Khamis, 3 September 2009

NABI 'ISA ISLAM VS NABI 'ISA KRISTIAN (A.K.A TUHAN YESUS)

NABI 'ISA ISLAM VS NABI 'ISA KRISTIAN (A.K.A TUHAN YESUS)***

Di dalam dunia ini ada dua jenis 'Isa iaitu :
(a) 'Isa versi Islam
(b) 'Isa versi Kristian

'Isa versi Islam merupakan seorang manusia 100%. Baginda hanya merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran telah menjelaskan hal ini dengan nyata:

"Dan kerana ucapan mereka : "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa anak Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya dengan yakin..." (Surah An-Nisaa: 157)

'Isa versi Kristian adalah manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Kitab Injil (Bible - yang telah diolah tangan manusia - ditulis selepas kewafatan Nabi 'Isa) ada memberitakan hal ini :

"Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahawa ia telah mati...." (Yohannes 19:33)

"Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil mayat itu..." (Matius 27:58-59)

Lantaran terdapat dua versi Nabi 'Isa dalam dunia ini, maka ummat Islam perlulah mengetahui siapakah yang akan hadir pada akhir zaman ini, samada 'Isa versi Islam atau 'Isa versi Kristian?

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Menurut Islam siapakah Nabi 'Isa yang akan hadir di akhir zaman nanti?

Jawapan :
Pertama sekali, kita perlu faham bahawa Al-Quran telah mengajar kita bahawa:
1. ALLAH adalah Tuhan semesta alam (Surah Al-Faatihah, ayat 1)
2. ALLAH itu tunggal / esa, bukannya tritunggal/triniti (Surah Al-Ikhlas, ayat 1)
3. ALLAH tidak beranak atau diperanakkan (Surah Al-Ikhlas, ayat 2)
4. Tiada satu pun yang menyerupai-Nya (Surah Al-Ikhlas, ayat 4)

Kedua, kita perlu memahami pengakuan Nabi 'Isa di dalam Al-Quran bahawa baginda bukanlah Tuhan ALLAH:

"Dan (ingatlah) ketika ALLAH berfirman: Hai 'Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain ALLAH?". 'Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (ya ALLAH), tidak patut bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku katakan demikian, maka tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada dalam diriku dan aku tiada mengetahui apa yang ada pada diri (zat) Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib." (Surah Al-Maaidah: 116)

"Aku ['Isa Al-Masih] tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintah kepadaku, iaitu: Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu dan aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka; tatkala Engkau mewafatkanku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Maaidah: 117)

Jadi siapakah Nabi 'Isa yang akan muncul di akhir zaman menurut Al-Quran dan Al-Hadith? Sudah tentu Nabi 'Isa versi Islam, Rasul ALLAH, manusia 100% dan bukannya tuhan; kehadirannya adalah untuk membersihkan dirinya daripada dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Inilah yang dimaksudkan dalam Al-Quran yang berbunyi:

"Ingatlah ketika ALLAH berkata: "Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mengangkat engkau dan meninggikan (derajat) engkau kepada-Ku dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas dari mereka yang kafir, sampai hari kiamat...." (sebahagian dari terjemahan Surah Ali-Imran: 55)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Adakah ayat ini menunjukkan orang kristian sekarang ini di atas orang yang kafir kerana mereka adalah pengikut Nabi 'Isa versi Kristian?

Jawapan:
Sila perhatikan ganti nama Nabi 'Isa ditulis dalam huruf kecil yang bermakna dia manusia. Dan perlu anda ketahui bahawa kaum Kristian tidak menulis terjemahan ayat itu hingga tamat bacaan kerana takut pendustaan mereka terbongkar. Akhir ayat itu menegaskan bahawa pada akhirnya Nabi 'Isa dan sekalian manusia akan kembali kepada ALLAH, dan ALLAH-lah yang akan menjadi Hakim di Hari Kiamat. Hujung ayat itu berbunyi:

".... Kemudian tempat kembalimu hanyalah kepada-Ku, lalu Aku hukum antara kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan." (Surah Ali-Imran: 55)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Sila jelaskan lebih lanjut mengenai persoalan Nabi 'Isa versi Islam yang dinyatakan di dalam Surah Ali-Imran?

Jawapan:
ALLAH mengajar Nabi Muhammad dan ummat manusia mengenai kejadian Nabi 'Isa di dalam Surah Ali-Imran yang berbunyi:

"Demikianlah Kami bacakan kepada engkau (ya Muhammad) beberapa ayat dan Kitab yang hakim (berisi hikmah)" (Surah Ali-Imran: 58)

"Sesungguhnya umpama (kejadian) 'Isa disisi ALLAH, seperti (kejadian) Adam, ALLAH jadikan dia dari tanah, kemudian ALLAH berkata kepadanya: "Jadilah engkau", maka jadilah ia". (Surah Ali-Imran: 59)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Jadi ini bermakna hadith-hadith Nabi Muhammad dan syarahan ulama-ulama Islam adalah merujuk kepada Nabi 'Isa versi Islam?

Jawapan:
Benar, sudah tentulah ia merujuk kepada Nabi 'Isa versi Islam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Bagaimanakah dengan hujah-hujah kaum Kristian yang berlandaskan kitab Injil (Bible)?

Jawapan:
Kita tidak perlu khuatir dan menyusahkan fikiran kita dengan memikirkan hujah-hujah dari kitab Injil (Bible), kerana Injil (Bible) telah dibuktikan korup, menyeleweng, hilang keaslian dan bercampur dengan ayat yang haq dan ayat yang bathil. Buktinya kaum Kristian tidak berpuas hati dengan hanya menyelewengkan kitab Injil (lebih-lebih lagi Bible sekarang - AM) dan cuba pula hendak menyelewengkan kitab Al-Quran. Contohnya dalam kes ayat 55, Surah Ali-Imran. tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan:
Al-Quran, Al-Hadith dan ijma' ulama Islam tidak pernah bersetuju / tidak redha bahawa Nabi 'Isa yang diceritakan dalam Al-Quran merupakan Yesus Kristus, tuhan orang Kristian. Perlakuan orang Kristian memalsukan ayat Al-Quran contohnya yang tersebut diatas untuk tujuan menghalalkan ajaran mereka ini tidak ubah seperti meletakkan tanda halal pada makanan yang tidak halal bagi ummat Islam. Contohnya kejadian penggunaan enzim lemak khinzir @ babi di dalam produk Ajinomoto keluaran Indonesia. Di luar kulit, mereka gunakan simbol Islam iaitu halal, tetapi hakikatnya produk itu adalah tercemar dan najis!

Firman ALLAH:
"Segolongan di antara orang-orang Ahli Kitab bercita-cita hendak menyesatkan kamu, dan tiadalah mereka menyesatkan (orang lain), hanya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Surah Ali-Imran: 69)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
*** Catatan - Artikel ini dinukilkan semula oleh penulis blog sebagai sebahagian sumber ilmu kepada semua pengunjung blog JURNAL i ABU MIFTAH. Artikel ini berpandukan kepada tulisan asal seorang penulis yang hanya mahu dikenali sebagai The Sabahan dalam sebuah web site di awal tahun 2000 (Abu Miftah lupa alamat web site tersebut - maaf ya). Artikel-artikel perbandingan terkumpul sebegini boleh Tuan-tuan dapatkan daripada Abu Miftah - saya telah binding untuk mempermudahkan rujukan.

