Jumaat, 3 Julai 2009

Hanif

Ḥanīf (bahasa Arab حنيف, kata jamak ḥunafā' حنفاء) adalah perkataan Arab yang merujuk kepada agama tauhid pra Islam yang bukan Yahudi atau bukan Kristian. Atau lebih spesifiknya merujuk kepada bangsa Arab pra Islam sewaktu yakni pada zaman Jahiliyyah (الجهل. Golongan yang mengikuti akidah tauhid Hanif ini merupakan golongan yang menolak syirik dan penyembahan kepada banyak tuhan selain Allah. Dalam pandangan Islam, Hanif merupakan suatu kesinambungan pengangan tuhid bagi Nabi Ibrahim a.s. Namun begitu kebanyakan ilmuan agama Yahudi dan Kristian masih bertelingkar mengenai status agama tauhid Nabi Ibrahim sehinggalah ke hari ini.

Etimologi dan Sejarah

Mengikut terma atau frasa kat Arab, kata akar ḥ-n-f (hanif) bermaksud "ke arah peningkatan/meningkat, ke arah penolakan) bahasa Inggeris; to incline, to decline" (Lane 1893). Manakala dari kata akar frasa kata bahasa Syria ia juga turut membawa kepada penakrifan maksud yang sama. Hanīfiyyah merupakan hukum Nabi Ibrahim yang datangnya dari Allah; (the law of Abraham); kepada perkataan perbuatan (the verb taḥannafa) yang bermaksud “untuk berpaling dari berhala (to turn away from (idolatry)", atau dalam makna lainnya juga bermaksud untuk pengkhatanan “to become circumcised". Surah 3:27 Al-Quran pula juga menterjemahkannya sebagai orang yang jujur "upright person". Dan diluar maksud Al-Quran pula, taḥannafa membawa erti condong ke kanan menuju sebuah negara atau kecenderungan, bahasa Inggeris "to incline towards a right state or tendency".[2] Selain itu Hanīfiyyah juga memaparkan penggunaan kata ‘’pagan’’ yakni masyarakat tidak beragama bagi pandangan kaum Yahudi dan Kristian, serta penggunaan istilah Hanīfiyyah juga turut digunakan kepada para penganut agama kuno Hellenized Syro-Arabian dan turut digunakan bagi mencemuh zaman awalan perkembangan Islam. [3]


Hanif Dalam Al-Quran

Istilah telah digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Quran,; yakni lapan kali daripadanya merujuk kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai seorang yang digelar Al-Hanif. Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkar mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya.Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan Akidah Tauhidnya: Firman Allah SWT yang bermaksud:

• "Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang(agama)Nabi Ibrahim,padahal Taurat(Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian(lewat)daripada (zaman)Ibrahim;patutkah(kamu berdegil sehingga)kamu tidak mahu menggunakan akal?"

• "Ingatlah!Kamu ini orang-orang(bodoh),kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengan nya? Dan (ingatlah),Allah mengetahui(hakikat yang sebenarnya)sedang kamu tidak mengetahuinya."

• "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi,dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif)(yang mendengar dan patuh/taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah),dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik(golongan yang menyekutukan Allah)."

• "Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya)ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi(Muhammad)ini serta orang-orang yang beriman(umatya umat Islam).Dan (ingatlah),Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang yang beriman."

Surah Ali-Imran(ayat 65-68)Al-Quran.

Senarai Pengikut Ajara Hanif (sebelum seruan ajaran Islam disampaikan oleh Rasulullah)

Nabi Ibrahim

Nabi Ismail

Hashim ibn Abd al-Manaf

Abdul Muthallib

Abdullah bin Abdul Muthallib

Abu Talib

Muhammad bin Abdullah @ Nabi Muhammad S.A.W.

Ali bin Abi Talib

Said ibn Zayd

Manakala empat sahabat di Mekah yang pernah mengikuti ajaran Hanif mengikut rekod catatan dari Ibnu Ishaq:

Zaid ibn Amr ibn Nufail: memilih agama Islam dan menolak kedua-dua agama Yahudi dan Kristian. [2]


Waraqah ibn Nawfal: memeluk agama Kristian, kemudian bersetuju memeluk agama Islam [2]


Uthman ibn Huwarith: berhijrah ke bumi taklukan Empayar Byzantine kemudian memeluk agama Kristian. [2]

Ubayd-Allah ibn Jahsh: asalnya pemeluk agama Islam, kemudia berhijrah ke Abyssinia atauHabsyah lalu memeluk agama Kristian. [2].

Hanif (penggunaan hanya sebagai nama)

Ḥanīf, (capitalized), juga pada kebiasaanya merujuk kepada kata ganti nama diri bahasa Arab, dimana penggunaannya banyak bergantung kepada definisi nilai kesusasteraan dan nilai kepuisian seperti kepercayaan yang benar "true believer" atau "righteous one". Nama Ḥanīf juga digunakan secara menyeluruh dalam dunia Islam termasuklah kepada kebudayaan lisan bukan Arab (non-Arabic speaking cultures).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...