran keringat (bekerja & berusaha)?"

[2] Soalan: "Mengapa rezeki tidak juga kunjung datang sedangkan tahajjud dan i'tikaf telah melengkungkan punggung?"

Jawapan: "Bukankah ini ganjarannya ada di akhirat nanti? Tidak pula wajar diragukan seksa Tuhan terhadap yang melanggar syariat-NYA, kerana memang bukan di sini (dunia) tempatnya mereka diseksa..."

Akhirnya, kita harus sedar bahawa kita baharu mengamalkan setengah taqwa kita, sementara setengah taqwa lainnya telah dilaksanakan dengan baik oleh ummat yang lain. Rupanya, tidak sedikit di antara kita yang bukan sahaja tidak menghayati, tetapi mengerti pun belum - mengenai makna bertaqwa, walhal perintah ini wajib diperdengarkan kepada ummat, paling kurangnya setiap hari Jum'at....

Wallahu a'lam bissowaab...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Gapailah TAQWA Sebagai Matlamat Puasa Kita -
-------------------------------------------------------------------------------------------------

alfaqiir abu miftah

Selasa, 8 September 2009

Lawan Sang Lalat?

Rasulullah saw memesankan :
"...afsyus salaamu bainakum -


Apa saja catatan kita dari Sang Lalat?

ALLAH SWT telah menyebut dalam seuntai ayat yang amat baik - sebagai panduan & buah fikir kita semua :"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Surah Al-Hajj -22:73)

Saudara....

Lalat (az-zubaab) adalah makhluk ALLAH SWT yang bagi majoriti manusia dianggap jijik & menjijikkan. Malah katanya, ia jugalah vektor pembawa penyakit kepada lingkungan kehidupan manusia.

Saya tidak akan membicarakan kenyataan tentang 'Lalat' itu sendiri dalam laman maya ini. Tidak begitu. Namun, kita ingin berkongsi sedikit tentang hikmah yang ALLAH SWT hidangkan kepada kita semua disebalik penggunaan perumpamaan yang dikaitkan dengan LALAT sahaja.

Sesungguhnya, berhala; patung, batu dan sembahan-sembahan lainnya yang pelbagai bentuk itu, tidak samasekali mendatangkan faedah mahupun mudarat walau sekecil macam apapun. SYIRIK itulah yang sangat berbahaya dan perbuatan yang hina dina. Bermula daripada pelopornya sampailah kepada pembuatnya, semuanya hina dan nista & tidak bijak memilih tuntunan hidup.

Segala sembahan manusia syirik itu tidak berfungsi apa-apa pun! Tidak sanggup memberi manfaat mahupun mudharat. Tidak sanggup menolong & membela tubuh sendiri apatah lagi memberi pertolongan, bantuan atau sedikit pun pembelaan kepada yang meminta dan memujanya. Tidak boleh ini.... tidak boleh itu.... sangat lemahnya saudara.

Sembahan yang kaku dan tidak bergerak ini bahkan lebih baik sedikit sahaja dari si penyembahnya. Alangkah jahilnya manusia ini. Dalil sembahan sebagai 'pengantara' semata-mata kepada ALLAH yang Maha Pencipta tidak boleh digunapakai samasekali!

Patung dan segala macamnya tidak sanggup mencipta makhluk lain yang bernyawa walaupun yang sekecil-kecil seumpama lalat sekalipun! Hatta lalat yang dikatakan orang jijik & menjijikkan itu kalau hinggap di atas tahi manusia atau najis lembu kemudian hinggap pula diatas hidung si patung kaku itu.... apa yang ia boleh buat? Nak menghalau tak boleh. Nak menepis tak dapat. Sungguh lemah saudara....

Sang lalat tadi mengambil atau merebut sesuatu ditubuh si patung... pun dia tidak dapat mengelak. Tidak dapat berteriak meminta kembali... Kasihan yang disembah dan alangkah kasihan lagi yang menyembahnya... nauzubillah...

Amatlah lemah yang menyembah. Tapi lemahlah lagi yang disembah. Yang menyembah boleh membuat, membikin, mencipta, membuat apa sahaja yang mampu diingini dan dihajati... Namun sang patung kaku tetap saja tidak dapat menciptakan sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu, tidak mampu mengkabulkan sesuatu, tidak dapat berdiri sediri.... Alangkah lemahnya...