-------------------------
alfaaqir abu miftah

Rabu, 2 September 2009

SEORANG RASUL SEPERTI NABI MUSA A.S

Seorang Rasul seperti Nabi Musa a.s.

Adakah anda tahu bahawa di dalam kitab Injil, Ulangan (Deuteronomy), mengisahkan bahawa Nabi Musa a.s. telah bersabda bahawa Tuhan telah berfirman bahawa akan diutuskanNya seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan bani Israil, seperti Nabi Musa a.s.

"Lalu berkatalah TUHAN kepadaku; Apa yang dikatakan mereka itu baik; seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang kuperintahkan kepadanya." (Ulangan, Perjanjian Lama 18:17-18)

Di dalam bab ketiga dari buku para-para Rasul (Acts), Peter, anak murid nabi Isa a.s. berkata kepada segolongan manusia dan menerangkan bahawa nabi Isa a.s. telah dibawa naik ke langit dan sedang berada di syurga. Baginda akan kekal berada di sana dan tidak akan kembali ke dunia ini sehingga sekalian apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan berlaku. Oleh itu, apakah yang kamu nanti-nantikan, soalan Peter kepada mereka?

Dia telah menukil akan apa yang telah diperkatakan oleh nabi Musa iaitu.." Dan Tuhan akan mengutuskan seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan Bani Israil seperti Musa a.s."

Penganut Kristian menyimpulkan bahawa ayat ini membicarakan mengenai nabi Isa a.s., yakni nabi Isalah rasul seperti Musa a.s. Bagaimanapun, mereka tidak senang dengan kenyataan bahawa nabi Isa tidak seperti Musa a.s. Nabi Isa a.s. tidak berbapa, beristeri, beranak dan tidak mati pada umur yang tua. Dia tidak menerajui pemerintahan sebuah negara. Dia berlainan sifat daripada Musa a.s. (sila rujuk di bawah)

Di dalam kitab Injil sendiri mengatakan bahawa " Dan Tuhan akan mengutuskan seorang rasul dari kalangan puak yang bersaudara dengan bani Israil seperti Musa..."

Wahai saudara bani Israil, nabi Isa a.s. adalah seorang dari kaum bani Israil, bukan daripada puak yang bersaudara dengan bani Israil. Kenyataan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ramalan ini bukanlah memperkatakan akan terutusnya nabi Isa a.s. tetapi seorang rasul seperti nabi Musa a.s. Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain ialah nabi Muhammad s.a.w.

Fakta-fakta yang terdapat di bawah ini menunjukkan bahawa rasul yang dijanji-janjikan oleh Tuhan dan yang patut diterima sebagai imam mereka ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia bukan sahaja menunjukkan persamaan di antara nabi Musa dan nabi Muhammad s.a.w bahkan menunjukkan bahawa nabi Isa a.s bukanlah rasul yang diramalkan di dalam kitab Injil.

BIDANG PERBANDINGAN
Nabi Musa a.s.
Nabi Muhammad
Nabi Isa a.s
  • Proses Kelahiran
Normal Normal Luarbiasa
  • Kedudukan

  • rumahtangga
Beristeri dan beranak Beristeri dan
beranak
Tidak beristeri dan
tidak beranak
  • Cara kematian
Normal Normal Luarbiasa
  • Kerjaya
Rasul/Pemimpin negara Rasul/Pemimpin negara Rasul
  • Dipaksa berhijrah
ke Median ke Madinah Tidak berhijrah
  • Tentangan dari musuh
Diburu musuh Diburu musuh/Berperang jihad Tiada Berperang jihad
  • Kesan dari tentangan
Kemenangan moral dan fizikal Kemenangan moral dan fizikal Kemenangan moral sahaja
  • Penulisan wahyu
semasa hayatnya (Taurat) semasa hayatnya
(Al-Quran)
Selepas kewafatannya
  • Ajaran agama
Aqidah dan hukum-hakam (syariah) Aqidah dan hukum-hakam (syariah) Aqidah
  • Sambutan kaumnya
Ditolak kemudiannya diterima ajarannya Ditolak kemudiannya diterima ajarannya Ditolak oleh kebanyakan orang bani
Israil


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber Rujukan / Artikel :
http://www.geocities.com/Athens/Sparta/1654/9likemoses.htm

-------------------------
alfaqiir abu miftah

Selasa, 1 September 2009

Kumpulan Dialog ISLAM Vs Kristian # [1]

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber Buku :

DIALOG TENTANG ISLAM DAN KRISTEN

- Prof. Wilson & Muhammad Jawad Chirri -
Alih Bahasa: H.M. Ridho Umar Baridwan, S.H.
Penerbit: P.T. Alma'arif, Bandung, Cetakan Kelima, 1981
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBUKAAN

--------------------

PERTANYAAN (1)

WILSON:
Ada beberapa Agama yang tidak berani menerima pertanyaan yang berhubungan dengan ajaran-ajarannya Mereka menasehatkan pada pengikutnya agar mengikuti petunjuk-petunjuknya tanpa mengujinya. Mereka menuntut keimanan, dan melarang berhubungan dengan setiap agama lain, sebab hubungan demikian akan menimbulkan kebimbangan. Bagaimana sikap Islam terhadap pertanyaan-pertanyaan yang berhubungan dengan ajaran-ajarannya dan memperbandingkan prinsip-prinsipnya dengan lain kepercayaan?

CHIRRI: Islam sangat bebas di dalam masalah ini. Islam kadang-kadang menuntut kepercayaan dari anda terhadap prinsip-prinsip tertentu, tetapi, pada waktu yang bersamaan, Islam menasihati anda agar anda mencoba mendasarkan kepercayaan anda dengan kenyataan.

Islam membebaskan anda, menimbulkan setiap pertanyaan-pertanyaan dan tidak menyalahkan anda bila anda sangsi (ragu-ragu), bila keragu-raguan anda diikuti dengan usaha keras untuk mendapatkan kebenaran. Bila ada agama lain yang menasehatkan anda agar menghindarkan diskusi masalah pokok dengan Agama lain dan membuat anda takut menimbulkan kemarahan Tuhan dengan melakukan hal itu, Islam membuat anda merasa aman dari kemarahan Tuhan bila anda mengejar penyelidikan anda untuk kebenaran.

Sebenarnya, Islam tidak pernah menasehatkan anda agar menjauhkan diri dari diskusi-diskusi yang mungkin mengarah pada ilmu pengetahuan yang baru dan penemuan dari kebenaran. Islam memperbolehkan diskusi Agama apakah itu Islam atau bukan Islam.

Jangan bimbang dan takut akan kemarahan Tuhan sebab Tuhan mencintai kebenaran, dengan demikian Tuhan tidak pernah menyalahkan anda untuk mencari kebenaran. Sebaliknya, semakin banyak anda mencari kebenaran, semakin banyak anda diberi ganjaran dari Islam (Tuhan).

Ganjaran yang terbesar dan tindakan yang berjasa dimata Islam adalah mendekati Agama dengan semangat seorang ahli ilmu pengetahuan yang menyambut setiap kenyataan yang akan membuktikan teorinya (teori yang ia setujui).


