Selasa, 24 Ogos 2010

Landak @ Wutun?


Salam.

Ada orang bertanya tentang hukum makan dan memanfaatkan landak. Setelah mencari-cari dalam beberapa sumber, begini dapatan saya. Semoga ia tidak salah. Andai saya khilaf, tuan-tuan yang lebih arif tolong tunjukkan jalan pemecahan...

Landak jika dalam bahasa Arabnya disebut al-qunfudz.

Mengenai landak (qunfudz) ini, ada khilafiyah. Berdasarkan penelitian penulis, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya.

Sedang menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam IV/77).

Namun pendapat yang tepat (sahih), adalah halal (Imam an- Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 8/16). Hal itu kerana tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkannya. Kerana itu, hukumnya kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah.

Mereka yang mengharamkan landak berhujjah dengan hadis dari ‘Isa bin Namiilah al-Fazari dari ayahnya, ia berkata,”Saya pernah duduk bersama di sisi Ibnu Umar lalu dia ditanya hukum makan landak. Lalu Ibnu Umar membaca ayat, ”Qul laa ajidu fiimaa…” (QS 6: 145). Maka berkatalah seorang tuan (syaikh) di sisi Ibnu Umar, ”Aku telah mendengar Abu Hurairah berkata, ” Pernah disebut landak di sisi Nabi SAW maka Nabi mengatakan, ”Sesungguhnya ia (landak) adalah satu keburukan di antara keburukan-keburukan (khabiits min al-khabaa`its)...” Maka berkata Ibnu Umar, ”Jika itu dikatakan Rasulullah SAW, maka hukum landak adalah seperti yang beliau katakan.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud) (Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, hal. 1681; Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, IV/77).

Namun menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Bulughul Maram, seperti dikutip Imam ash-Shan’ani, ”Sanadnya lemah...” (Subulus Salam IV/77). Imam ash-Shan’ani menerangkan sebab kelemahannya adalah identiti tuan (syaikh) yang tidak diketahui (majhuul). (Subulus Salam IV/77).

Oleh kerana itu, hukum landak kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah. Inilah hukum yang diyakini sebagai hukum asal. Sedang dalil hadis di atas, kesahihannya diperselisihkan di antara para ulama. Jadi, dalil yang mengharamkan landak masih diragukan. Dalam keadaan demikian, berlakulah kaedah fiqih yang masyhur,”al-yaqiinu laa yuzaalu bi al-syakk”. (sesuatu yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu yang diragukan). (Imam as-Suyuthi, al-Asybah wa an-Nazha`ir, hal. 37).

Tambahan info :

1. Landak adalah halal di makan dan kita dapati ia diburu dan dimakan oleh orang Melayu sejak dahulu kala dan tidak ada fuqaha’ tempatan yang membantahnya. Binatang yang tidak disebut oleh nas (halal/haramnya) diserahkan kepada uruf (hukum adat).

2. Bulu landak yang dikutip dari landak yang disembelih suci mengikut madzhab Syafi’iy dan mengikut jumhur bulu landak itu suci baik datang dari badan landak yang disembelih atau bangkai (yang tidak disembelih) Dalil: Ibn Mundzir dan Ibn Hatim yg mengutip fatwa Ibn Abbas bila beliau mentafsir ayat 145 dari surah alAn’am mengenai kesucian bulu, tulang, gigi dan rambut bangkai.” Fiqh Sunnah.

Sekian dikutip. Wallahu a’alam.

__________________________________________________________________

Tambahan penulis :

** Penting : Walaupun hukum ikhtilafi berkenaan masalah ini seolah-olah telah ada jalan penyelesaian dan penyesuaiannya oleh para ulama terdahulu, tetapi, sebagai ummat Muhammad saw yang memiliki kecenderungan untuk memelihara kewarakan, tawadhu, jernih rasa rohani dan kelembutan hati; maka saya mengajak Anda semua untuk lebih berdisiplin dan bersifat selektif dalam hal-hal yang melibatkan perkara ikhtilafi. Tegasnya, saya menyeru Anda semua untuk mengambil sikap wiqoyah - memelihara jati diri, iaitu iman dan sinar ALLAH SWT yang dibekalkan-Nya dalam sanubari Anda semua. Bersikap persis Imam As-syafi'ee iaitu ikhtiyati - kehati-hatian dalam semua perkara mubah adalah lebih baik dan dekat dengan jiwa taqwa.

Kerana itu, andai pun Anda telah setuju dengan ulama yang menghalalkannya, namun milikilah juga sikap ikhtiyati (hati-hati dan selektif) agar Anda tidak hilang sikap qana'ah dan warak dalam hal-hal tersebut. Lebih afdhal memberi keutamaan - awlawiyat - kepada yang memang telah shohih dan disepakati secara ijma' kehalalannya dan sumbernya (makan minum tersebut) banyak disekitar kehidupan kita daripada berdalih-dalih untuk mendapatkan yang masih diikhtilafi ulama.