Saudara, fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Lalat memang suka ke tempat yang kotor, hina dan jijik. Tetapi ia masih mampu terbang, hinggap, makan, mencari pengisi perut sendiri. Malah sang lalat boleh membuang najis pada hidung sang patung, merampas sesuatu; namun, yang satu tetap kaku... sang lalat pergi, dia melambai dan mengata bye-bye pun tidak boleh.... kasihan & sungguh malang bagi manusia yang menjadi hamba kepada kejahilan diri sendiri...

Wahadainaahun najdain - pilihlah jalan yang lurus dan telus. Dan, itulah ISLAM.

Wallahu wa liyyut taufiq

alfaqiir abu miftah
--------------------------------------------------------------------------------------------------
- Saudara-saudara boleh juga merujuk tulisan ini di blog lama abu miftah :
http://suarahati-liwaani.blogspot.com/2009/04/apa-saja-catatan-kita-dari-sang-lalat.html -
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekelumit Ibrah Kehidupan ...

Alfaqiir Abu Miftah menyampaikan tahiyyah - salam - yang terbaik dari ALLAH SWT untuk saudara-saudaraku Muslimin sekalian:


Subhaanallahil 'Aziim...

Sungguh saudara!

Maha Suci ALLAH SWT dari segala macam pandangan yang nista dan tercela. Maha Suci ALLAH SWT dalam segala penciptaannya.

Sungguh saudara!

Sungguh pun DIA menjadikan kita - manusia - sebagai makhluknya yang terbaik; jasadi dan maknawi - jasmani dan rohani, makhluk yang boleh mencipta peradaban atau tamaddun dek adanya akal, makhluk yang bersistem dan komprehensif dan pelbagai lagi sifat kesempurnaan yang tiada pada kejadian ALLAH SWT yang lain. Sesuailah sebagai makhluk - fii ahsani taqwiim - disisi ALLAH SWT.

Namun, itu semua tidak harus menjadikan kita sombong dan bongkak, kerana semua itu hanyalah bersifat sementara dan cuma sekadar titipan semata. Jangan sampai kita hanyut dengan khayalan dan keinginan yang membuak semata.

Yang merasa gagah perkasa pada tanggapan empunya diri, tanggapannya itu tidak identik dengan kegagahan yang wajar disisi-NYA. Boleh jadi yang merasa hebat dengan gagah perkasa sebenarnya hanya pada fizikalnya sahaja, sedangkan otaknya tumpul tidak berisi. Nafsu dan amarah sahaja. Orang tunduk dan menurut cuma gerun dengan gertak semata. Sedangkan ramai yang mencebik bibir cuek dengan sikapnya yang hanya tahu memeras dan 'mengatur' keinginan peribadi sahaja. Si gagah tumpul ini kalau menjadi 'Raja' atau 'Ketua' , hanya menang pada rakyat yang lemah dan akur; tapi apabila berdepan dengan musuh atau seteru yang lebih hebat, ia akan layu dan bengkok bagaikan taugeh!

Lihatlah kepada Namrud yang takabbur itu!

Namrud adalah seorang raja Mesir pada zamannya. Dia merasa hebat. Apatah lagi apabila ia mewarisi tahta sehingga dapat memerintah rakyat jelatanya membina sebuah menara pencakar langit agar dia sendiri dapat naik menerusinya bertemu Tuhan. Apabila menara telah terbina tinggi melangit, Namrud dengan sombongnya mengambil panah dan naik ke atas menara lalu memanah ke langit seolah-olah menyerang Tuhan. Itulah Namrud!

Kemudian apa yang terjadi kepada Namrud seperti riwayat yang sampai kepada kita?

Namrud mendapat balasan Tuhan, dimana DIA cuma menghantar seekor nyamuk (atau sejenis lalat) kepadanya. Nyamuk tersebut masuk ke dalam telinganya. Dek kerana kesakitan, Namrud sanggup mengambil capalnya (alas kaki - sepatu) lalu memukul kepalanya sendiri dengan harapan dapat membunuh nyamuk. Akibatnya, Namrud akhirnya mati hanya kerana seekor nyamuk. Itulah Namrud... Maasya Allah bimaa ayyakuunu 'alaina!

Hah! Cuma seekor nyamuk?

Ya. Dan Namrud mati dengan hina. Di mana tahta? Di mana harta? Di mana wanita-wanita yang sering menemaninya di gedung istana yang indah? Ke mana tentera-tenteranya? Mana rakyat jelatanya yang setia?