-------------------------------------------------------------------------------------------------

WILSON: Apakah Islam mempunyai patokan atau nasehat khusus mengenai penyelidikan (pembahasan) Agama secara ilmu pengetahuan.

CHIRRI: Ada beberapa peraturan (patokan) tertentu tercantum dalam Al-Qur'an untuk diikutkan dalam penyelidikan beragama untuk menyelamatkan setiap kesimpulan yang mungkin dicapai.

1] Peraturan Islam yang terpenting yang harus diikuti ialah anda tidak akan pernah memegang doktrin bila itu bertentangan dengan kenyataan, juga tidak boleh mengikuti prinsip tanpa kenyataan. Bila Tuhan menghendaki anda untuk mempercayai prinsip, Tuhan akan membuat hal itu terang dan nyata. Dia adalah teradil.

Dia mengetahui bahwa kepercayaan tidak terserah pada seseorang. Untuk menggambarkan hal ini: tidak terserah pada saya untuk mempercayai bahwa saya berada diwaktu siang bila saya berada diwaktu malam. Tubuh saya biasanya menurut perintah saya, jika saya menggerakkan tangan saya, naik dan turun, berjalan atau duduk, saya akan dapat melakukan hal itu. Tetapi ingatan saya adalah tidak di bawah perintah saya. Saya tidak dapat mempercayai atau tidak mempercayai segala sesuatu yang saya ingin percayai. Jadi, saya tidak dapat mematuhi perintah yang mengatakan pada saya untuk mempercayai bahwa dua dan dua adalah lima, atau tiga adalah satu, atau api itu dingin atau salju itu panas.

Pengetahuan manusia datang dari kenyataan langsung atau tidak langsung, dan tidak mengikuti tingkah dan keinginan kita sendiri. Kepercayaan Agama yang baik harus mencapai tingkat ilmu pengetahuan. Bila Tuhan menginginkan saya untuk mengenal sesuatu, Dia akan membuat ilmu pengetahuan sedemikian rupa dengan berpegang pada kenyataan yang tersedia. Dia tidak akan menuntut dari saya untuk mempercayai sesuatu, padahal hal itu bertentangan dengan kenyataan. Dia tidak akan minta saya melakukan yang tidak mungkin. Ini bertentangan dengan keadilanNya Islam tidak pernah menyalahkan seseorang bila dia tidak mempercayai sesuatu, sebab kurangnya bukti-bukti.

Sebaliknya Islam akan menyesal bila anda mengikuti prinsip padahal anda merayap dalam gelap tanpa menyorot. kenyataan. Anda akan malu bila prinsip yang demikian tidak sesuai dengan kenyataan. Mengikuti suatu prisip yang bertentangan dengan kenyataan sama halnya dengan pertimbangan pengadilan terhadap tertuduh tanpa saksi. Tindakan (sikap) yang demikian tidak terpuji.

Dari Kitab Suci Al-Qur'an: "Dan janganlah engkau turut apa yang tidak engkau kerahui sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan tnenerima pertanyaan." 17: 36.

2] Penelitian yang bersifat beragama tidak akan mencari popularitas dari doktrin agama masyarakat untuk menunjukkan kebenarannya. Banyak pengertian umum yang telah dibuktikan salah.

Sekali waktu, bangsa-bangsa di dunia percaya bahwa bumi ini datar dan matahari bergerak mengelilingi bumi. Manusia mempercayai hal itu selama beribu-ribu tahun, tetapi sekarang terbukti bahwa pengertian yang demikian adalah tidak benar.

Selanjutnya, apa yang populer di suatu masyarakat mungkin tidak populer di masyarakat lain, dan banyak pengertian yang tidak populer di suatu masyarakat mungkin sangat populer di masyarakat yang lain. Bila popularitas adalah tanda dari kebenaran, semua pengertian yang populer walau berlawanan akan benar. Padahal kebenaran tidak pernah berlawanan satu dengan yang lain.

Waktu Nabi pertama kali datang untuk menyatakan konsep Satu Tuhan, pesannya tidak populer di setiap masyarakat. Bangsa-bangsa di dunia adalah orang-orang yang tidak percaya. Ketidak populeran pesan Tuhan tidak mencegah bahwa pesan itu benar. Sebenarnya, semua Nabi datang dengan pesan yang tidak populer. Maksud mereka adalah memperbaiki sesuatu yang populer tapi salah, dan mengganti dengan kebenaran yang tidak populer.


Kata Al-Qur'an: "Dan kalau engkau turutkan kebanyakan manusia di bumi ini, tentulah mereka menyesatkan engkau dari jalan Tuhan. Mereka hanya menurutkan persangkaan belaka, dan mereka hanya membuat kebohongan semata-mata." 6: 116.

3] Islam menasihatkan pada setiap orang yang telah dewasa, sanggup melakukan penelitian Agama, untuk menguji Agama yang diwariskan dari orang-orang tuanya. Warisan Agama anda, seperti Agama yang lain, perlu dibuktikan. Anda boleh mempercayai anggapan orang tua anda selama anda masih anak-anak dan tidak sanggup membuat keputusan-keputusan sendiri.

Bila anda menjadi dewasa, Agama anda adalah menjadi tanggung jawab anda sendiri. Berhubungan dengan dan menghormati orang tua adalah salah satu perintah Tuhan (Islam), tetapi itu tidak berarti mengikuti pendapat-pendapat orang tua kita dalam masalah-masalah penting seperti masalah Agama bila pendapat-pendapat mereka itu salah.

Sebenarnya, bila orang-orang tua yang mengakui prinsip-prinsip Agama yang salah dan menuntut dari anak-anaknya agar mengikuti prinsip-prinsip itu, maka mereka akan bertentangan dengan keinginan Tuhan. Jadi, jika anda mematuhi mereka, anda akan tidak mematuhi Tuhan.

Dari Kitab Suci Al-Qur'an: "Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada ibu-bapaknya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan yang amat sangat dan menyapihnya tatkala anak berumur 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu-bapakmu. KepadaKu tempat kembali Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan apa yang tiada engkau ketahui dengan Daku, janganlah engkau turut, dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut. Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu. Dan akan Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." ( 31: 14-15).

Islam memerintahkan anda untuk menguji ajarannya seperti setiap ajaran yang lain. Dengan demikian anda menilai Islam lebih dari sebelumnya.

4] Bila anda tidak percaya pada setiap Agama, sangsi (ragu-ragu) terhadap seluruh konsep Agama, anda tidak akan puas dengan kesangsian anda. Ini adalah kewajiban anda untuk melindungi diri anda dan kepentingan anda di Dunia ini dari setiap kejahatan dan kerugian.

Demikian juga anda mempunyai tanggung jawab yang sama dan kewajiban di dalam melindungi keinginan rohani dari kerusakannya. Pertanyaan anda yang serius tentang apa yang harus diberikan pada kehidupan rohani anda sama pentingnya dengan pertanyaan anda tentang apa yang harus diberikan pada kehidupan jasmani anda.

Untuk menjalankan pertanggungan jawab anda dan memenuhi kewajiban anda, akan diperlukan pertanyaan, apa yang anda sangsikan dari Agama. Mungkin karena banyaknya peristiwa yang menimpa anda yang membuat ragu-ragu.

