Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah Wabak Mesir [ Zaman Nabi Musa]

Wabak Mesir (Ibrani: מכות מצרים, Makot Mitzrayim) atau Sepuluh Wabak (עשר המכות, Eser Ha-Makot) merupakan sepuluh bencana yang diturunkan kepada masyarakat Mesir purba oleh Tuhan dalam kitab lama Exodus, bab 7 - 12, untuk memaksa Firaun (kebarankalian Ramesses II, yang dikatakan firaun bagi Penindasan Horemheb) untuk membebaskan Bani Israel.

Al-Quran tidak menyebutkan sepuluh bencana ini seperti yang disebutkan dalam Injil dan Taurat dengan panjang tetapi Quran menyebutkan secara jelas 5 penderitaan (surat 7:133) iaitu:

"(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka."
Lukisan John Martin berkenaan bencana hujan batu berapi

Wabak tersebut adalah:

  1. (Exodus 7:14-25) sungai dan punca air lain bertukar menjadi darah ('Dam')
  2. (Exodus 7:26-8:11) reptilia (dipercayai katak dan kodok) ('Tsfardeia')
  3. (Exodus 8:12-15) kutu ('Kinim')
  4. (Exodus 8:16-28) 'Arov', yang bermakna sama ada lalat, haiwan liar atau kumbang
  5. (Exodus 9:1-7) penyakit pada ternakan dan tanaman ('Dever')
  6. (Exodus 9:8-12) bisul dan kudis yang tak terubat ('Shkhin')
  7. (Exodus 9:13-35) ribut hujan batu yang berapi ('Barad')
  8. (Exodus 10:1-20) belalang juta ('Arbeh')
  9. (Exodus 10:21-29) kegelapan ('Choshech')
  10. (Exodus 11:1-12:36) kematian anak sulung ('Makat Bechorot')

Walau bagaimanapun, semua wabak tersebut tidak mengena Bani Israil dan harta mereka dan wabak terakhir tersebut dihindari dengan melakukan korban kambing Paschal, menandakan pintu rumah mereka dengan darah kambing dan memakan daging korban tersebut yang telah dipanggang bersama dengan Matzot ("Roti Orang Miskin" לחם עוני) dalam satu jamuan keraian. Taurat menerangkan yang Tuhan melintasi melalui Mesir untuk mengambil nyawa semua anak sulung, tetapi hanya lintas lalu (yang kemudian diingati sebagai "Passover" - lintas lalu) rumah yang mempunyai tanda darah kambing pada pintu mereka. Wabak inilah yang membuatkan Firaun akhirnya mengalah dan membebaskan Bani Israil ke mana sahaja mereka mahu pergi.

Taurat turut mengaitkan arahan Tuhan kepada Nabi Musa a.s. yang peristiwa pelarian Bani Israil haruslah disambut dan diraikan setiap tahun pada cuti Passover ("Pesah" פסח); upacara yang memperingati keadaan ketika kaum Israil melarikan diri. Taurat turut menambah yang Tuhan membiarkan anak sulung kelahiran Bani Israil sebagai rasional kepada rukun penebusan anak sulung (Exodus 13:11-16). Peristiwa ini juga diingati dalam puasa anak sulung pada hari sebelum Passover yang secara tradisinya tidak di dilakukan kerana perayaan siyum diadakan yang membuatkan puasa tersebut tidak perlu.

Wabak-wabak

Berikut merupakan ringkasan wabak yang tertera dalam bab 7-12 Exodus.

Permulaan (5:1 - 5:9, 7:8 - 7:13)

Musa dan Harun menghadap Firaun dan menyampaikan perintah Tuhan agar membenarkan Kaum Israil dilepaskan untuk menyambut hari suci. Selepas penolakan pertama oleh Firaun, Tuhan menghantar Musa dan Harun untuk menunjukkannya tanda mukjizat sebagai amaran - iaitu tongkat yang dipegang Harun bertukar menjadi ular. Para ahli sihir Firaum turut mampu menukarkan tongkat mereka menjadi tali tetapi tongkat tadi menelan semua ular ahli sihir. Firaun tetap tidak goyah pendiriannya.