Justeru itu, peluang berada dalam madrasah Ramadhan sewajarnya dimaksimakan dengan pengisian-pengisian yang menggagahkan jiwa dan mensucikan fitrah sesuai dengan keinginan ALLAH SWT. Marilah kita tadbir jiwa dan diri kita dengan sebaiknya. Gilaplah sinar kristal iman yang ada pada kita agar gemerlapan dan memantulkan sinar penerang jalan buat kehidupan kita. Berbahagialah mereka yang berjaya mencambah tanaman rohani di bulan ini; membajainya dengan siraman air quraani, lalu tumbuh subur jiwa takwa - membentuk peribadinya. Akhirnya, ia akan menuai hasil panennya dengan keuntungan yang berlipat ganda di sisi ALLAH Qoodi Rabbul Jalil...

Insya Allah, mari teruskan hayat kita dengan tetap pada orbit hayat seorang Muslim Mukmin.. dengan berpaksikan Al-Quraan dan As-sunnah Rasul-Nya.

Iman + Islam + Ihsan = Al-Muslim Al-Muttaqiin

-----------------------
alfaqiir abu miftah

Ahad, 6 September 2009

Umpama Menggengam Bara Api...

Umpama Menggengam Bara Api...

Assalaamualaikum wtb...

Hadith Rasulullah saw diatas diterima dari sanad Anas Bin Malik r.a dan diriwayatkan sampai kepada kita oleh Imam At-Tirmizi.

Sesungguhnya hadith ini membawa 'khabar - berita' dan juga 'irsyad - petunjuk' kepada kita semua sebagai ummat Baginda saw.

Saudara-saudaraku;

Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa pada akhir zaman kebaikan dan sebab sebab kepada kebaikan akan menjadi sedikit, sedangkan keburukan dan sebab-sebab kepada keburukan akan menjadi banyak.

Ketika dalam keadaan seperti itu, seorang yang berpegang teguh dengan agamanya menjadi sangat sedikit. Keterasingan ini berada pada situasi yang sulit dan sangat berat, seperti seseorang yang menggenggam bara api; disebabkan kuatnya orang-orang yang menyimpang dan banyaknya fitnah yang menyesatkan seperti fitnah-fitnah syubhah, keraguan dan penyimpangan serta fitnah-fitnah syahwat, disamping berpalingnya makhluk kepada urusan dunia dan sibuk dengan material, lemahnya iman, sulitnya istiqomah dalam beramal, serta sedikit pula orang yang menolong dan membantu saudara-saudaranya seagama.

Akan tetapi orang yang berpegang teguh dengan agamanya, dengan sikap pendirian yang kukuh akan tetap mampu menolak segala bentuk penyimpangan dan rintangan yang datang silih berganti. Bahkan, orang-orang yang memiliki bashiroh (matahati - ilmu) dan keyakinan, orang yang memiliki iman yang kuat; mereka merupakan sebaik-baik makhluk dan memiliki derajat serta kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Saudara-saudaraku;

Berkaitan dengan irsyad - petunjuk pula, maka hadith ini merupakan petunjuk kepada kita semua - ummat Islam - agar membiasakan dirinya dengan situasi ini supaya kita mengetahui bahawa hal ini akan benar terjadi. Yakinlah! Bahawa Allah akan tetap menolong hambanya didalam apa jua keadaan, asalkan dia sanggup membantu agama Allah dan marilah kita sedari bahawa sesungguhnya pertolongan itu sesuai dengan tingkat kesabaran.

Saudara-saudaraku;

Betapa miripnya zaman kita ini dengan sifat yang disebutkan oleh Rasulullah saw ini. Sesungguhnya tidaklah tersisa Islam ini kecuali hanya tinggal namanya saja, tidak pula al-Qur’an kecuali tinggal tulisannya saja; iman yang lemah dan hati-hati yang terpecah-belah.

Pemerintahan-pemerintahan Islam yang terpisah-pisah. Permusuhan dan kebencian yang menjauhkan antara sesama Muslimin; musuh-musuh yang lahir dan yang batin, mereka beramal secara sembunyi-sembunyi - walhal dalam masa yang sama meninggalkan jamaah.

Malahan, ada pula musuh yang terang-terangan berusaha menghancurkan ad-Dien; ilhad (tak percaya wujud tuhan) dan sekulerisme, arus dan gelombangnya yang jelek menghanyutkan orang tua dan orang muda; dan orang-orang yang mengajak kepada budaya yang rosak serta penghancuran atas sisanya yang lain.