Marilah menuju sikap qana'ah dan warak... InsyaAllah...

__________________________________________________________________

Koleksi Abu Miftah
23hb Ogos 2010

Masing-maaasing...


Masing-maaasing....

Assalamaualaikum wtb...

Apa yang mau AM kongsi kali ini?

Cuba pembaca sebut betul-betul perkataan terpilih di atas... apa ni? biasa saja bah tu...

Menurut bahasa pasar tempatan kita, ia ada makna yang tersendiri - - masing-maaasing - - seolah semakna dengan sendiri-sendiiiri (perkataan kedua dipanjangkan).

Saya cuba kaitkan dengan konteks ibadah kita sehari-hari. Apatah lagi, alhamdulillah diwaktu ini kita semua tentunya sedang berusaha mengisi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan pelbagai usaha atas iman demi redha-Nya.

Ironinya, suatu hari saya balik lewat sedikit dari sekolah selepas men-tasmik anak murid. Dalam keletihan puasa, singgah menunaikan solat zohor di masjid. Hasratnya, biarlah sudah lewat tapi mau juga berjemaah kalau boleh.

Lalu adalah beberapa orang yang kelihatannya baru sampai dan akan menunaikan solat zohor di masjid yang sama. Setelah menunggu seketika sementara mereka berwudhu dan masuk ke ruangan solat, dalam hati untung juga dapat juga berjemaah. Lain yang dinanti, lain pula berlaku. Tiba-tiba yang seorang tu (agak tua dan berumur) kata - masing-maaasing. Aik... memerah telinga dan berderau juga rasanya dibuat begitu. Mulanya nak ajak solat jemaah sama. Bila tengok yang lain pun memilih untuk ke tepian dan penjuru ruangan solat. Tiba-tiba rasa sebak terasa di dada. Inilah kita... dimana salah dan silapnya?

Seusai solat (terpaksa solat sendiri), fikiran menerawang memikirkan hal yang baru berlaku. Fikir-fikir dan lihat-lihat... dimana-mana pun perkara ini berlaku. Bahkan bukan saja berlaku pada orang biasa (yang ilmu tentang hukum hakam agama kurang), juga dilakukan oleh sesetengah ustaz kita.

Masing-maaasing @ sendiri-sendiiiri masih menyelubungi hidup kita. Inilah sikap "ananiyyah" atau "ke-akuan". Nafsi-nafsi. Aku-aku dan kau-kau. Dalam keadaan biasa sering berlaku. Malah turut menjalar dalam hal ibadah. Kalau begitu, ini ada antara gejala penyakit ummat Islam yang sudah mendarah-daging. Akhirnya, tak hairan kalau ummat Islam sesamanya pun bertempur, sanggup berbunuhan biarpun masalah akarnya kecil sangat dan masih boleh ditoleran.

Ntahlah apa nak jadi dengan kita. Dalam bulan Ramadhan yang mana orang lain mengharapkan amal ibadah yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT, ada pula di sana orang yang masih tidak terkesan dengan semarak, meriah dan lazatnya gunungan ganjarannya.

Mungkin saja kita boleh kata - diorang tidak faham kaedah dan hikmah berjemaah. Atau paling pun beralasan - ada urusan yang menanti dan perlu cepat, kalau berjemaah lambat nanti, lagi pula wirid imam panjang. Mungkin ada juga golongan akan kata - alaaah biarlah, yang penting dia sembahyang bah....

Hakikatnya, inilah realiti kita. Ketika orang memerlukan - kita kata : masing-maaasing. Ketika saudara seagama kita dibantai kaum kuffar - kita kata : mau buat macamana lagi. Hal sudah berlaku. Kalau kita campur kita pula kena. Aaah sendiri-sendiiiri... Tapi kalau kita pula yang perlu orang lain dan ketika itu orang tidak endah... kita pun ditimpa penyakit lain; mencemuh, mentohmah, terasa hati, dendam kesumat dan lain-lain... semuanya bermuara dari masalah tidak mengambil endah antara satu dengan yang lain.

Bukankah agama Islam yang kita cintai, menyuarakan agar kita saling berkasih-sayang? Bukankah kita disuruh untuk saling membantu? Bukankah agama juga menyuruh untuk kita bersatu hati, hidup rukun dan saling membina persefahaman? Bukankah dengan berjemaah dalam solat itu visi dan misinya adalah menciptakan kesatuan, persefahaman, kasih sayang, saling pengertian dan lain-lain dari buah manis ukhwah?

Marilah kita fikir-fikirkan. Mari kita timbang-timbangkan.

Arah mana neraca kita - atau masih masing-maaaasing!!!



