Khamis, 11 Oktober 2012

AWASI NIFAQ!

Salah satu penyakit rohani yang amat berbahaya ialah nifaq atau kemunafikan. Orang yang memiliki sifat ini disebut munafiq. Asal makna nifaq ialah menampilkan yang baik sedang hatinya tidak begitu. Munafiq dalam erti popular ialah orang yang berpura-pura, lain di mulut lain pula di hati. Adapun yang dimaksudkan nifaq menurut istilah agama atau syara’ ialah : "Orang yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya”. Dalam Al-Quran dilukiskan sikap dan identiti orang-orang munafiq ini : “Dan sebahagian...

Isnin, 1 Oktober 2012

Isnin, 24 September 2012

APA PERSIAPAN KITA UNTUK HARI ESOK?

Apa persiapan kita untuk kehidupan hari esok? Atau lebih jelas pertanyaannya ialah – Apakah persediaan yang telah kita persiapkan untuk kehidupan hari akhir kita? Marilah kita membaca Al-Quran. Disana kita bertemu dengan peringatan ALLAH SWT kepada orang-orang yang beriman – yang tidak lain dan tidak bukan – sebenarnya teguran untuk kita semua. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya...

Ahad, 22 Julai 2012

REFLEKSI IMAN DAN UKHWAH DI BULAN RAMADHAN

Assalaamu'alaikum WTB... Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara" (Surah Al-Hujurat : 10) Saudaraku... Ini bermakna bahawa keimanan sejati hanya akan wujud dengan adanya tali persaudaraan yang sebenar. Persaudaraan murni tidak akan bermakna jika seseorang Muslim tidak pernah mahu ikut merasai kesedihan dan penderitaan saudaranya. Seorang Muslim adalah salah satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tubuh ummat yang hidup. Ummat adalah tempat dia berpijak dan sebagai titik tolak baginya...

LAMBAIAN MINDA : MISTERI RAMADHAN

Assalaamu'alaikum WTB... "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan kepada orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu sentiasa bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : 183" "Semua amal kebaikan anak Adam memiliki balasan 10 kali ganda daripada kebaikan tersebut, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah milik-Ku, Akulah yang akan menentukan balasan bagi ibadah itu" (Hadith Qudsi) Alhamdulillah. Ramadhan yang diberkati datang lagi. Puasa di bulan Ramadhan adalah...

Selasa, 10 Julai 2012

IMAN DAN AMAL SOLEH

Assalaamu'alaikum wtb, Antara pujangga sekaligus ulama yang saya sangat minati ialah Buya Hamka. Hasil karyanya sangat mengesankan dan mendepani zaman beliau, malah buah fikirannya masih segar dan hidup menyonsong zaman. Tidaklah berlebih kalau saya mengatakan bahawa itulah bezanya tulisan yang datang dari lubuk hati keimanan, diwarnai sikap yang tegas dan dipahat dengan pena keahlian. Dalam bukunya "Kesepaduan Iman Dan Amal Soleh" Buya Hamka menyatakan : "Hubungan di antara amal, adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita...

Jumaat, 6 Julai 2012

Celik Minda & Celik Hati...

Assalaamu'alaikum WTB... CELIK MINDA - maksudnya proses berfikir yang menyebabkan manusia menjadi tahu. Tahu akan sesuatu adalah asas kepada maklumat dan ilmu. Tidak semua maklumat berstatus ilmu, tetapi setiap ilmu terkandung maklumat. Manusia selalu ingin tahu siapakah dirinya dan apa yang ada di sekitarnya. Mengetahui akan sesuatu menjadikan manusia celik minda. Namun, celik minda semata-mata tidak memadai. Kita memerlukan CELIK HATI. Nilai terhadap sesuatu, lahirnya daripada hati. Celik Hati ibarat bateri. Yang memberi makna kepada...

Selasa, 3 Julai 2012

SEDIKIT TAPI BANYAK..

Assalaamua'alaikum WTB... Saidina Ali K.W berkata : "Empat perkara yang sedikit sahaja terjadi sudah dikira banyak, iaitu (1) Sakit, (2) Faqir, (3) Api dan (4) Permusuhan." Empat perkara tersebut, siapa pun yang mengalaminya walaupun sedikit, tetap menyulitkan dan telah meragut kebahagiaan juga keselamatan. Apabila kita sakit, yang seronok jadi lesu dan hambar. Sementara, apabila kita mengalami kefaqiran mendadak, hidup terasa hampa dan tidak bererti. Saudara yang selama ini dekat dengan kita sewaktu kita berada akan menjauh, malah...

Isnin, 9 April 2012

BERAGAMA DENGAN HATI

Assalaamua'alaikum WTB... Semoga saudaraku semuanya sihat wal 'afiat adanya. Sekali sekala menjenguk blog ini dan blog sahabat di alam maya, terasa kerinduan dan menyemarakkan nafas cinta untuk tetap berbagi dan memberi. Alhamdulillah... Barangkali saudaraku semua pernah mendengar tausiyyah atau tazkirah dari para ustaz/ah membahas tentang suatu kata iaitu 'Beragama Dengan Hati'... Pernah dengar? Atau masih samar-samar? Atau pertama kali? Atau mungkin ada yang nanti kata "biar betul... beragama dengan hati???" Hehehe mungkin juga...

Rabu, 28 Mac 2012

CERMIN DIRI...

Assalaamu'alaikum wtb...Seiring usia bertambah, jatah umur pun berkurang. Semakin jauh berjalan dalam safari kehidupan ini, maka semakin dekat dengan penghujung pengembaraan. Banyak sudah rencam hidup yang kita hadapi dan telusuri dalam rehlah yang panjang ini. Pelbagai warna-warni kehidupan kita semua telah jejaki.Setiap dari kita memiliki corak dan warna kehidupan masing-masing, samada yang dicorak dan dilakar sendiri mahupun yang alami. Pergerakan ini semua adalah "sunnahtullah" yang telah ditetapkan. Dalam hidup ini, ada warna gembira - ada...

Ahad, 12 Februari 2012

SOLATKU...

Assalaamu'alaikum WTB...Apa khabar saudaraku sekalian? Semoga sihat wal 'afiat adanya. Ucaplah dari lubuk hatimu... ALHAMDULILLAH atas semua rahmat, ni'mat dan cintaMU pada hambaMU ini. Ameen...Maaf sahabat sekalian. Lama tidak menulis di ruang ini. Insyaallah, kita semua walau bertebaran di mana saja tetap dalam ikatan ukhwah yang utuh.Saudaraku... Di bulan Rabi'ul Awwal yang indah ini - seindah siraman rindu dari Rasulullah SAW buat ummatnya, maka marilah kita pupuk rindu dan cinta berbalas kita buatnya pula. Saran saya, agar memori kita pada...