Darah (7:14 - 7:25) דם

Wabak pertama adalah darah. Tuhan memerintahkan Harun untuk turun ke sungai Nil bersama tongkat lalu semua air bertukar mejadi darah. Dengan itu, segala ikan di dalam sungai mati lalu memberikan Mesir bau yang busuk. Punca air bagi masyarakat Mesir adalah telaga (7:19). Ahli sihir Firaun turut menunjukkan yang mereka mampu menukarkan air kepada darah juga. Ini membuatkan Firaun tetap tidak akur pada permintaan yang dibawa Musa. Wabak ini berlarutan selama tujuh hari.

Katak (7:26 - 8:11) צפרדע

Wabak Mesir kedua ialah katak. Tuhan memerintahkan Harun untuk membentengkan tongkatnya ke atas air, lalu berduyun-duyun katak muncul dan memenuhi Mesir. Ahli sihir Firaun juga mampu menambahkan wabak ini dengan sihir mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan mereka tidak mampu menhilangkannya, Firaun terpaksa memenuhi permintaan Musa untuk mengalihkan katak-katak tersebut. Untuk membuktikan yang wabak tersebut adalah hukuman Tuhan, Musa membiarkan Firaun memilih masa untuk semua itu berakhir. Firaun memilih hari berikutnya dan semua katak mati pada keesokan harinya. Tetapi, Firaun membatalkan kebenaran dan Bani Israil terpaksa tinggal di Mesir.

Pinjal, pijat atau kutu (8:12 - 8:15) כינים

Wabak ketiga ialah pinjal. Tuhuan memerintahkan Harun untuk membawa tongkat dan membentangkannya pada debu yang kemudian bertukar menjadi pinjal yang sangat banyak hingga masyarakat Mesir tidak mampu mengusirnya. Ahli sihir memanggil hal ini sebagai "Jari Tuhan" memandangkan mereka tidak mampu melakukannya dengan sihir mereka.

Haiwan atau lalat (8:16 - 8:28) ערוב

Wabak keempat Mesir ialah Arov. Peringatan selalunya merujukkan perkataan ini sebagai lalat, tetapi ada yang memahaminya sebagai haiwan liar, yang memampu membahayakan manusia, tenakan dan tanaman. Taurat menegaskan yang arov hanya datang kepada masyarakat Mesir (Qibti) dan tidak mempengaruhi Tanah Goshen (tempat orang Yahudi menetap). Firaun meminta Musa untuk menghilangkan wabak ini dan berjanji untuk membenarkan Bani Israil menyembah dan beribadat kepada Tuhan di tempat lain. Walau bagaimanapun, selepas wabak tersebut pulih, Firaun tetap berkeras hati dan mengingkari janjinya.

Wabak (9:1 - 9:7) דבר

Wabak yang kelima adalah wabak sebenar iaitu penyakit kulit yang menjangkiti ternakan masyarakat Mesir iaitu kuda, keldai, unta, lembu, biri-biri dan kambing. Ternakan Bani Israil tidak terlibat dan sekali lagi Firaun tidak berkompromi.

Bisul (9:8 - 9:12) שחין

Wabak keenam adalah Shkhin (sh'chin). Shkhin adalah sejenis penyakit kulit yang lazimnya diterjemahkan sebagai "bisul". Tuhan memerintahkan Musa dan Harun untuk mengambil dua genggam penuh debu dari perabot yang telah terbakar yang Musa taburkan ke udara di hadapan Firaun. Debu tersebut menghasilkan Shkhin yang bernanah pada masyararakat Mesir dan ternakan mereka. Ahli sihir turut terjangkit seperti yang lain dan tidak mampu mengubatinya sendiri seperti juga yang lain.

Ribut taufan (hujan batu berapi) (9:13 - 9:35) ברד

Wabak ketujuh adalah ribut yang memusnahkan. Tuhan memerintahkan Musa untuk merengangkan tongkatnya ke udara yang menjadi tempat ribut bermula. Ia adalah lebih pelik berbanding wabak sebelumnya kerana hujan batu yang menghujani beserta dengan api. Hujan batu tersebut memusnahkan kebun dan ladang serta masyarakat Mesir dan ternakan mereka. Ribut tersebut melanda seluruh Mesir kecuali Tanah Goshen. Firaun meminta Musa untuk mengalihkan ribut tersebut dan berjanji untuk membenarkan Bani Israil untuk beribadat kepada Tuhan. Sebagai petunjuk kekuasaan Tuhan ke atas dunia, ribut tersebut berhenti sebaik sahaja Musa berdoa kepada Tuhan - hujan batu yang masih di atas tidak turun lagi malah terus hilang. Walau bagaimanapun, setelah ribut reda, Firaun masih berkeras hati dan mengingkari janjinya.