Abu Miftah
14 Ramadhan 1431H

Menunaikan Zakat Fitrah Sebagai Manifestasi Pembersihan Jiwa & Amal


Menunaikan Zakat Fitrah Sebagai Manifestasi Pembersihan Jiwa & Amal

Penulis bergambar dengan replika cek bantuan zakat sumbangan untuk pelajar faqir miskin 2010 daripada PZS - di majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 4 bertempat di perkarangan Masjid Al-Hidayah Nabawan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah [23hb Ogos 2010]

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin ALLAH SWT akan kembali fitrah.

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Ini berbeza dengan zakat harta, kerana tidak dikenakan kepada hamba. Mana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri.

Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, iaitu orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika menatap wajah Allah SWT di dalam syurga [mafhum daripada hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad].

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” [Hadis Riwayat Abu Daud].

Islam adalah agama fitrah. Asas kepada fitrah ini ialah saling ambil tahu, saling berkongsi dan saling membahu. Berulang kali Allah SWT dan Rasulullah SAW menyarankan, agar umat Islam bersifat bahu-membahu di antara satu sama lain. Bahkan Allah SWT menegaskan, semua umat Islam itu adalah bersaudara (Al-Hujurat: 10).

Nabi Muhammad SAW turut menukilkan bahawa setiap muslim itu ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya sebagaimana eratnya genggaman jari-jemari [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]. Oleh itu, kedatangan Ramadan Al-Mubarak inilah masanya kita menunjukkan tingginya hemah kita sebagai seorang muslim. Muslim yang menyantuni sesama saudaranya dengan keikhlasan dan kepatuhan kepada agama.

Akhirnya, kita dapat memetik hikmah disyari'atkannya zakat fitrah iaitu:

  1. Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana ALLAH memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmat-Nya.
  2. Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya maupun miskin sehingga mereka dapat berkonsentrasi penuh untuk beribadah kepada Allah Ta'ala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya.
  3. Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa.
  4. Di antara hikmahnya adalah sebagaimana yang terkandung dalam hadits Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhuma di atas, iaitu puasa merupakan pembersih bagi yang melakukannya dari kesia-siaan dan perkataan buruk, demikian pula sebagai salah satu sarana pemberian makan kepada fakir miskin.

Zakat Fitrah Negeri Sabah 2010 - RM6.80!!!

Wallahua’lam


Abu Miftah
14 Ramadhan 1431H

Sabtu, 21 Ogos 2010

HADITH-HADITH SHOHIH SEKITAR PUASA

HADITH-HADITH SHOHIH SEKITAR PUASA

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka . Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

(Hadith Qudsi) Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

(Hadith Qudsi) Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKU-lah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
“ Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r...a)


Semoga termotivasi untuk terus iltizam...

Abu Miftah

11 Ramadhan 1431H

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kemuliaan Orang Yang berpuasa


KEMULIAAN ORANG YANG BERPUASA

Alhamdulillah hari yang mulia ini, bersamaan 10 Ramadhan 1431H; kita sudah menapaki 10 hari dengan amalan puasa yang amat bererti ini. Bererti fasa pertama yang disebuah 'awal keampunan' telah kita semua lalui. Ini juga bermaksud hari-hari yang berlalu telah sirna dan meninggalkan kita bersama cerita dibaliknya.

Alhamdulillah. Ramadhan penuh berkat datang lagi membawa 1001 ganjaran pahala, rahmat dan kemuliaan, khusus bagi mereka yang berpuasa.

Kalam ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183, mengungkapkannya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

Tuntunan ALLAH SWT yang menjadi dalil kefardhuan puasa bulan Ramadhan itu jelas menjanjikan kemuliaan yang tertinggi kepada orang-orang beriman; iaitu ketaqwaan yang dihasilkan melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan ilkhlas. Tiada kemuliaan yang lebih tinggi disisi ALLAH SWT, Rasul dan seluruh orang yang beriman selain daripada sifat TAQWA yang mendasari setiap amalan, akhlak dan budaya hidup seseorang.

Dalam surah Al-Hujurat ayat ke-13 pun ALLAH SWT menyebut tentang ciri orang yang paling mulia dan hampir di hadratNYA, iaitu orang yang paling bertaqwa.

Selain itu, ALLAH SWT juga menghormati dan memuliakan orang-orang berpuasa dengan menyediakan pintu khusus di gerbang Al-Jannah (syurga). Pada saat manusia begitu teruja hendak memasuki syurga-NYA, terdengar suara Malaikat mencari dan mempersilakan orang-orang yang berpuasa agar memasuki syurga melalui gerbang khusus yang dinamakan "Baabur Rayyaan". Inilah saat-saat yang dinantikan oleh setiap manusia, tetapi yang paling bertuah ialah mukmin yang menyempurnakan ibadah puasa dengan ikhlas dan berkualiti.