Karena itu anda harus mencoba mendapatkannya. Bila anda melakukan penyelidikan dan menghentikan seluruh usaha anda dan tidak berhasil mendapatkan kebenaran, anda akan dimaafkan oleh Tuhan.

Tuhan meminta manusia hanya melakukan yang mungkin untuk dia.

Dari Al-Qur'an: "God does not impose on a soul a duty but to the extent of its ability." 2: 286
Artinya: "Tuhan tidak memikulkan kewajiban kepada seseorang, hanyalah sekedar kekuatannya." 2: 286.

5] Bila anda melakukan penyelidikan Agama, jangan biarkan seseorang membuat keputusan untuk anda. Jangan percaya pada putusan orang lain walaupun dia tulus dan berpendidikan.

Pada setiap kepercayaan ada guru-guru yang berpendidikan dan tulus. Bila anda membiarkan mereka membuat keputusan untuk anda maka anda tidak akan berhasil, sebab mereka bertentangan satu sama lain. Kalau anda menggantungkan pada guru-guru dari hanya satu kepercayaan dengan mengabaikan guru-guru dari kepercayaan yang lain, anda akan dibelokkan. Guru yang berpendidikan dan tulus dapat juga salah, dan anda tidak akan dimaafkan bila anda mengikuti petunjuknya.

Agama anda adalah tanggungiawab anda dan setelah anda membuat pertanyaan yang luas, anda hakimi sendiri diri anda dengan menggunakan akal anda. Islam sangat bebas, sebab tidak takut diuji. Hanya yang takut gagal yang mencoba menghindarkan ujian.

Dari Al-Qur'an: "And no bearer will bear other's burden ..." (35: 18, 53: 38) Artinya: "Dan seseorang tidak memikul beban orang lain." (35: 18, 53:38)


-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Diterbitkan semula oleh penulis blog tanpa pengubahsuaian teks asal terjemahan -

-----------------------
alfaqiir abu miftah

Jumaat, 21 Ogos 2009

Marhaban Yaa Ramadhan - Selamat Bercuti Seminggu...

Assalamualaaikum wtb...

Salam kopisanangan untuk semua Muslimin Muslimat....


Pada kesempatan yang mulia ini, saya mengucapkan....

Marhaban Yaa Ramadhan pada saudara-saudaraku Muslimin Muslimat

&

Selamat Bercuti Seminggu kepada warga guru.


Sesungguhnya kehadiran Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah dan tazkiyyatun nafs amat ditunggu-tunggu dengan penuh pengharapan dan ta'ziim... semoga dengan Ramadhan kali ini kita mampu memperkasakan rohani, semangat dan jati diri guna menghadapi cabaran hidup yang sentiasa berputar dan silih berganti.

Sama-samalah kita pertingkatkan TAQWA sebagai natijah besar dan prioriti yang sepatutnya digapai dan diperolehi melalui tarbiyyah mulaazamah Ramadhan. Isilah bulan almubaarak ini dengan amal-amal kebaikan. Puasa tetap puasa. Tapi jangan puasa wajib sahaja tapi amalan sunnah kita tinggal dan abaikan... "Makan nasi saja tidak sedap kalau tiada lauknya... nasi ibarat puasa wajib, sedangkan lauk itu pula ibarat amalan sunnah yang menyerikan dan melazatkan lagi ibadah kita kepada-Nya.

Dengan ada kesempatan bercuti di awal Ramadhan ini, jooom balik kampung untuk meraikan puasa Ramadhan dengan orang tua yang tersayang. Semoga semakin berkat, selain menziarahi ibu dan ayah sebagai kewajipan seorang yang bernama anak. Jangan biarkan mereka terabai tanpa sentuhan kasih dari anak-anak yang selama ini sangat-sangat diharapkan santunan...

Bagi sahabat-sahabat yang dekat, baliklah menziarahi ibu dan ayah. Di hati kecil, mereka sebenarnya ternanti-nanti kunjungan anak-anak membawa cucu penyejuk mata hati.

Bah... ustaaaz jooomlah balik kampung. Orang kampung tunggu-tunggu enta tu mau jadi imam tarawih di surau. Lama tak dengar suara ustaz yang lunak dan merdu katanya... Balik nanti sempat juga dengar tazkirah & kultum dari ustaz sebagai bekal...

Silakan... joom dengan niat kerana ALLAH SWT.

----------------------- Selamat berpuasa di Kg. Tinompok Liwan, Tambunan ----------------------

-------------------------
alfaqiir abu miftah

Al-Quran Diciplak Dari Alkitab???

BUALAN KRISTIAN TENTANG
AL-QUR'AN DICIPLAK DARI ALKITAB



VS

Orang Kristian seringkali mengklaim bahawa Al-Qur'an merupakan hasil ciplakan dari Alkitab. Pandangan seperti ini hanya pantas diucapkan oleh orang yang buta huruf dan berotak sempit (idiot). Bukti-bukti di bawah ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an sama sekali tidak mungkin diciplak dari Alkitab, bahkan sebaliknya, Al-Quran justeru meluruskan ajaran dan pandangan yang salah dalam Alkitab.

1.
Seluruh kisah nabi di dalam Al-Qur'an dan Alkitab yang memiliki kesamaan nama, saling berbeza kisah. Beberapa kisah tertentu terdapat di dalam Al-Qur'an, tetapi tidak terdapat di dalam Alkitab, demikian juga sebaliknya. Beberapa kisah juga berbeza pelaku antara yang terdapat di dalam Al-Qur'an dengan yang terdapat di dalam Alkitab. Demikian juga kisah yang dialami oleh masing-masing nabi, tidak sama antara Al-Qur'an dengan Alkitab.

2. Catatan-catatan Al-Qur'an di bawah ini tidak ada dalam (atau berbeza total dengan) Alkitab:

- Kisah nabi Idris (masa antara nabi Adam dan Nuh).
- Kisah nabi Hud ( masa antara Nuh dan Shaleh).
- Kisah nabi Shaleh (masa antara Hud dan Ibrahim).
- Kisah nabi Dzulkifli (masa antara nabi Ilyasa' dan Daud).
- Kisah nabi Ilyas (masa antara nabi Sulaiman dan Yunus).
- Perintah sholat, zakat, puasa, dan haji.
- Syarat dan rukun haji.
- Ajaran Tauhid (hanya ada satu Tuhan).
- Bantahan ketuhanan Isa.
- Kritik terhadap kebiasaan buruk orang-orang Yahudi (Bani Israel).
- Kejadian manusia dari sperma hingga dewasa.
- Syarat-syarat perkahwinan.
- Pembahagian harta pusaka (warisan).
- Dua mukjizat Yesus tercatat dalam Alquran, tetapi tidak tercatat dalam Alkitab, iaitu: berbicara ketika masih bayi dan menciptakan burung dari tanah liat.
- Susunan Alqur'an yang jauh berbeza dengan Alkitab.
- Gaya bahasa Al-Qur'an yang jauh berbeza dengan Alkitab.
- Isi Al-Qur'an bersifat menyebar ke semua surah, sedangkan isi Alkitab bersifat sistematis (urut-urutan).
- Dan lain sebagainya.