Belalang juta (10:1 - 10:20) ארבה

Wabak kelapan Mesir adalah belalang juta. Sebelum itu, Tuhan telah memberitahu Musa yang mulai saat itu, Dia akan "mengeraskan hati Firaun" (seperti yang dijanjikan) supaya Firaun tidak mengalah dan mukjizat yang lainnya akan tetap berlaku.

Seperti juga wabak sebelumnya, Musa menghadap FIraun dan memberi amaran kepadanya akan penularan wabak belalang juta. Para pegawai Firaun merayu kepada Firaun untuk membebaskan kaum Yahudi pergi daripada merana akan kesan yang dihadapi dari sekumpulan besar belalang juta tetapi Firaun tetap tidak mahu melepaskan mereka. Dia mencadangkan satu tolak ansur: Kaum lelaki Bani Israil dibenarkan pergi tetap wanita, kanak-kanak dan ternakan perlu ditinggalkan di Mesir. Musa mengulangi perintah Tuhan yang setiap manusia dan haiwan perlu dilepaskan pergi tetapi Firaun tetap menolak.

Tuhan kemudian memerintahkan Musa merentangi tongkat baginda dan angin menderu dari timur. Angin tersebut berterusan pada hari yang berikutnya dan membawa kawanan belalang juta. Kawanan tersebut memenuhi langit dan menggelapkan Mesir. Kawanan tersebut mengerumuni ladang hinggakan tiada tumbuhan dan pohon yang tertinggal. Sekali lagi Firaun meminta Musa mengalihkan wabak ini dan berjanji untuk membebaskan Bani Israil ke padang pasir untuk beribadat. Seperti yang dijanjikan, Tuhan tetap mengeraskan hati Firaun dan dia tidak membenarkan kaum Israil dibebaskan.

Kegelapan (10:21 - 10:29) חושך

Tuhan mengarahkan Musa untuk melunjurkan tangan baginda ke seluruh Mesir dan ini menghasilkan kegelapan yang benar-benar sempurna dan berlarutan selama tiga hari. Kegelapan ini bukanlah kegelapan biasa yang boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kaum Israil mampu melihat dengan terang dan baik. Selepas wabak tersebut tamat, Firaun memanggil Musa dan cuba untuk tawar-menawar. Firaun menawarkan untuk membebaskan semua Bani Israil pergi tetapi mereka perlu meninggalkan ternakan mereka di Mesir. Musa menolak syarat ini malah Firaun perlu menyediakan korban selagi Bani Israil boleh pergi. Ini menaikkan kemarahan Firaun dan dia mengancam Musa dengan kematian yang tidak akan ada dan tidak pernah ada lagi seperti itu lagi.

Kematian anak sulung (11:1 - 12:36) מכת בכורות

Wabak kesepuluh dan terakhir Mesir adalah kematian anak lelaki pertama dari semua kalangan rakyat Mesir - tiada yang terlepas, dari anak lelaki pertama golongan hamba terendah hinggalah putera sulung Firaun sendiri, termasuklah anak pertama haiwan ternakan mereka. Inilah azab yang paling dahsyat yang melanda Mesir yang akhirnya membuatkan Firaun beralah dan membenarkan Bani Israil pergi.

Tuhan memberitahu Musa yang wabak ini akan membuatkan Firaun membenarkan Bani Israil pergi dan memerintahkannya untuk membuat semua bersedia. Tuhan juga memerintah Musa untuk menjalankan upacara Pesah - mengorbankan seekor kambinig untuk Tuhan, dan memakan Matzot ("Roti Orang Miskin" לחם עוני). Tuhan memberitahu Musa untuk memberitahu kaum Yahudi untuk menandakan pintu rumah mereka dengan darah kambing supaya wabak maut hanya melintas lalu kawasan mereka.

Pada tengah malam, Tuhan sendiri datang ke Mesir dan memerintahkan Malaikat maut untuk mengambil semua nyawa anak lelaki pertama masyarakat Mesir termasuk putera pertama Firaun. Pada malam itu, tangisan yang hebat berlaku di Mesir yang tidak pernah dan tidak akan ada lagi seperti itu. Seperti yang diberitahu, tiada anak sulung lelaki Israil yang terbunuh malam itu.