Untaian Hadith Baginda saw mengungkapkan : "Sesungguhnya, dalam syurga terdapat pintu masuk dinamakan "Al-Rayyaan", dimana orang-orang berpuasa masuk syurga melaluinya pada hari Qiamat. Tiada seorang pun selain daripada mereka dapat memasukinya. Mereka diseru : "Di manakah orang-orang yang berpuasa?". Lalu bangunlah orang-orang yang berpuasa melaluinya. Apabila habis mereka masuk, maka pintu itu tertutup. Maka tiada lagi siapa yang dapat memasukinya lagi". [Hadith Muttafaqun 'Alaih]

Menikmati syurga adalah suatu impian dan memasukinya adalah suatu kemuliaan. Demikinlah orang-orang berpuasa, mereka dimuliakan ALLAH SWT dengan dijadikan ibadah puasa yang ditunaikan dengan sempurna, umpama perisai yang kalis daripada api neraka dan menyelamatkan mereka daripada dihumbankan ke dalam neraka yang sangat dahsyat dan mengerikan itu.

Sabda Nabi saw : "Puasa itu perisai (yang menyelamatkan) daripada api neraka, bagaikan perisai di dalam medan perang, selama tidak dirosakkan dengan sifat bohong atau mengumpat". [H.R : Ahmad, Nasa'ie dan Ibnu Majah]

Ini bermakna, untuk melayakkan seseorang yang berpuasa itu dikurniakan kemuliaan hingga diselamatkan daripada sambaran api neraka, maka perlu memastikan puasa yang ditunaikan itu bebas daripada sebarang perbuatan maksiat. Samada yang melibatkan kata-kata, mahupun amalan.

Justeru, puasa yang menjamin kemuliaan hendaklah dilakukan dengan dengan penuh kesabaran dan didorong oleh sikap dan akal budi yang mulia. Sehinggakan, Rasulullah saw berkata : "Sesiapa yang sedang berpuasa, maka janganlah ia bersifat jahil dan bodoh. Jika ada seseorang memperbodohkannya (atau diajak bertengkar / berkelahi), maka janganlah dia membalas orang tersebut dengan celaan atau makian yang sama. Bahkan, hendaklah ia mengucapkan kata-kata "Saya Sedang Berpuasa"".

Sesungguhnya, ALLAH SWT juga memuliakan orang yang berpuasa dengan menjadikan bau mulut mereka lebih harum daripada wangian kasturi, sebagaimana penjelasan Rasulullah saw kepada kita.

Oleh kerana fadhilat serta kemuliaan demi kemuliaan inilah, marilah kita semua mengambil langkah besar dan padu di bulan penuh berkat ini. Ayuhlah, kita semarakkan usaha raih kesempatan dan peluang yang ALLAH SWT hidangkan ini agar kita menggapai darjat ternama, istimewa dan mulia disisi ALLAH SWT dan Rasul-NYA.

Marilah semarakkan puasa kita dengan pelbagai amalan yang mulia. Kita hiasi ramadhan ini dengan kesungguhan mencari TAQWA-NYA itu. Kita murnikan amalan-amalan yang kita usahakan dengan tuntunan ilmu yang shohih daripada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

Peliharalah mutu dan kualiti puasa kita dengan langkah berikut :

1. Menghindarkan sama sekali perlakuan-perlakuan haram khususnya lidah walaupun tidak membatalkan puasa; seperti mengumpat, berbohong, menipu, melaga-lagakan orang, memfitnah, memaki hamun, mencarut dan seumpamanya.

2. Memelihara daripada perkara-perkara yang kurang berfaedah seperti berbual kosong, rehat memanjang dan tidur yang berterusan, melepak-lepak dan sebagainya.

3. Memastikan diri tidak terlibat dalam perkara-perkara yang hanya menyeronokkan semata-mata walaupun hukumnya harus.

Ingatlah pesan Rasul saw : "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan kosong dan amalan batil, maka ALLAH SWT tidak memerlukan dia meninggalkan makan dan minumnya". [H.R Bukhari]

Ertinya dengan omong kosong, senda gurau yang melalut dan kerja buat yang melalaikan menyebabkan ibadah puasanya sia-sia sahaja dan tidak bernilai pada ALLAH SWT. Bahkan, tidak berupaya membuat apa-apa anjakan positif pada diri.

4. Mengusahakan dan melazimkan amalan-amalan yang sangat dianjurkan syar'ie bagi memantapkan nilai puasa seperti tilawah Al-Quran, tadarrus Al-Quran, menunaikan solat fardhu berjemaah, bersedekah yang terbaik, menambah ilmu agama, mengamalkan zikir-zikir yang tetap dan banyak lagi.

Akhirnya, ingatlah bahawa sesungguhnya, sememangnya hanya mereka yang berhati kecut saja yang sering terpaku kaki di bawah, walhal manisnya buah yang ranum hanya dinikmati dengan usaha, peras keringat dan kegigihan yang teguh... TERUSKAN MENGISI DAN MEMAKMURKAN RAMADHAN MUBARAK INI... kesempatan masih terhidang, raihlah ia pada fasa Ramadhan yang berbaki ini...

Ilalliqaa'e ma'at taufiiqi..