Sampai bila lagi Kristian mahu berhenti berbohong?

Sang Dai'e Yang Pergi...

AHMAD HOOSEN DEEDAT


Ahmed Hoosen Deedat lahir di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Ia tidak dapat berkumpul dengan ayahnya sampai tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit yang karena profesinya hijrah berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.


Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindar dari kemiskinan yang sangat pedih, Ahmed Deedat pergi ke Afrika Selatan untuk dapat hidup bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika selatan menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam keadaan hidup karena beliau meninggal beberapa bulan kemudian.


Di negeri yang asing, seorang anak laki-laki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggris mulai menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disadarinya.


Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat membaca menolongnya untuk mendapatkan promosi sampai ia menyelesaikan standar 6. Kurangnya biaya menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya is bekerja dalam bidang retail (eceran).


Yang terpentmg dari ini semua adalah pada tahun 1936 sewaktu Ia bekerja pada toko muslim di dekat sebuah sekolah menengah Kristen di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tak henti-hentinya dari siswa misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko menanamkan keinginan yang membara pada diri anak muda tersebut untuk melakukan aksi menghentikan propaganda mereka yang salah.


Sudah ditakdirkan, Ahmed Deedat menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang berarti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan misionaris Kristen selama penaklukan Inggris dan pemerintahan India. Secara khusus, ide untuk menangani debat telah
berpengaruh besar dalam diri Ahmed Deedat.


Dibekali dengan semangat yang baru ditemukannya ini, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mulai melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika mereka mundur tergesa-gesa tidak beraturan dalam menghadapi argumen baliknya yang tajam, ia secara pribadi memanggil guru mereka dan bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.


Keberhasilan-keberhasilan ini memacu Ahmed Deedat untuk berda'wah. Bahkan perkawinan, kelahiran anak, dan singgah sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi antusias atau keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan dari para misionaris Kristen.


Dengan semangat misionaris untuk memproyeksikan kebenaran dan keindahan Islam, Ahmed Deedat membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekade yang akan datang. Ia memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah. Ia mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para dai Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenal sampai saat ini.


Ahmed Deedat anggota awal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi presidennya, sebuah posisi yang masih dipegangnya sampai hari ini. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan gratis.

Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan berhasil melawan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beberapa ribu orang telah menjadi Islam sebagai hasil usahanya.


Sebagai penghargaan yang pantas untuk prestasi yang bersejarah itu, ia mendapat penghargaaan internasional dari Raja Faisal tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diambil daripada biografi pengantar buku almarhum "THE CHOICE - ISLAM & CHRISTIANITY"


--------------------------------------

alfaqiir abu miftah

Ajaran Yesus VS Ajaran Kristian

AJARAN YESUS / ESAU / ISA A.S:

AJARAN KRISTIAN:

1. Yesus adalah utusan Tuhan (Yesus tidak meminta dirinya untuk disembah dan dipuja).

1. Yesus adalah Tuhan sesuai pernyataan Paulus.

Kedua belas murid itu diutus oleh Yesus dan Ia berpesan kepada mereka: "Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel. (Matius 10:5-6)

Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel." (Matius 15:24)

Aku (Yesus) tahu, bahawa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh kerana orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus Aku." (Yohanes 11:42)

Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. (Yohanes 17:3)

Aku (Yesus) berkata kepadamu: Sesungguhnya seorang hamba
tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada dia yang mengutusnya....Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa menerima orang yang Kuutus, ia menerima Aku, dan barangsiapa menerima Aku, ia menerima Dia (Bapa) yang mengutus Aku. (Yohanes 13:16,20)

Kamu telah mendengar, bahawa Aku (Yesus) telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita kerana Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa
lebih besar dari pada Aku. (Yohanes 14:28)
Namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, iaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, iaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang kerana Dia kita hidup. (1 Korintus 8:6)


Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahawa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan. (Roma 10:9)

NB:
Paulus berusaha mendoktrin orang lain bahawa hanya dengan meyakini Yesus sebagai Tuhan dan percaya Yesus telah bangkit dari antara orang mati, maka ia akan diselamatkan.

Dalam ajaran Paulus/Kristian, Yesus lebih dipromosikan sebagai Tuhan dibandingkan dengan Tuhan Allah/Bapa. Bandingkan dengan pernyataan-pernyataan Yesus yang lebih menonjolkan Allah/Bapa sebagai Tuhan Yang Esa.



2. Yesus tidak membatalkan hukum Taurat.

2.Kristian mengutuk hukum Taurat sesuai pernyataan Paulus.

"Janganlah kamu menyangka, bahawa Aku (Yesus) datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. (Matius 5:17)

Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. (Matius 5:18)

Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Syurga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Syurga. (Matius 5:19)

Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farsi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga. (Matius 5:20)
Kamu tahu, bahawa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh kerana iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kamipun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus dan bukan oleh kerana melakukan hukum Taurat. Sebab: "tidak ada seorangpun yang dibenarkan" oleh karena melakukan hukum Taurat. (Galatia 2:16)

NB:
Hukum Taurat merupakan bagian dari ajaran Yesus yang wajib dilaksanakan oleh umatnya (Matius 5:19).










3. Penggenapan (nasakh) Yesus terhadap beberapa hukum Taurat.

3. Kristian membangkang penggenapan (nasakh) Yesus dan menggantinya dengan ajaran baru dari Paulus.

Maka jika matamu yang kanan menyesatkan engkau, cungkillah dan buanglah itu, kerana lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa, daripada tubuhmu dengan utuh dicampakkan ke dalam neraka. (Matius 5:29)

Dan jika tanganmu yang kanan menyesatkan engkau, penggallah dan buanglah itu, kerana lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa dari pada tubuhmu dengan utuh masuk neraka. (Matius 5:30)

Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah sekali-kali bersumpah, baik demi langit, karena langit adalah takhta Allah, (Matius 5:34)

Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya. (Roma 10:4)

NB:
Kristen sama sekali menolak hukum cungkil mata dan potong tangan sebagaimana diperintahkan Yesus (Matius 5:29-30).




4. Yesus disunat pada usia delapan hari sesuai perintah Tuhan.

4. Kristian tidak mewajibkan sunat sesuai pernyataan Paulus.

Dan ketika genap delapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Yesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum Ia dikandung ibu-Nya. (Lukas 2:21)

Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat; (Kejadian 17:10)

haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu. (Kejadian 17:11)

Anak yang berumur lapan hari haruslah disunat, yakni setiap laki-laki di antara kamu, turun-temurun: baik yang lahir di rumahmu, mahupun yang dibeli dengan uang dari salah seorang asing, tetapi tidak termasuk keturunanmu. (Kejadian 17:12)

Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan wang harus disunat; maka dalam dagingmulah perjanjian-Ku itu menjadi perjanjian yang kekal. (Kejadian 17:13)

Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku." (Kejadian 17:14)

Kemudian Abraham menyunat Ishak, anaknya itu, ketika berumur lapan hari, seperti yang diperintahkan Allah kepadanya. (Kejadian 21:4)

Sebab bagi orang-orang yang ada di dalam Kristus Yesus hal bersunat atau tidak bersunat tidak mempunyai sesuatu arti, hanya iman yang bekerja oleh kasih. (Galatia 5:6)

Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah. (1 Korintus 7:19)

NB:
Sunat adalah manifestasi perjanjian yang kekal antara Allah dengan Abraham dan keturunannya, yang tidak bisa dibantah oleh siapapun!


