Selepas itu, Firaun dengan marah dan sedih memerintahkan Bani Israil untuk pergi dan membawa apa yang mereka mahu. Kaum Israil tidak teragak-agak dan pada penghujung malam, Musa mengetuai mereka keluar dari Mesir.

Kesejarahan

Kebanyakan ahli sains dan pemikir sekular percaya yang kisah wabak ini hanyalah mitos dan dongeng atau penceritaan turun-temurun daripada bencana yang tidak berkaitan. Ada yang percaya yang terdapat kisah asal di sebalik kewujudan wabak.

Kaji purba

Terdapat bahan arkeologi yang ditemui, seperti oleh William F. Albright, yang boleh dijadikan sebagai bukti Sepuluh Wabak; sebagai contoh, terdapat palung air kuno yang ditemui di El Arish mempunyai tanda hieroglif yang menyatakan akan tempoh kegelapan. Albright, dan ahli arkeologi lain mendakwa yang bukti seperti itu, begitu juga dengan kajian tentang kawasan yang kononnya dilalui oleh Bani Israil selepas pelarian itu, sebahagiannya tidak dapat dipertahankan. Walau bagaimanapun, hujah mereka tidak dapat memujuk banyak ahli arkeologi yang pada mulanya tidak percaya yang perkara seperti itu tepat.

Papirus Ipuwer Mesir menyatakan yang satu siri bencana melanda Mesir termasuklah sungai menjadi darah, lelaki berkelakuan seperti burung ibis, dan tanah menjadi terbalik. Walau bagaimanapun, perkara ini lazimnya akan difikirkan sebagai bencana alam yang panjang dan biasa bagi satu tempoh kurun, seperti apa yang memusnahkan Kerajaan Lama. Dokumen tersebut lazimnya ditarikhkan kepada penghujung Kerajaan Pertengahan Mesir, atau yang lebih jarang, kepada permulaannya, bersesuaian dengan kemusnahan Kerajaan Lama, tetapi dalam kedua-dua kes adalah lama sebelum tarikh yang dikatakan berlaku bagi Exodus.

Immanuel Velikovsky memutuskan yang papirus Mesir itu sebenarnya memang menerangkan peristiwa Exodus, bersama kejadian bencana yang difikirkannya berlaku sebelum itu; yang dalam pendapatnya Kronologi Mesir adalah salah bagi beberapa ratus tahun.[1] Teorinya tidak menerima kredibiliti oleh ahli kaji Mesir purba dan juga ahli Kristian.

Penerangan alam

Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah penulis sains dan pengkaji Injil mengatakan yang wabak tersebut bukanlah mukjizat luar biasa tetapi adalah bencana alam yang biasa. Penerangan berdasarkan alam telah dicadangkan bagi kebanyakan fenomena:

