Isnin, 19 Oktober 2009

Membina Mahabbah KepadaNYA...

Salam manis buat saudaraku semua...

Tahiyyikum bi tahiyyatil Islaam - Tahiyyatan toyyibah - Tahiyyatan min 'indillaah : Assalaamu'alaikum warohmatullahi wabarakaatuh

Ada empat macam kecintaan - Mahabbah - yang hebat. Berikut ini adalah penjelasan dan status kebolehannya dalam menempati hati kita:

1) Mahabbatullah (cinta kepada Allah), adalah dasar utama keimanan.

2) Al-mahabbah fillah (cinta kerana Allah), iaitu loyaliti kepada kaum mukminin dan mencintai mereka secara global. Adapun secara individu di antara mereka, masing-masing dicintai sesuai dengan kadar kedekatan dan ketaatannya kepada Allah, dan kecintaan ini hukumnya wajib.

3) Mahabbah ma’allah (kecintaan bersama Allah), iaitu mencintai selain Allah dalam kecintaan yang wajib sama seperti mencintai Allah, seperti kecintaan kaum musyirikin terhadap berhala berhala mereka. Kecintaan seperti ini adalah pokok syirik.

4) Mahabbah tobi’iyyah (kecintaan yang wajar), seperti mencintai kedua orang tua, anak-anak, mencintai makanan dan lainnya, kecintaan ini adalah boleh.

(Sumber: Tafsir Al-’Usyr Al-Akhir dari Al’Qur’an Al Karim Disertai Hukum-Hukum Penting Bagi Seorang Muslim)


salam al-liiwaany [klik untuk pautan asal]


0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.