5. Tidak ada dosa waris dalam ajaran Yesus.

5. Kristisn mengajarkan adanya dosa warisan dari Adam sesuai pernyataan Paulus.

Ketika Yesus melihat hal itu, Ia marah dan berkata kepada mereka: "Biarkan anak-anak itu datang kepada-Ku, jangan menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah. (Markus 10:14)

Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya. (Yehezkiel 18:20)


Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang (Adam), dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa. (Roma 5:12)






6. Yesus memerintahkan banyak berwudhu apabila sedang berpuasa dan mengajarkan sujud serta berdoa ketika sedang sujud. 6. Kristian mengajarkan bernyanyi di gereja sesuai perintah Paulus.

Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, (Matius 6:17)

Maka Ia (Yesus) maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." (Matius 26:39)

Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. (Keluaran 40:31-32)

Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. (Bilangan 20:6)

Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak." Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya: (Kejadian 17:2-3)

dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati. (Efesus 5:19)

Hendaklah perkataan Kristus diam dengan segala kekayaannya di antara kamu, sehingga kamu dengan segala hikmat mengajar dan menegur seorang akan yang lain dan sambil menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu. (Kolose 3:16)

NB:
Menyanyi di gereja bukanlah ajaran Yesus, tetapi ajaran Paulus (Efesus 5:19).









7. Yesus melarang hidup mewah di dunia.
7. Tidak ada larangan hidup mewah dalam ajaran Kristian sesuai pernyataan Paulus.
"Janganlah kamu mengumpulkan harta di bumi; di bumi ngengat dan karat merosakkannya dan pencuri membongkar serta mencurinya.Tetapi kumpulkanlah bagimu harta di syurga; di syurga ngengat dan karat tidak merosakkannya dan pencuri tidak membongkar serta mencurinya. (Matius 6:19-20) "Orang yang mencuri, janganlah ia mencuri lagi, tetapi baiklah ia bekerja keras dan melakukan pekerjaan yang baik dengan tangannya sendiri, supaya ia dapat membagikan sesuatu kepada orang yang berkekurangan." (Efesus 4:28)
8. Yesus meninggal dunia dibungkus kain kafan.
8. Umat Kristian meninggal dunia diberi pakaian rapi dan dibungkus peti mati.
Dan Yusuf pun mengambil mayat itu, mengkafaninya dengan kain lenan yang putih bersih, (Matius 27:59)

Mereka mengambil mayat Yesus, mengapaninya dengan kain lenan dan membubuhinya dengan rempah-rempah menurut adat orang Yahudi bila menguburkan mayat. (Yohanes 19:40)
Misalnya, meninggalnya Paus Yohanes Paulus II, penyanyi Broery Marantika, dan mantan Menko Ekuin Radius Prawiro. Ketiganya diberi pakaian rapi dan dibungkus peti mati sebelum dikubur.


9. Yesus tidak membatalkan hukum rajam. 9. Tidak ada hukum rajam dalam ajaran Kristian.
Musa dalam hukum Taurat memerintahkan kita untuk melempari perempuan-perempuan yang demikian. Apakah pendapat-Mu (Yesus) tentang hal itu?" (Yohanes 8:5)

Dan ketika mereka terus-menerus bertanya kepada-Nya (Yesus), Iapun bangkit berdiri lalu berkata kepada mereka: "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu." (Yohanes 8:7)
Ajaran Kristian menolak hukum rajam, karena ia adalah bagian dari hukum Taurat. Lihat kembali pernyataan Paulus dalam Galatia 2:16 (butir 2 di atas).

NB:
Kristian sama sekali menolak hukum rajam kepada para pelaku zina, yang tentu saja ini bertentangan dengan perintah Yesus kepada umatnya (Yohanes 8:7).
10. Yesus tidak membuat agama baru.
10. Kristian adalah agama baru yang lahir pada masa Paulus (setelah masa Yesus).
Lihat kembali pernyataan Yesus dalam Matius 5:17-20 (Butir 2 di atas).

Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristian. (Kisah Para Rasul 11:26)

Wassalaam.

----------------------------------------------

Olahan semula - alfaqiir abu miftah

Rabu, 19 Ogos 2009

Menetapkan Tarikh 1 Ramadhan 1430H

Hilal, Rukyah, dan Hisab

[SUMBER ARTIKEL - www.iluvislam.com ]
penulis/editor: ibn affandi


Hilal (sumber: al-ghazzali centre)

Pendahuluan


Antara perkara-perkara yang sinonim dengan Ramadhan, Hari Raya dan Qurban adalah Hilal (anak bulan) dan Rukyah1. Menjadi kebiasaan kita di Malaysia untuk beramai-ramai menghadap kaca television menantikan pengumuman oleh pemegang mohor besar Raja-Raja akan tarikh mula puasa dan Raya.

Namun setelah berada di luar negara terlintas satu masalah di mana bukan sahaja tiada autoriti induk bagi aktiviti sebegini malah terdapat juga perbezaan tarikh puasa dan raya antara rakan-rakan Muslim. Ada yang berpuasa sehari awal, ada pula yang berpuasa sehari lewat. Punca pada perbezaan ini dasar dari perbezaan taklid/ ijtihad yang digunakan.

Artikel ini ditulis hanya sebagai pendahuluan kepada pencarian ilmu dan konsep ijtihad yang lebih serius yang patut diberatkan oleh pelajar Muslim Malaysia terutamanya di negara-negara asing. Penulis tidak mencadangkan apa-apa dan cuba untuk tidak meletakkan hukum atas mana-mana ijtihad, apa yang ditulis hanyalah berasaskan ilmu penulis yang sangat sedikit.

Apakah itu Hilal?

يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَا ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٨١﴾

"Mereka bertanya kepadamu tentang hilal. Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan ibadat haji."[Al-Baqarah(2):189] 2

Dari Ibn Umar r.a. Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: "Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)".(Riwayat Muslim)3

Di dalam Al-Quran dan Hadis perkataan Hilal merujuk kepada anak bulan atau bulan sabit, dalam bahasa Inggerisnya, ‘Crescent moon'. Pun begitu dalam beberapa terjemahan dalam bahasa Inggeris menterjemah perkataan Hilal sebagai ‘New Moon' atau Bulan Baru4.

Hilal adalah fasa seterusnya selepas fasa Bulan Baru di mana pantulan cahaya berbentuk sabit mula kelihatan. Hilal akan kelihatan lebih kurang sehari atau lebih selepas Bulan Baru. Di mana, pergerakkan bulan pada orbitnya mula membenarkan pantulan cahaya matahari pada permukaannya untuk sampai ke bumi. Cahaya yang terpantul itu yang akan kelihat sebagai bulan sabit pada pemerhati di bumi. Bulan baru dalam kalendar Islam bermula dengan Hilal bukan Bulan Baru. (Ali 2009, Shaikh 2006).