Ustaz Abu Miftah
Jumaat
10 Ramadhan 1431H

________________________________________________________________
* Khutbah ini telah disampaikan penulis di Masjid Taqwa, Keningau sebentar tadi. Semoga ianya bermanfaat untuk semua*
________________________________________________________________



Selasa, 11 Mei 2010

Berkat Amalan...


BERKAT AMALAN...

Al-Kisah....

Angin yang lembut tiba-tiba menjadi semakin kencang. Awan hitam mula berarak laju menutup wajah garang mentari. Suasana semakin gelap sekalipun hari masih muda. Tiba-tiba petir sambar menyambar. Hujan mula turun dengan lebatnya. Tiga pemuda yang pada ketika itu dalam perjalanan, kelam-kabut mencari tempat berlindung. Akhirnya, mereka bersetuju untuk masuk ke dalam sebuah gua yang berhampiran untuk berteduh daripada hujan ribut.

Malangnya, sebaik sahaja mereka masuk ke dalam gua, tiba-tiba, "Dummmm!!!" Sebuah batu besar telah jatuh lalu menutupi pintu gua. Mereka bertiga menjadi panik seketika. Mereka kini telah terkurung di dalam gua yang gelap gelita. Hati berasa gementar dan mula diselubungi rasa putus asa. Mereka mungkin akan mati jika tiada tindakan dilakukan. Mereka terpaksa juga berhempas-pulas berusaha untuk mengalihkan batu besar itu dari pintu gua. Setelah lama berusaha dan badan sudah lesu keletihan, ternyata mereka masih buntu. Batu itu tidak dapat diganjakkan daripada mulut gua tersebut. Mereka teraba-raba dalam kegelapan kerana tiada sedikit pun cahaya yang masuk.

"Kita sudah tidak punya cara lain", kata salah seorang daripada pemuda itu. Kemudian dia menyambung, "Sekarang, marilah kita cuba ingat segala amalan kebaikan yang kita pernah lakukan dengan ikhlas kepada ALLAH. Mudah-mudahan berkat amalan itu, ALLAH menyelamatkan kita daripada di sini", ujarnya sambil meraba-raba mencari arah. Mereka bertiga bersetuju untuk berbuat demikian.

Setelah itu, mereka mula berdoa dengan khusyuk menyebut amalan kebaikan masing-masing sebagai usaha agar ALLAH menolong kesulitan mereka. Lalu salah seorang pemuda itu berdoa dan merintih, "Ya ALLAH, suatu ketika dahulu aku mempunyai ibubapa yang sudah tua dan uzur. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku memelihara mereka dengan baik serta berkhidmat untuk mereka".

"Ketika aku mempunyai masa lapang, aku selalu memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu sebelum anak-anakku menikmatinya pula. Suatu hari, kerana kesibukan kerja, aku telah pulang lewat. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bekas. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak".

"Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka merengek meminta-minta di hadapanku kerana lapar dan dahaga. Aku terus setia menunggu mereka, dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika ENGKAU tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredhaanMU, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit-MU".

Dengan kasih sayang ALLAH, DIA memperkenankan amalan itu lalu menggerakkan sedikit batu itu untuk mereka dapat melihat langit dan cahaya dari luar. Namun, ia masih sempit untuk mereka keluar. Kemudian berdoalah pula pemuda yang kedua kepada ALLAH...

"Ya ALLAH, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu, dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak 100 dinar".

"Untuk tujuan itu, dengan bersusah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya (berzina dengannya), dia berkata : Wahai hamba ALLAH! Takutlah kepada ALLAH! Janganlah kamu meragut kesucianku kecuali dengan pernikahan yang sah terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut, aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat burukku itu. Seandainya ENGKAU tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMU, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar itu".

Dengan keikhlasan pemuda itu, maka ALLAH memperkenankan doanya lalu menggerakkan sedikit batu besar tadi. Walaubagaimanapun, pintu gua yang terbuka masih tidak cukup luas untuk mereka keluar.

Lalu pemuda yang ketiga menadah tangannya dan memohon kepada ALLAH : "Ya ALLAH, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal kebun gandum. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaannya itu, dia berkata: "Berikan upahku". Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal gandum/padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus memintanya menugal. Wang upahnya aku gunakan untuk membeli dua ekor lembu memeliharanya sehingga lembu itu membiak dan aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya".

"Suatu hari lelaki tersebut datang kepadaku dan berkata: "Takutlah kamu kepada ALLAH! Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku". Kemudian aku berkata kepadanya : "Ambillah lembu itu serta anak-anaknya". Dia berkata : "Takutlah kepada ALLAH dan janganlah mempermain-mainkan aku". Aku berkata kepadanya : "Aku tidak mempermain-mainkan mu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya". Sehingga akhirnya, dia mengambil lembu tersebut. Seandainya ENGKAU tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan-MU, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi..."

