********************************************************************
Ini salah satu daripada 1001 macam soalan orang di luar ISLAM tentang ISLAM sebagaimana yang difahami oleh mereka. Marilah kita belajar, memahami, men-tafaqquh & menghayati sendiri agama ISLAM yang kita cintai ini. Jangan menjadi golongan yang suka sahaja melenting kalau ada orang lain yang 'mencuit' ummat dan agama, sedangkan ia sendiri tidak memahami atau terlupa untuk cuba menghayati ISLAM ini. Jangan semata-mata emosi kosong . Bangkitlah dengan ILMU, DALIL & HUJJAH....
********************************************************************
Soalan: Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat?
Jawapan:
Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT.
Surah Al Baqarah:
Ertinya :
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan" (Al-Qur'an surat Al-Baqarah : 144)
1. Islam menganjurkan perpaduan:
Contohnya, jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap ke arah utara, ada yang ingin menghadap ke selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan yang satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur kaabah, mereka menghadap ke Barat.
2. Kaabah terletak di tengah peta dunia:
Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.
3. Tawaf mengelilingi kaabah menandakan satu Tuhan.
Apabila orang Muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka mengerjakan tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan tuhan yang satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat, maka, hanya Allah SWT sahaja yang layak disembah.
4. Hadis Umar r.a
Berkenaan batu hitam, hajarul aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat terbilang Nabi Muhammad SAW, iaitu, saidina Umar r.a.
Menurut Sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, bab 56, H.no. 675, Umar r.a. berkata," Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi SAW menyentuh dan mencium kamu, nescaya aku tidak akan menyentuh dan mencium kamu."
5. Ada orang berdiri atas Kaabah dan melaungkan azan.
Semasa zaman Nabi, ada orang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah Kaabah: siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?.
Info yang menarik..
BalasPadam