Rabu, 7 Oktober 2009

Asal Kristianiti...

ASAL KRISTIANITI

Catatan Umum - Penulis menukilkan semula artikel penting ini sebagai tatapan ANDA. Tulisan ini bersumberkan koleksi - Jurnal Kristologi Dan Perbandingan Agama - daripada pelbagai sumber primer yang telah diusahakan penulis pada tahun 2002 semasa menuntut di UKM. Sebagai tambahan referensi, ANDA juga boleh merujuk link-link kajian Al-Kitab yang penulis telah sediakan di bawah link 'KRISTOLOGI' pada blog JURNAL i ABU MIFTAH ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fakta sejarah mendedahkan bahawa Nabi 'Isa tidak menggunakan perkataan 'Kristian / Christian'. Beliau dan para pengikutnya pernah bersembahyang di rumah berhala yang digunakan oleh orang Israel yang lain. Pesanan Nabi ialah agar mereka yang sesat kembali kepada agama Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Setelah Nabi 'Isa diangkat ke langit, PAUL mengisytiharkan bahawa kepercayaan terhadap Nabi Isa adalah cukup bagi penyelamatan (dari dosa). Sarjana-sarjana Yahudi pada masa itu menggelar para pengikut Nabi 'Isa sebagai sekta orang Nasrani (Nazarat) yang disesatkan atau 'orang Kristian' [Galileans].

Pada tahun 43 Masihi, apabila Paul dan Barnabas pergi ke Antioch (ibukota purba Syria) untuk berdakwah, mereka diejek dan digelar 'Kristian' oleh orang ramai. Mereka yang digelar 'Kristian' merasakan bahawa tidak salah bagi mereka menerimanya sekiranya mereka diberi gelaran yang merujuk kepada Nabi 'Isa. Satu analogi masakini dapat dilihat dalam kes kita orang Islam digelar 'Mohammedan' di negara-negara Barat dan orang Islam menerima gelaran tersebut seadanya walaupun tidak tepat.

PAUL MERUBAH PESANAN

Pada mulanya, Paul / Paulus adalah penentang kuat Nabi 'Isa dan kekal begitu bertahun-tahun lamanya selepas Nabi 'Isa diangkat ke langit. Apabila ia menyertai para pengikut Nabi 'Isa kemudiannya (dengan agendanya?), ia memperkenalkan banyak perubahan ke atas ajaran-ajaran Nabi 'Isa dengan harapan untuk memenangi hati orang-orang bukan Yahudi. Dia memperjuangkan konsep-konsep berikut dalam 'Kristianiti' [yang tentunya ajaran ini tidak pernah dikenali sendiri oleh Nabi ALLAH 'Isa]:

1. Konsep Isa sebagai anak Tuhan,
2.
Nabi 'Isa mati di atas salib untuk menghapuskan dosa-dosa anak keturunan Adam yang berkekalan menerusi darahnya,

3.
Hukum-hukum Wasiat Lama / Old Testament (Taurat - Nabi Musa) ditolak. Dia meniadakan semua syarat tentang makanan dan membatalkan perintah mengenai pengkhatanan.


Para pengikut Nabi 'Isa yang sebenarnya - Hawariyyun - menentang gambaran yang salah mengenai pesanan Nabi 'Isa ini yang disampaikan secara terang-terangan. Perjuangan mereka menolak tanggapan 'Isa / Esau sebagai Tuhan berterusan selama kira-kira dua ratus [200] tahun. Oleh kerana perubahan-perubahan ini menarik hati orang bukan Yahudi, mereka yang benar-benar percaya (akan ajaran Nabi 'Isa yang asal) tidak dapat menghentikan arus gelora kesesatan tersebut.

Pada tahun 325 Masihi, satu majlis pemimpin Kristian bertemu di Nicaea (kota purba di Asia Minor) dan secara rasmi melancarkan fahaman Paul / Paulus sebagai agama mereka. Empayar Rom mengisytiharkan agama Paul sebagai agama anutan Kerajaan Rom dan semua buku yang menafikan serta membidas kebathilan kepercayaan tersebut diharamkan dan dimusnahkan.

Pada tahun 367 Masihi, Kerajaan Rom mengumumkan satu senarai buku-buku yang diterima oleh Kerajaan itu dan lima belas [15] tahun kemudiannya, sebuah majlis yang diadakan dibawah presiden Pope Damasius, memberi pernyataan setujunya ke atas buku-buku tersebut.

Pada akhir abad kelima, Pope Galasius menerbitkan satu senarai buku-buku yang tidak dibenarkan (cerita-cerita yang kebenarannya diragui) bagi menuruti agama 'Kristian' yang diperjuangkan oleh Paul / Paulus.

______________________________________________________________________________
Buat ANDA saudara-saudaraku:
"Bukan meragi propaganda pertentangan - Tetapi hanya merapi pemahaman sejarah kebenaran"
______________________________________________________________________________

alfaqiir abumiftah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.