--------------------------
KULTUM SUBUH
--------------------------
Assalaamualaikum wtb...
Saudaraku;
Adalah menjadi kewajiban bagi kita semua, untuk sentiasa mendidik diri menjadi insan yang taqwa dan kasih kepada Allah SWT, demi mencapai gelaran orang yang bertaqwa (muttaqiin) disisi-Nya.
Salah satu caranya untuk mengecapi taqwa itu ialah dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi jua segala larangan-Nya dengan penuh keikhlasan dan tawadhu. Sesungguhnya, hanya mereka yang berjiwa taqwa sahaja yang boleh mendapat berbagai kenikmatan atau anugerah serta keistimewaan dunia dan akhirat.
Saudaraku;
Allah SWT memang sentiasa memberi nikmat kepada manusia seluruhnya, tetapi ramai yang tidak bersyukur. Baik nikmat hidup, Allah SWT juga memberi kita nikmat Iman; nikmat hidayah dan nikmat Islam. Selain itu, nikmat harta benda dan anak-anak juga merupakan antara lain pemberian yang tidak ternilai dan amat bermakna bagi setiap manusia.
Anak-anak dilihat sebagai perhiasan kepada kehidupan khususnya dalam hidup berkeluarga. Anak memancarkan sinar kebahagiaan dan memperkukuhkan lagi ikatan kasih sayang dalam sesebuah keluarga - suami dan isteri. Oleh itu, jangan sekali-kali mempersia-siakan dan meremehkan kewujudan mereka.
Anak merupakan amanah. Kerana itu, ia pasti akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak. Justeru, anak-anak yang lahir bukan sahaja perlukan belaian kasih sayang, tetapi ia juga memerlukan asuhan, santunan dan didikan yang sebaiknya agar kelak menjadi insan yang beriman, berakhlak dan tahu diri.
Saudaraku;
Rasulullah saw telah berpesan:
"Setiap anak yang lahir adalah suci bersih fitrahnya. Maka, ibubapanya-lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". (H.R - Bukhari & Muslim)
Hadith ini antara lain menegaskan, bahawa ibubapalah yang bertanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak mereka. Ibubapalah yang bakal mewarnai peribadi anak-anaknya samada putih atau hitam, ataupun menjadikan mereka beriman atau engkar pada Tuhan-nya kelak.
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw mengingatkan kita melalui pesannya:
"Suruhlah anak-anakmu supaya sembahyang (solat) sejak berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (dengan tanpa mencederakan - dengan niat menyedarkan) kalau masih meninggalkan sembahyang setelah menjejak usia sepuluh tahun; serta asingkanlah tempat tidur mereka (antara anak laki-laki dan perempuan sebagai batasan akhlak pergaulan". (H.R - Ahmad)
Saudaraku;
Berpandukan hadith Rasulullah saw ini, adalah jelas; sebagai ibubapa, wajib mereka mendidik dan memperbetulkan anak-anak dalam hal-hal akidah, ibadah, akhlak pergaulan dan tanamkanlah ilmu-ilmu yang bermanfaat agar ia nanti dapat hidup berdikari tanpa mahu bersandar harap pada orang lain termasuk kepada orang tuanya.
Saudaraku;
InsyaAllah, kita berharap mudah-mudahan anak yang dididik dan diasuh dengan cara yang baik, benar dan sempurna pasti akan tahu mengenang jasa orang tuanya dan orang-orang yang terdahulu. Pada masa yang sama, anak-anak yang soleh / solehah pasti akan sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tuanya yang telah meninggal dunia sekalipun. Ini juga bermakna, anak-anak adalah saham yang cukup bernilai dan besar ertinya bagi setiap ibubapa.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfaal ayat 28:
"Dan ketahuilah! Bahawa harta benda & anak-anak kamu itu adalah fitnah (ujian / cubaan yang berat) dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar..."
Wallahu waliyyut taufiq
------------------------------
al-faqiir - abu miftah

0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar Anda...