Pelbagai cabaran dan rencah hidup yang kita semua lalui dalam kehidupan ini. Kadangkala proses perjalanan yang kita lalui 'mulus' sahaja tanpa apa-apa hambatan. Namun, ada pula sesetengah kita yang hidupnya dirasakan sangat 'perit' dengan pelbagai pancaroba dan mehnah.
Semua itu sebenarnya adalah proses biasa atau 'sunnahtullah' kepada setiap makhlukNYA. Ada keadaan yang 'biasa-biasa' saja bagi orang lain, namun bagi kita sudah sangat menghimpit rasa. Kekadang pula berlaku kebalikan dari yang itu; orang merasa resah melihat 'bebanan' kita, padahal pada empunya diri masih tidak seberapa. Ini semua adalah biasa sebagai proses kehidupan.
ALLAH SWT menyebut : "ALLAH tidak membebankan / mentaklifkan seseorang melainkan sesuai dengan apa yang IA telah berikan kepadanya (dari segi kekuatan fizikal, mental mahupun rohani..." Surah Attolaaq
ALLAH SWT juga menyebut : "Dan KAMI telah menunjukinya dua jalan" - maka terpulang kepada setiap daripada kita untuk memilih jalan kehidupan. Kerana jalan terbaik (hak) dan buruk (bathil) sudah jelas lagi bersuluh.
Rasulullah saw sebagai uswah kita pun telah memesankan : "Aku tinggalkan / pesankan kepada kamu semua 2 perkara. Tidak akan pernah sesat orang selama berpegang teguh dengan keduanya, iaitulah Kitab ALLAH (Al-Quran) & Sunnah Rasul-NYA (Hadith)..."
Oleh itu saudara, marilah kita tetap istiqomah berpegang teguh dengan kedua-dua wasiat Rasulullah saw ini. Marilah sentiasa berdoa seusai solat masing-masing untuk memohon agar ditetapkan hati dan iktiqod sepanjang usia kehidupan ini. Semoga kita semua diluruskan jalan menuju redha ALLAH SWT & diberikan keampuhan serta kesabaran yang jitu dalam menempuh liku-liku hayat ini.
Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin....

0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar Anda...