ALLAH SWT Maha Penyayang kepada hamba-hambaNYA. Keikhlasan di hati hambaNYA itu menyebabkan kasihan belasNYA. Lalu ALLAH memperkenankan doa ketiga-tiga pemuda itu dengan membuka sedikit lagi ruang pintu gua tersebut. Hujan dan petir di luar sudah reda. Mereka bertiga akhirnya dapat keluar daripada gua tersebut dan meneruskan perjalanan mereka.

[Adaptasi - Hadith Rasulullah saw daripada Abdullah Ibnu Umar. Hadith riwayat - Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

*** Sama-samalah kita memperbaiki dan mengikhlaskan amal***

=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

Berjaya Pada Usaha Bukan Pada Hasil

=====================================================================
Bukan Meragi Propaganda Perpecahan - Tetapi Hanya Merapi Pemahaman Sejarah Kebenaran
===============================================================

BERJAYA PADA USAHA BUKAN PADA HASIL...


Kita sering melihat pelangi yang indah. Kita juga selalu memerhatikan kecantikan bintang-bintang yang bergemerlapan. Bahkan suatu ketika dahulu, kita sentiasa mengimpikan untuk menggapai pelangi dan bebintang dikala kita menatap dan merenungnya. Malangnya, ciptaan ALLAH SWT itu bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dicapai dengan tangan, tapi sekadar untuk disentuh oleh pandangan mata dan dikaji menggunakan akal dan hati.

Apapun, kita akur yang fitrah manusia itu memang suka dan ingin untuk menggapai dan menyentuh perkara yang indah dan tinggi. Fitrah manusia suka dihargai dan menghargai. Bahkan Abraham Maslow, dalam hierarki keperluan manusia juga menyatakan dan mengakui bahawa keperluan manusia ialah untuk mencapai penghargaan diri dan sekaligus mencapai kepuasan dan kejayaan.

Nah... disana pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk mencapai kejayaan. Usahawan misalnya, berusaha untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Guru pula, berusaha untuk melihat prestasi sekolah meningkat. Seorang ayah, berusaha untuk memastikan kelengkapan keluarga sempurna. Sedangkan pelajar, berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapinya. Ceritanya... setiap manusia berusaha dengan caranya mereka masing-masing untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Walaubagaimanapun, ada di kalangan manusia yang tidak berusaha tetapi tetap mengimpikan kejayaan atau hasil. Hal ini, samalah kalau seseorang itu mahu makan tetapi dia tidak mahu menyuap makanan yang ada dihadapannya ke dalam mulut!!!

ISLAM sebagai agama fitrah, sangat mengiktiraf keinginan manusia untuk berjaya. Walaubagaimanapun, kejayaan hakiki dan yang sebenar menurut ISLAM ialah kejayaan dalam pengurusan hidup di dunia dan menjalankan amanah sebagai hamba dan pengganti (Khalifah) ALLAH SWT di bumi ini. ALLAH SWT menjadikan manusia dalam pelbagai bidang dan kecenderungan tersendiri dan bidang mereka sebenarnya adalah amanah ALLAH SWT kepada mereka. Dalam ISLAM, kejayaan seseorang itu juga dinilai mengikut kadar usaha yang dilakukan, bukan sahaja hasilnya semata-mata. Usaha atau ikhtiar yang gigih dan bersepadu itu telah mengertikan sebahagian kejayaan seseorang itu dalam hidupnya.

Kerana itulah, jika kita mahu berjaya, tetapi usaha kita tiada atau tidak sempurna; maka kita tetap dikira gagal. Hal ini kerana kita gagal untuk berusaha. Sekali lagi ditegaskan, penilaian kejayaan seseorang itu ukurannya bukan semata-mata pada hasilnya, tetapi juga merangkumi usaha dan prosesnya. Jika dia gagal berusaha, dia tidak akan berjaya. Kesimpulan ringkasnya - untuk menilai kejayaan kita, tidak perlulah kita menunggu lama, lihat sahaja pada keadaan kita sekarang. Jika kita dalam keadaan berusaha, maka kita telah berada di atas landasan orang yang berjaya dan jika dalam keadaan tidak berusaha, kita sebenarnya telah bersedia menempuh kegagalan...

Awas!!! Kegagalan hakiki manusia ialah tidak berusaha untuk mencari iman dan hidayah-NYA... Dan, dalam masa yang sama gagal untuk melihat dan merenung kebenaran yang sebenar dari-NYA.

Pilihlah usaha dan kerjaya yang terbaik untuk-NYA...

Abu Miftah
27 Jamadil Ula 1431H

Jumaat, 30 April 2010

The Key To Kingdom Of Heaven

The Key To Kingdom Of Heaven

The Keys To Kingdom Of Heaven

2 Orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara ko-kod rahsia yang ditinggalkan.

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada ap yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee ,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dlm tulisan-tulisan ,melakarkannya dalam lukisan-lukisan ,mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya.Jika tidak ,dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t, agama yg benar, Islam.Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi The AntiChrist. Amat penting. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar.Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya kongsi dengan anda satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik.Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara Islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita.. Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
"Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
(Al-Saff 61:6)

Firaun Pun Diberikan Kesempatan....