Saudara-saudaraku;

Lihatlah saja! Manusia sudah menjadikan perhiasan-perhiasan dunia sebagai tujuan akhir amal mereka dan cita-cita terbesar mereka, yang mana mereka redha dan benci kerana dunia. Wujud propaganda yang jahat untuk memandang remeh terhadap akhirat, dan penerimaan secara menyeluruh terhadap urusan dunia; penghancuran ad-Dien, memandang hina dan memperolok-olok orang yang berpegang pada ad-Dien serta semua hal yang menyebutkan kemuliaan ad-Dien.

Bahkan, mereka berbangga diri, angkuh dan sombong dengan pendekatan-pendekatan yang dibangun di atas ilhad (atheisme) yang pengaruhnya, kejelekkannya dan keburukannya telah disaksikan oleh para hamba Allah.

Saudara-saudaraku;

Melihat kepada realitinya hidup kita di zaman fitan ini, kita sebenarnya telah mendapati kebenaran hadith ini.

Maka, kita sebagai seorang Muslim Mukmin tidaklah pula harus berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH SWT. Justeru, janganlah pandangan kita hanya terbatas pada sebab-sebab yang zahir saja, bahkan, hendaklah kita melihat / merenung / muhasabah dalam hati setiap saat kepada ALLAH Al-Kariim Al-Wahhaab yang mewujudkan sebab-akibat berserta hikmah-hikmahnya.

Yakinlah, kelapangan itu berada di hadapan, dan janji ALLAH SWT tidak akan diselisihi-Nya, kerana ALLAH menjanjikan kemudahan setelah kesulitan. Sekali lagi, sesungguhnya kelapangan itu bersama kesulitan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

INGATLAH olehmu wahai akhi....

ALLAH AR-RAHIIM akan tetap bersama mereka yang Muttaqiin Soobirin, Muhsinin, Mutawakkilin...

"Ya ALLAH.... berilah hambamu ini kekuatan & tuntunlah ia kejalan yang ENGKAU redhai...."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

alfaqiir abumiftah

Sabtu, 5 September 2009

MENDAKWA RASUL ALLAH MELAYU - WANTED!!!

NAMA : ABDUL KAHAR BIN AHMAD JALAL (Mendakwa sebagai Rasul Allah bagi kaum berbangsa Melayu di Malaysia)

UMUR : 59 tahun

JANTINA : Lelaki

LAMBANG ASTROLOGI : Taurus

TAHUN ZODIAK : Harimau

PEKERJAAN : Sumber Manusia

ALAMAT : Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor

_____________________________________________________________________

INFORMASI :

DEGILLL!!!

Abdul Kahar Ahmad pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mendakwa dirinya 'Rasul Allah Melayu' dan telah berjaya mempengaruhi sebilangan kecil masyarakat setempat untuk mengikuti ajarannya.

Dia kedengaran bijak dan kelihatan yakin setiap kali berhujah. Tidak hairan jika dia mempunyai pengikut setia.

“Muhammad itu rasul orang arab, saya rasul orang Melayu”

Antara kenyataan diungkapkannya ketika ditemubual pegawai JAIS.

Abdul Kahar pertama kali didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2005 atas 5 tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Antara pertuduhan terbabit, Abdul Kahar mengisytiharkan dirinya rasul orang Melayu zaman ini, mempersendakan ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji, perkara sengaja di cipta kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya Abdul Kahar.

Maklumat boleh dihantar ke talian 1-800-88-2424 atau 03-5519 0398.

_____________________________________
Kini beliau cuba pula menyebarluaskan ajaran dan dakwaannya melalui internet. Anda boleh menjejaki beliau melalui jejak blog di bawah @ klik di sidebar sebelah kanan blog saya dibawah Judul 'BLOG PANAS' :

http://messengerofgodtoday.blogspot.com


Hei.... dunia... dunia

-----------------------
alfaqiir abu miftah

Khamis, 3 September 2009

KISAH KELAHIRAN AL-MASIH DI DALAM SURAH MARYAM

KISAH KELAHIRAN AL-MASIH DI DALAM SURAH MARYAM
--------------------------------------------------------------------------------
KEHAMILAN MARYAM

ALLAH SWT telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan Jibril.