Rajah 1: Menunjukkan secara grafikal, pergerakan bulan pada orbitnya dan bentuk bulan yang kelihatan oleh pemerhati di bumi.(untuk gambar lebih besar left-click dan klik View Image)

Rukyah

Rukyah adalah aktiviti melihat dan menentukan Hilal. Rukyah bukan sahaja dilakukan untuk menetukan jatuh tarikh puasa dan raya sahaja. Ianya adalah aktiviti utama untuk menentukan bulan baru setiap bulan dalam kalendar hijrah.

Bulan seperti matahari terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Hilal terletak berdekatan matahari dan akan terbenam selepas matahari terbenam. Rukyah dilakukan antara waktu selepas matahari terbenam dan sebelum bulan pula menyusur terbenam. Rukyah akan dilakukan pada 29 haribulan. Secara teknikal, bulan tidak dapat kelihatan pada 28 haribulan kerana ketika itu bulan berada pada fasa Bulan Baru (Ali 2009).

Rajah 2: Contoh kedudukan hilal dan matahari (sumber: al-ghazzali centre).(untuk gambar lebih besar left-click dan klik View Image).

Sekiranya hilal gagal kelihatan pada petang 29 haribulan, maka bulan tersebutan disempurnakan atau dicukupkan kepada 30 hari. Dengan kata lain, bulan hijriyah yang baru akan bermula pada lusa harinya, bukan keesokkannya.

Untuk Ramadhan tahun ini, Hilal akan mula kelihatan pada 20 Ogos 2009 di tengah-tengah lautan Pasifik, jauh ke barat dari Amerika Selatan. Oleh hal demikian negara yang terawal untuk melihat anak bulan pada tahun ini ialah di jepun pada hari keesokkannya iaitu pada 21 Ogos 2009 (CrecsentWatch.org).

Secara istilahnya, jika seseorang membuat kenyataan bahawa dia telah melihat hilal, dan dia adalah seorang Muslim, maka kenyataannya diterima, maka Muslim di matla tersebut perlu berpuasa pada esok hari. Namun terdapat beberapa kes di mana, kenyataan tersebut diragui kerana beberapa perkara. Antaranya, terdapat orang yang menyatakan melihat hilal pada 27 haribulan, padahal ketika itu yang dilihat bukan Hilal, tapi Waning Crecsent atau Old Moon.

Oleh hal demikian, Rukyah digalakkan dilakukan secara Jamme Ghafir iaitu oleh ramai saksi, kaedah ini digalakkan oleh Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifa, Malik dan Imam Ahmad. (Shaikh 2006).

Hisab

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak". [Yunus (10):5]

"Matahari dan Bulan beredar mengikut laluan yang diperhitungkan" [ar-Rahman(55):5] 5

Maha suci Allah yang berkuasa menciptakan sesuatu atas kehendak-Nya. Dari dua potong ayat di atas, jelas bahawa peredaran bulan dan matahari terdapat pengiraan di sebaliknya, dan dengan Izin-Allah manusia mampu memahami dan mengira fenomena ini.

Hisab atau kaedah pengiraan astronomikal dalam konteks ini merujuk kepada kaedah perhitungan pergerakkan bulan menggelilingi bumi. Pada zaman kini terdapat pelbagai badan-badan astronomi di mana-mana negara sekalipun yang mengira kedudukan bulan pada satu-satu masa. Dengan teknologi terkini kedudukan bulan boleh ditentukan dengan tepat, dan bulan boleh dilihat menggunakan telescope canggih biarpun mata kasar tidak mampu melihatnya, terutamanya dalam kes Bulan Baru.

Namun perlu diingatkan teknik pengiraan bulan bukan sesuatu yang baru. Pengiraan matematik pergerakkan bulan menggelilingi telah lama dipelopori oleh Tamadun Greek dan Tamadun India, ratusan tahun sebelum Tamadun Islam bermula. Bahkan ahli astronomi Muslim menjelajah ke India untuk belajar dan memperbaiki kaedah Hisab dan Rukyah untuk kemudahan ummah (King 1993, Ali 2009). Terdapat lebih dari satu kaedah hisab, tetapi tidak akan dibincangkan di sini kerana teknikaliti yang sangat kompleks dan perbincangan yang panjang.

Terdapat Muslim yang berpendapat bahawa Hisab boleh menggantikan kaedah Rukyah sama sekali bahkan perlu digunakan sebagai kaedah untuk menetukan kalendar Hijrah seluruh dunia atas dasar kesatuan Ummah. Pun begitu majoriti ulama menegaskan keperluan hisab hanya sebagai pembantu dalam proses Rukyah, bukan sebagai pengganti.

Salah faham umum dalam penggunaan kaedah Hisab ialah timbul apabila kekeliruan antara Hilal dan Bulan Baru. Kaedah hisab menentukan waktu "lahir" bulan baru bukan hilal. Hisab tidak mampu untuk menentukan Hilal kerana Hilal adalah sesuatu yang dilihat. Perlu diingatkan Hilal adalah pantulan cahaya dari bulan yang berbentuk sabit. Maka, apa yang terjadi apabila kekeliruan ini timbul ialah mereka akan berpuasa pada hari orang membuat Rukyah, iaitu sehari atau dua hari sebelum tarikh puasa melalui kaedah rukyah.

Tuntutan Syara'


شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴿٥٨١﴾

Dalam surah al-Baqarah ayat 185, perkataan "famaan shahida minkum as-shahara" bermaksud ‘Sesiapa antara kamu yang melihat bulan'. Ayat ini merujuk terus keperluan untuk melihat sendiri Hilal. Perkataan ‘shahida' memberi makna untuk melihat dalam bentuk fizikal sebagai bukti (hilalsighting.org). Maksud lain bagi perkataan ‘shahida' adalah, untuk bersaksi atas suatu perkara yang dilihatnya (Ali 2009).

Afroz Ali, Presiden di Al-Ghazzali Centre for Islamic Sciences & Human Development, menekankan bahawa untuk menggunakan kaedah pengiraan semata-mata bagi menentukan tarikh tidak menepati kehendak syara' dan beliau juga menambah; Imam al-Qurtubi dalam Sabab al-Nuzul, menulis berkaitan dengan ayat 189 surah al-Baqarah seperti berikut:

"This (verse was revealed) in opposition to what the Arabs considered acceptable at their time, as their practice was to perform Hajj based upon calculation (‘adad) and alterations of the months. And so Allah nullified their words and deeds by obligating sighting of the crescent". (Ali 2009)

Pada zaman Rasulullah (SAW) di Madinah, orang Yahudi juga mempunyai Kalendar Lunar6 mereka sendiri, tetapi berbeza dengan Muslim, Yahudi menggunakan Bulan Baru sebagai permulaan bulan yang baru dalam kalendar mereka. Rasulullah (SAW) sebaliknya menyuruh umat islam untuk menggunakan Hilal sebagai penentu berakhir dan mula bulan-bulan Islam daripada menggunakan kalendar Yahudi (IslamMoon.com).

Maka pada hukum syara', Hilal merupakan sabab kepada mulanya puasa tetapi selepas beberapa kriteria yang ditetapkan dipenuhi iaitu Rukyah pada petang 29 haribulan bulan Islam. Dan seperti hadith Nabi, sekiranya Hilal tidak kelihatan maka dicukupkan bulan itu dengan 30 hari (Ali 2009).

