Dalam bidang genetik manusia, Adam Kromosom Y (Y-chromosomal Adam; Y-mrca) merupakan istilah yang merujuk kepada datuk moyang kepada seluruh manusia (most recent common ancestor) sebelah lelaki dengan mengkaji susur galur kromosom Y yang diwarisi dari sebelah bapa. Pasangannya iaitu Hawa Mitokondria pula merujuk kepada nenek moyang manusia di mana mitokondria diwarisi dari sebelah ibu.
Dengan mengkaji dan menganalisis DNA manusia dari seluruh pelosok dunia, ahli genetik Spencer Wells telah membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang hidup adalah berasal dari seorang manusia yang tinggal di Afrika sekitar 60,000 tahun dahulu.[1] Teori ini sekaligus berkemungkinan selari dengan teori kejadian manusia yang diceritakan di dalam al-Quran bahawa semua manusia berasal daripada Nabi Adam a.s.
Garisan masa
Menurut kajian genetik, Adam Kromosom Y dikatakan hidup pada masa sekitar 60,000 hingga 90,000 tahun. Namun demikian, kejadian Adam Kromosom Y dan Hawa Mitokondria dikatakan mempunyai jarak masa selama 30,000 tahun atau mungkin lebih. Ini adalah disebabkan perbezaan dalam strategi sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
Penamaan
Adam Kromosom Y dinamakan sempena Nabi Adam a.s., sebagaimana kepercayaan bagi penganut agama utama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang mempercayai bahawa Nabi Adam a.s. adalah manusia terawal yang dijadikan oleh Allah. Walau bagaimanapun, tidak bermakna Adam Kromosom Y adalah semestinya Nabi Adam, oleh itu kajian masih terus dilakukan bagi mengenal pasti asal-usul kejadian manusia.
Rujukan
- "Modern Men Trace Ancestry to African Migrants", A Gibbons, Volume 292, Number 5519, Issue of 11 May 2001, pp. 1051-1052.
- "African Origin of Modern Humans in East Asia: A Tale of 12,000 Y Chromosomes", Yuehai Ke et al, Science 2001 292: 1151-1153
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar Anda...