Firaun Pun Diberikan Kesempatan....


"Kepada mereka yang merasa berdosa besar, kepada mereka yang berdosa banyak; ketahuilah sesungguhnya ALLAH SWT menunggu pintu-Nya diketuk, untuk kemudian Dia beri ampunan, maaf dan kurniaan".


Beruntunglah manusia yang bertuhan kepada ALLAH SWT. Cuba kalau ALLAH seperti manusia, mudah marah, cepat kecewa - tentu kita sudah dikubur hidup-hidup sebelum jadual kematian datang. Kita berurusan dengan manusia, sekali sahaja cacat, kekadang pintu sudah dikunci mati, dan cap jelek selamanya telah dilekatkan kepada kita. Sekali lagi, beruntunglah manusia yang bertuhan kepada ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman dalam sebuah hadith qudsi :
"Wahai Bani Adam, apabila engkau mengajukan permohonan dan mengharap kepada-Ku, maka Ku ampuni segala yang ada padamu tanpa peduli. Wahai Bani Adam, sekalipun dosamu bertumpuk-tumpuk hingga setinggi langit, tapi kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, nescaya Ku-ampuni dosamu. Wahai Bani Adam, sekiranya engkau datang dengan dosa setimbang bumi, kemudian engkau menemui Aku dalam keadaan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku kurniakan ampunan setimbang dosa itu" (HR. At-Tirmidzi)

Begitulah ALLAH memberikan khabar, membesarkan hati para pelaku dosa, memotivasi para pembangkang-Nya - bahawa Dia selalu berkenan menerimanya kembali. Bahkan, akan menghapuskan semua kesalahan dan dosa.

Firman ALLAH :

"... Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusan terhadap perkara itu (terserah) kepada ALLAH..."
(Surah Al-Baqarah : 275)

"Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain berserta ALLAH dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh ALLAH (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), yakni akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan ia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan yang terhina - kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh. Oleh itu, kejahatan mereka diganti ALLAH dengan kebajikan. Dan ALLAH maha Pengampun lagi maha Penyayang".
(Surah Al-Furqan : 68-70)

Bahkan merenung kepada ayat 68-70 surah Al-Furqan di atas, ALLAH malah menjanjikan merubah keadaan buruk menjadi keadaan baik. Kuncinya, hentikan saja dulu perbuatan buruk dan kembali mengimani-Nya dan melakukan perbuatan baik.

Kalau tadinya ia menjadi hina kerana kelakuannya, kelak ia akan menjadi terhormat. Kalau tadinya ia punya hutang yang banyak, dan tidak sanggup menemui orang-orang yang dijadikan tempat berhutang, kelak urusan ALLAH membayar hutang-hutangnya dan malah menjadikannya banyak wang pula. Kalau tadinya seribu orang mengenal diri dia sebagai perosak dan penjahat, maka urusan ALLAH mengubah citra dirinya menjadi dikenal sebagai manusia mulia yang terhormat. ALLAH SWT mempunyai berjuta cara yang misteri dalam menolong dan mengangkat derajat seseorang. Ketahuilah, DIA juga punya kuasa untuk membolak-balikkan keadaan seseorang.

Sehubungan dengan luasnya kesempatan yang diberikan oleh ALLAH ini, kita mengetahui menerusi firman-Nya bahawa DIA pun pernah memberikan kesempatan kepada Firaun untuk memperbaiki diri. Kalau terhadap Firaun yang tingkat kejahatannya sudah diabadikan dalam Al-Quran masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk memperbaiki diri dan beroleh rahmat-Nya kembali, apalagi kita? Mudah-mudahan ALLAH berkenan mengampuni dan mengubah jalan hidup kita.

"Sudah sampaikah kepadamu (wahai Muhammad) akan kisah Musa, tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci iaitu Lembah Thuwa. (ALLAH mengarahkan Musa) :"Pergilah kamu kepada Firaun. Sesungguhnya dia telah melampaui batas". Dan katakanlah (kepada Firaun) : "Adakah engkau ingin untuk membersihkan diri (dari kesesatan)?"
(Surah An-Naazi'at : 15-18)

Sebagai manusia yang tidak pernah luput dari kesalahan dan dosa, kita tidak boleh sama sekali menyebabkan seseorang itu putus asa dari rahmat (kasih sayang) ALLAH. Umpamanya dengan mengatakan bahawa dosanya tidak akan diampuni, atau mengatakan ia dilaknat ALLAH kerana semata-mata dosanya itu. Adalah lebih baik untuk kita menggembirakan hatinya, dan kita mengajak / membawa dia untuk sentiasa berusaha membersihkan hati untuk menggapai rahmat dan redha-Nya.