Firman ALLAH SWT:"Jibril berkata: 'Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci'." (Surah Maryam: 19)

Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimana perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain?

Lalu Maryam bertanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:
"Maryam berkata: 'Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuh aku dan aku bukannya seorang penzina'." (Surah Maryam: 20)

Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat
rahmat:"Jibril berkata: 'Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-KU dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan'." (Surah Maryam: 21)


KELAHIRAN 'ISA A.S

Kejadian Nabi 'Isa a.s adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.

Firman ALLAH SWT:
"Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: 'Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan'." (Surah Maryam: 23)

Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan 'Isa a.s sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut, tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s yang menyeru dari jauh.

Firman ALLAH SWT:

"Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: 'Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu'." (Surah Maryam: 24-25)

Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal, tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai "ruthab" boleh gugur dengan hanya digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik.

Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, ALLAH SWT telah berfirman:"Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah: 'Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seseorang manusia pun pada hari ini'." (Surah Maryam: 26)

Untuk mengelakkan diri daripada difitnah oleh kaumnya, ALLAH SWT telah memerintahkan kepada Maryam supaya bernazar dengan melakukan ibadat puasa dan tidak bercakap-cakap dengan sesiapa pun jua pada hari tersebut.


'ISA A.S MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN IBUNYA

Apabila Nabi ALLAH 'Isa a.s dilahirkan oleh ibunya Maryam, kelahirannya itu telah mencetuskan reaksi yang kontroversi di kalangan kaumnya. Pelbagai andaian dan spekulasi yang dilemparkan kepada Maryam sehingga ada di kalangan kaumnya yang tergamak menuduh beliau melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan anak, tetapi dengan tegas Maryam menafikannya.
"Maka Maryam menunjukkan kepada si anaknya itu, kaumnya berkata: 'Bagaimana kami boleh berbicara dengan anak yang masih di dalam buaian?". (Surah Maryam: 29)

Dengan izin ALLAH SWT, 'Isa a.s dapat berkata-kata dan bercakap-cakap dengan kaumnya, sekaligus menolak fitnah yang dilontarkan kepada ibunya; dan disamping itu, secara tidak langsung 'Isa a.s walaupun masih di dalam buaian sempat berdakwah kepada kaumnya dengan menyeru mereka kepada ALLAH, Tuhan yang Maha Satu / Esa.

Perhatikan di dalam firman ALLAH SWT:"Berkata 'Isa: 'Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi." (Surah Maryam: 30)

Dan tegas 'Isa lagi pada waktu itu:
"Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia (ALLAH) memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup". (Surah Maryam: 31)

Jelas dan terang ungkapan mulut Nabi ALLAH 'Isa a.s walaupun ketika itu masih bayi dan sekaligus menolak dakwaan kaumnya yang menuduh ibunya yang suci itu melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi ALLAH SWT.

KESIMPULAN

Sesungguhnya, Nabi 'Isa a.s serta ibunya Maryam adalah antara makhluk ALLAH SWT yang terpilih. Mereka tidak sekali-kali akan mengakui diri mereka sebagai Tuhan disebabkan nikmat yang diberikan kepada mereka, terutamanya Nabi 'Isa a.s. Dakwaan bahawa Nabi 'Isa itu adalah jelmaan ALLAH SWT hanyalah cerita karut dan pembohongan semata-mata.

Malahan, kalau kita cuba merujuk kata-kata 'Isa a.s sendiri di dalam Al-Kitab (Injil / Bible), dinukilkan baginda menyatakan didalam Yohannes, fasal 17, ayat 3, bahawa:

"Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, ALLAH Yang Esa, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu."

_________________________________________________________________

* Wahai saudara-saudara Muslimku sekalian....

Semoga pengisian ini semakin memantapkan akidah dan wawasan agama kita. Pelajarilah dan hayatilah inti sejarah tauhid yang dibawa oleh semua Rasul ALLAH dan para anbiya-NYA. Secara tuntas dan pastinya, bahawa sejak dari Nabi Adam a.s - abul basyar - sehinggalah Rasul Allah dan Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw; inti kehidupan asas manusia adalah dengan paksi yang satu iaitu kalimah toyyibah - LAA ILAA HA ILLAL LOOH- dan bahkan termasuklah Nabi 'Isa a.s @ Esau @ Yesus yang ummat Islam kenali itu!

Subhaanallah - Tabaarakallah!
_________________________________________________________________

alfaaqir abu miftah