Jumaat, 21 Ogos 2009

Marhaban Yaa Ramadhan - Selamat Bercuti Seminggu...

Assalamualaaikum wtb...

Salam kopisanangan untuk semua Muslimin Muslimat....


Pada kesempatan yang mulia ini, saya mengucapkan....

Marhaban Yaa Ramadhan pada saudara-saudaraku Muslimin Muslimat

&

Selamat Bercuti Seminggu kepada warga guru.


Sesungguhnya kehadiran Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah dan tazkiyyatun nafs amat ditunggu-tunggu dengan penuh pengharapan dan ta'ziim... semoga dengan Ramadhan kali ini kita mampu memperkasakan rohani, semangat dan jati diri guna menghadapi cabaran hidup yang sentiasa berputar dan silih berganti.

Sama-samalah kita pertingkatkan TAQWA sebagai natijah besar dan prioriti yang sepatutnya digapai dan diperolehi melalui tarbiyyah mulaazamah Ramadhan. Isilah bulan almubaarak ini dengan amal-amal kebaikan. Puasa tetap puasa. Tapi jangan puasa wajib sahaja tapi amalan sunnah kita tinggal dan abaikan... "Makan nasi saja tidak sedap kalau tiada lauknya... nasi ibarat puasa wajib, sedangkan lauk itu pula ibarat amalan sunnah yang menyerikan dan melazatkan lagi ibadah kita kepada-Nya.

Dengan ada kesempatan bercuti di awal Ramadhan ini, jooom balik kampung untuk meraikan puasa Ramadhan dengan orang tua yang tersayang. Semoga semakin berkat, selain menziarahi ibu dan ayah sebagai kewajipan seorang yang bernama anak. Jangan biarkan mereka terabai tanpa sentuhan kasih dari anak-anak yang selama ini sangat-sangat diharapkan santunan...

Bagi sahabat-sahabat yang dekat, baliklah menziarahi ibu dan ayah. Di hati kecil, mereka sebenarnya ternanti-nanti kunjungan anak-anak membawa cucu penyejuk mata hati.

Bah... ustaaaz jooomlah balik kampung. Orang kampung tunggu-tunggu enta tu mau jadi imam tarawih di surau. Lama tak dengar suara ustaz yang lunak dan merdu katanya... Balik nanti sempat juga dengar tazkirah & kultum dari ustaz sebagai bekal...

Silakan... joom dengan niat kerana ALLAH SWT.

----------------------- Selamat berpuasa di Kg. Tinompok Liwan, Tambunan ----------------------

-------------------------
alfaqiir abu miftah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.