Isnin, 19 Oktober 2009

Kembangkan Layar Teguhkan Jiwa [Satu Muhasabah]...

Alhamdulillah. Ku serukan puji syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau jualah yang Maha Menatap, Maha Mendengar rayuan hamba-hambanya yang mendambakan kasih sayangNya. Engkaulah jua yang memegang segala urusan dan mentadbir seluruh alam jagat ini.

Ya ALLAH, pada-Mu jua ku pohon inayah, hidayah dan taufiq dalam samudera pelayaran hidup ini. Ku pohon hikmah dan ilmu-Mu yang teramat luas. Peliharalah jua diri ini dari hasad dengki dan fitnah sesama. Tunjukkan pada hamba-Mu ini segala yang haq sebagai sebenar-benar haq, dan doronglah aku untuk mengikuti kebenaran itu. Tunjukkanlah juga aku mana yang bathil dengan jalan yang jelas, dan berilah aku kekuatan untuk menghindarinya.

Pada Rasul-Mu aku berusaha untuk mengambil contoh ibrah kehidupan. Pimpinlah aku untuk mengikutinya, dan jadikan aku pengikut millah dan deen Baginda yang lurus ini. Aku redha Engkau Ya ALLAH menjadi Tuhanku, Islam sebagai cara hidupku dan menyakini Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul-Mu. Kepada-Mu kupohon kesabaran, ketenangan dan keyakinan dalam menempuhi mehnah kehidupan dunia ini.

Akhirnya, untuk blog ini, mudah-mudahan ia menjadi sarana muhasabah sepekan selain sebagai ruang dan wadah untuk mengevaluasi qalbu dan mengasah materi dakwah. Semoga blog ini menjadi sebahagian indikator semasa dalam memanipulasikan segala macam masam-manis-pahit dan pedasnya kehidupan ini.

"In uriidu illal islaahi mastato'tu - wamaa taufiiqi illa billaahi - 'alaika tawakkaltu wa ilaihi uniib"

Wallahu waliyyut taufiq.
Wassalam

alfaqiir abumiftah

1 ulasan:

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.