  • (wabak 1—air menjadi darah, ikan mati)
    • Kemerahan air Nil mungkin disebabkan pencemaran yang disebabkan aktiviti gunung berapi, yang bergantung kepada tanah lanar Nil, boleh menjadikan Nil bertukar merah darah dan tidak boleh diminum. Hujan lebat di kawasan yang bertanah merah di Tasik Victoria boleh menyebabkan air kemerahan melimpahi hilir.
    • Terdapat juga menyatakan yang alga toksik merah (pasang merah) boleh menghasilakn toksin yang banyak dan mampu membunuh ikan.
    • Gempa bumi boleh menyebabkan letusan limnik seperti di Lake Nyos.
  • (wabak 2—katak) Hawar pada air yang menyebabkan ikan mati membuatkan katak meninggalkan kawasan air dan, kemungkinan, seterusnya mati.
  • (wabak 3 dan 4—pinjal dan lalat) Kekurangan katak di boleh menyebabkan populasi serangga bertambah secara mendadak.
  • (wabak 5 and 6— penyakit pada ternakan dan bisul) Terdapat pinjal dan lalat yang mampu menyebarkan penyakit berjangkit; peningkatan bilangannya mampu menyebarkan sakit kulit dengan cepat.
  • (wabak 7—hujan batu) Aktiviti gunung berapi bukan sahaja boleh membawa debu, tetapi batu belerang yang juga mampu mengubah sistem cuaca, yang boleh menghasilkan hujan batu. Hujan batu juga boleh berlaku sebagai cuaca semula jadi biasa
  • (wabak 8—belalang juta) Keberatan hujan batu mampu memusnahkan ladang lalu meninggalkan sedikit sahaja makanan kepada serangga dan haiwan lain. Tanaman yang tinggal sudah tentu menjadi habuan dan menjadi sasaran kawanan belalang juta. Belalang juta juga mungkin bertambah akibat berkurangnya pemangsa. Tanpa penjelasan tersebut, belalang juta memang adalah perkara biasa kini.
  • (wabak 9—kegelapan) Terdapat beberapa punca kegelapan yang luar biasa: gerhana matahari, ribut pasir, atau disebabkan kawanan belalang juta yang sangat banyak hingga mampu menghalang cahaya matahari.
  • (wabak 10—kematian anak pertama)
    • Jika wabak terakhir agak "memilih", ia mungkin disebabkan keracunan makanan ketika tempoh kegelapan sama ada oleh belalang juta ataupun kulapuk hitam Cladosporium. Apabila orang baru terlepas daripada kegelapan, lazimnya anak pertama diberi keutamaan kerana mereka melakukan lebih kerja, lalu ini boleh menyebabkan mereka terkena toksin atau penyakit yang dibawa makanan.
    • Dalam doumentari 2006, Exodus Decoded, pembuat filem berbangsa Yahudi dari Kanada, Simcha Jacobovici membuat hipotesis yang pemilihan wabak kesepuluh tersebut adalah serupa seperti bencana 1986 di Lake Nyos yang berkaitan dengan aktiviti geologi yang menyebabkan wabak sebelumnya berada dalam peristiwa berantai. Hipotesis tersebut adalah wabak berlaku sebaik selepas letusan Thera (kini dikenali sebagai Santorini), yang difikirkan berlaku sekitar antara 1450 SM dan 1650 SM. Letusan menghasilkan rantaian peristiwa yang menyebabkan wabak lalu kematian anak sulung. Jacobovici mencadangkan yang anak pertama masyarakat Mesir sering tidur berhampiran pintu manakala anak yang lain di tempat lebih tinggi ataupun di atas bumbung. Seperti di Tasik Nyos, apabila karbon dioksida atau gas bertoksik lain terlepas dari ketegangan permukaan dari bahan air sekitar sama ada dari aktiviti geologi mahupun penepuan, gas tersebut lebih berat berbanding udara biasa lalu "membanjiri" kawasan sekitar dengan menggantikan oksigen dan membunuh sesiapa sahaja di laluannya Ahli rumah Yahudi terlepas kerana mereka telah disuruh menyambut upacara Passover pertama mereka.

Letusan gunung berapi yang berlaku pada zaman dahulu dan mampu menyebabkan wabak boleh berlaku jika berlaku pada waktu yang tepat adalah letusan gunung berapi Thera 650 batu ke barat laut Mesir. Dikatakan bertarikh sekitar 1628 SM, letusan ini adalah salah satu rekod yang terbesar, menyaingi Gunung Tambora, yang berlaku pada 1816 ketika Tahun Tanpa Musim Panas. Kesan global yang dahsyat ini telah direkodkan pada lapisan simpanan abu yang ditemui di hilir Nil, parut cincin pokok yang membeku di pain bristlecone di barat Amerika Syarikat, dan lapisan debu di litupan ais Greenland, smeua bertarikh yang sama dengan debu dari Thera.

Debu gunung berapi mungkin telah meracunkan Nil, menjadikannya merah, membuatkan katak keluar dari sungai tersebut. Debu dan kekurangan katak dalam sungai mempengaruhi ekologi Mediterranean Timur, kemungkinan menyebabkan wabak kutu, lalat, pinjal, penyakit ternakan dan belalang juta. Debu panas yang bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan wabak bisul dan kudis, jika tidak disebabkan kutu/lalat, ribut disebabkan awan debu Thera lalu menjadikan hujan batu dan debu tersebut menghalang cahaya matahari (fenomena yang didokumenkan pada 1970 ketika letusan Gunung St. Helens) menjadikan siang sangat gelap.

Walau bagaimanapun, semua tarikh letusan ini adalah ratusan tahun sebelum dipercayai berlakunya Exodus; maka letusan tersebut boleh menyebabkan wabak jika salah satu daripada tarikhnya salah atau jika wabak tidak berlaku sebaik sebelum Exodus.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...