Marilah kita sentiasa menawarkan kasih sayang iaitu rahmat dan redha-Nya kepada semua makhluk-Nya, khususnya sesama manusia. Sesungguhnya jalan pulang sentiasa tersedia kepada sesiapa pun yang tersesat di 'hutan belantara' kehidupan ini. Bahkan, pintu keampunan-Nya sentiasa terbuka untuk sesiapa jua yang merasa perlu untuk 'membersih diri' dan mendapatkan restu dari-Nya.

Bersamalah kita merebut dan meraih kesempatan itu....

Isnin, 22 Februari 2010

Bagai sebuah rantai, Islam adalah agama yang datang dari Allah yang disampaikan melalui nabi-nabi. Kedatangan seorang nabi akan dinubuatkan oleh nabi sebelumnya. Begitu juga kedatangan Nabi Muhammad SAW juga telah dinubuatkan oleh nabi-nabi sebelumnya. Nabi Daud AS sebagai nabi besar Bani Israel telah memberitakan kedatangan Muhammad di dalam kitab Tehillim/Mazmur 110:1-2.

Mazmur Daud. Demikianlah firman Yahuwah kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu." Tongkat kekuatanmu akan diulurkan Yahuwah dari Tzion: memerintahlah di antara musuhmu!

Yesus kembali mengulangi ayat ini pada Injil Markus 12:36.

Daud sendiri oleh pimpinan Rouach Hakodesh berkata: Yahuwah telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. Daud sendiri menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?"

Siapakah yang disebut Yesus dengan “Tuan“ pada ayat ini? Apakah yang dia maksudkan adalah dirinya sendiri? Jika orang-orang Kristian menganggap bahawa Yesus adalah yang dimaksud “Tuan” pada ayat ini, maka Yesus telah berterus terang bahawa ini suatu kesalahan besar. Sebab menurut Yesus sendiri dalam Alkitab, dia bukanlah “Tuan” yang dimaksudkan kerana dia adalah keturunan Daud.

Maka dari itu, Tuan atau Mesiah yang dimaksud bukanlah dari keturunan Daud yang pada akhirnya bukan berasal dari keturunan Yehuda (Bereshit/Kejadian 39:10).

Injil Santo Barnabas pun mencatat pengakuan Yesus ini [baca dan fahami sendirilah] .

Truly I say to you, that every prophet when he is come has borne to one nation only the mark of the mercy of God. And so their words were not extended save to that people to which they were sent. But the Messenger of God, when he shall come, God shall give to him as it were the seal of his hand, insomuch that he shall carry salvation and mercy to all the nations of the world that shall receive his doctrine. He shall come with power upon the ungodly, and shall destroy idolatry, insomuch that he shall make Satan confounded; for so promised God to Abraham, saying: "Behold, in your seed I will bless all the tribes of the earth; and as you have broken in pieces the idols, O Abraham;, even so shall your seed do."" James answered: "O master, tell us in whom this promise was made; for the Jews say "in Isaac," and the Ishmaelites say "in Ishmael;." Jesus answered: David, whose son was he, and of what lineage?" James answered: "Of Isaac; for Isaac was father of Jacob, and Jacob was father of Judah, of whose lineage is David."

Then Jesus said: "And the Messenger of God when he shall come, of what lineage will he be?" The Disciples answered: "Of David." Whereupon Jesus said: "You deceive yourselves; for David in spirit calls him lord, saying thus: God said to my lord, sit you on my right hand until I make your enemies your footstool. God shall send forth your rod which shall have lordship in the midst of your enemies. If the Messenger of God whom you call Messiah were son of David, how should David call him lord? Believe me, for truly I say to you, that the promise was made in Ishmael, not in Isaac." (Gospel Of St. Barnabas chapter 43)


Menurut Yesus dalam Injil Barnabas, Mesiah yang dijanjikan untuk seluruh dunia berasal dari pihak Yishmael. Dan satu-satunya keturunan Yishmael yang menjadi nabi adalah Rasulullah Muhammad SAW.

Tepat sekali seperti kata Beliau tentang dirinya.

“Sesungguhnya aku memiliki lima nama, aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad, aku adalah Al-Mahi, yang kerana aku ALLAH SWT menghancurkan kekufuran, aku adalah Al-Hasyir, dimana banyak orang dikumpulkan dibawah kakiku, dan aku adalah Al-Aqib”. (HR.Bukhari & Muslim dari Jubair ibn Muth’im).

Nubuat ini tidak dapat disandangkan kepada Yesus sebab tiada satu pun kaum atau bangsa yang tunduk menyerah dibawah kaki Yesus, bahkan bangsa Yahudi yang merupakan bangsanya sendiri menentangnya sehingga dikatakan telah dibunuh ditiang salib.

*Reference :
- Pelbagai sumber

Abu Miftah
21 Ogos 2010M