Adakah anda tahu bahawa di dalam kitab Injil, Ulangan (Deuteronomy), mengisahkan bahawa Nabi Musa a.s. telah bersabda bahawa Tuhan telah berfirman bahawa akan diutuskanNya seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan bani Israil, seperti Nabi Musa a.s.
"Lalu berkatalah TUHAN kepadaku; Apa yang dikatakan mereka itu baik; seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang kuperintahkan kepadanya." (Ulangan, Perjanjian Lama 18:17-18)
Di dalam bab ketiga dari buku para-para Rasul (Acts), Peter, anak murid nabi Isa a.s. berkata kepada segolongan manusia dan menerangkan bahawa nabi Isa a.s. telah dibawa naik ke langit dan sedang berada di syurga. Baginda akan kekal berada di sana dan tidak akan kembali ke dunia ini sehingga sekalian apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan berlaku. Oleh itu, apakah yang kamu nanti-nantikan, soalan Peter kepada mereka?
Dia telah menukil akan apa yang telah diperkatakan oleh nabi Musa iaitu.." Dan Tuhan akan mengutuskan seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan Bani Israil seperti Musa a.s."
Penganut Kristian menyimpulkan bahawa ayat ini membicarakan mengenai nabi Isa a.s., yakni nabi Isalah rasul seperti Musa a.s. Bagaimanapun, mereka tidak senang dengan kenyataan bahawa nabi Isa tidak seperti Musa a.s. Nabi Isa a.s. tidak berbapa, beristeri, beranak dan tidak mati pada umur yang tua. Dia tidak menerajui pemerintahan sebuah negara. Dia berlainan sifat daripada Musa a.s. (sila rujuk di bawah)
Di dalam kitab Injil sendiri mengatakan bahawa " Dan Tuhan akan mengutuskan seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan bani Israil seperti Musa..."
Wahai saudara bani Israil, nabi Isa a.s. adalah seorang dari kaum bani Israil, bukan daripada puak yang bersaudara dengan bani Israil. Kenyataan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ramalan ini bukanlah memperkatakan akan terutusnya nabi Isa a.s. tetapi seorang rasul seperti nabi Musa a.s. Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain ialah nabi Muhammad s.a.w.
| | | |
| Normal | Normal | Luarbiasa |
rumahtangga | Beristeri dan beranak | Beristeri dan beranak | Tidak beristeri dan tidak beranak |
| Normal | Normal | Luarbiasa |
| Rasul/Pemimpin negara | Rasul/Pemimpin negara | Rasul |
| ke Median | ke Madinah | Tidak berhijrah |
| Diburu musuh | Diburu musuh/Berperang jihad | Tiada Berperang jihad |
| Kemenangan moral dan fizikal | Kemenangan moral dan fizikal | Kemenangan moral sahaja |
| semasa hayatnya (Taurat) | semasa hayatnya (Al-Quran) | Selepas kewafatannya |
| Aqidah dan hukum-hakam (syariah) | Aqidah dan hukum-hakam (syariah) | Aqidah |
| Ditolak kemudiannya diterima ajarannya | Ditolak kemudiannya diterima ajarannya | Ditolak oleh kebanyakan orang bani Israil |
Sumber Rujukan / Artikel : http://www.geocities.com/Athens/Sparta/1654/9likemoses.htm
alfaqiir abu miftah
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar Anda...