Saksi sedang mengira kedudukan matahari (sumber: al-ghazzali centre)

Penutup

Muslim seluruh dunia melihatkan keperluan untuk menyatukan tarikh kalendar hijriyah sebagai lambang kesatuan Ummah. Ironiknya setiap kali Ramadhan dan dua Hari Raya (Eid), Muslim menyambutnya dalam 2-3 tarikh Kalendar Gregorian yang berbeza serata dunia, tidak cukup dengan itu masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perbezaan tarikh tersebut.

Persoalan yang dibangkitkan ialah apakah ia tuntutan syara bagi menseragamkan kalendar Islam atas dasar syiar perpaduan Islam semata? Dalam menjawab persoalan ini, Liga Muslim Sedunia (Muslim World League), bersetuju atas beberapa perkara mengenai tarikh kalendar hijriah7:

1-Tidak ada keperluan untuk menseragamkan rukyah dan Hari Raya untuk semua negara-negara Islam. Kerana usaha ini belum tentu dapat menyatukan ummah seperti mana yang dilaung-laungkan.

2- Perihal rukyah adalah tanggungjawab pada Waqi' negara masing-masing.

3-Satu-satunya jaminan untuk kesatuan Ummah ialah apabila Muslim mahu bersatu dalam mentaati Quran dan Sunnah.

Sebagai tambahan, Salman Shaikh, Koordinator Hilal Sighting Commitee of North America menjelaskan bahawa Rasulullah tidak pernah menyamakan tarikh Eid-ul-Adha di Madinah dan Mekah (Shaikh 2006).

Terdapat pelbagai lagi persoalan yang lahir berkaitan Rukyah, Hilal dan Kalendar Hijriah, antara yang popular ialah persoalan menggunakkan Rukyah Lokal atau Global, dengan kata lain, apakah saya yang berada di Australia boleh menggunakkan keputusan Rukyah di Algeria, Arab Saudi, Argentina etc. Namun perbincangan yang panjang yang tidak disertakan dalam penulisan ini kebanyakkan berbentuk khilaf, untuk mengelakkan takalluf, saya sengaja tidak sertakan. Apa yang telah ditulis merupakan hanya sebagai pendahuluan dan sangat sedikit daripada maklumat mengenai Rukyah dan perkara berkaitan dengannya. Lagi sekali diingatkan, penulisan ini hanya sebagai pendorong untuk pembaca mencari maklumat sendiri dengan lebih lanjut.

Maha Suci Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.



Nota kaki

[1]-Terdapat dua maksud untuk perkataan Rukyah. Dalam penulisan ini, Rukyah merujuk kepada aktiviti atau kaedah melihat anak bulan untuk penentuan tarikh dalam kalendar Hijriah. Rukyah ini dieja seperti berikut (رؤْية). Perkata rukyah lain bermaksud bacaan du'a sebagai syifa' atau memohon perlindungan, Rukyah ini pula atau Ruqyah dieja dengan huruf Qaff (myks.wordpress.com).

[2] Penulis terjemah sendiri dari ayat berikut: (They ask you (O Muhammad) about the crescents. Say, "These are signs to mark fixed periods of time for mankind...) so that they mark their acts of worship, the `Iddah (the period of time a divorced woman or a widow is required to wait before remarrying) of their women and the time of their Hajj (pilgrimage to Makkah).(Tafsir.com)

[3]- Sahih Muslim, Hadith 1795 (al-Islam.com).

[4]- ‘New Moon'/Conjuction/Astronomical New Moon; merujuk kepada fasa peredaran bulan di mana ‘celestial longitude' bulan adalah sama dengan matahari (Shaikh 2006, Odeh) dengan kata lain, kedudukan bulan adalah selari dengan matahari dari tempat pemerhati, menyebabkan tiada pantulan cahaya dari matahari oleh bulan sampai ke bumi; maka pada fasa ini bulan tidak dapat kelihatan. Dengan kata lain ‘New moon' bermaksud ‘No moon'(Shaikh 2006), saya namakan fasa New Moon sebagai Bulan Baru.

[5]-Diterjemah dari ayat berikut: The sun and the moon run on their fixed courses, calculated with measured out stages for each. (Qur'an 55:5) dan (Yusuf Ali translation): The sun and the moon follow courses (exactly) computed.

[6]-Lunar Calendar/Kalendar Lunar=Kalendar berdasarkan bulan, oppo. Solar Calendar/Gregorian Calendar=kalendar berdasarkan pergerakkan bumi menggelilingi matahari.

[7]-Penulis terjemah sendiri dari ayat berikut: "1-There is no need to peruse unification of Moon sighting and Festivals in the Islamic world. Because this pursuit will not guarantee the ummah's unification as the promoters of unification of Moon sighting and Festivals imagine. 2- That the matter of moon sighting be left to the Muslim countries and their Judicial and Juristic Councils, because that has priority as well as will yield the most benefit. 3-The only guarantee which will benefit the Muslims in unifying the ummah in its matters and issues is that they agree to abide by the Quran and Sunnah in all of their matters" (Hilalsighting.org).



Rujukan

Afroz Ali, Understanding Crescent Sighting, al-Ghazzali Centre, held on 5th July 2009 in Newcastle, NSW Australia.

Australian National Crescent Sighting Coordination Centre, URL , last view on 17th August 2009.

Dr. Salman Shaikh, Coordinator, Hilal Sighting Committee of North America, Hilal Sighting & Islamic Dates:
Issues and Solution Insha'Allaah, Presented at Islamic Crescent Observation Project Conferences in Amman, Jordan in 1422H (2001G) and in Abu-Dhabi, UAE in 1427H (2006G), URL, last view on 17th August 2009.Imbang Penuh

D. A. King 1993, Astronomy in the Service of Islam, Variorum Publication, ISBN 0-86078-357-X.

Hilal sighting committee of North America, A Refutation to ISNA/Fiqh's Council Decision to Disregard the Qur'an and the Sunnah and to follow Astronomical Calculations for Beginning an Islamic Month, URL

CrescentWatch.org, URL <http://www.crescentwatch.org/cgi-bin/Cw/cw.cgi?action=2> last view on 17th August 2009.

Ginny's thought and Things, URL last view on 17th August 2009.

IslamicMoon.com, Moon sighting News, Analysis and Articles, URL last view on 17th August 2009.

Myks.wordpress.com URL last view on 17th August 2009.

Al-Islam, www.al-islam.com, Hadis-Hadis Nabi: Puasa, URL

Online Quran project, www.al-quran.info URL (Ayat quran dalam teks arab)

--------------------------------------
alfaqiir abu miftah

Sabar : Kunci Kekuatan Diri

---------------------------
KULTUM SUBUH
----------------------------

Assalaamualaikum wtb...

Saudaraku;

Marilah pada hari yang hening ini, kita istiqamah dengan kekuatan azam dan tekad terus berusaha menggapai taqwa yang sebenar. Marilah kita ingat-mengingatkan antara satu sama lain untuk sentiasa peka dengan segala suruhan dan jua larangan ALLAH SWT. Mudah-mudahan dengan taqwa dan amalan-amalan soleh lagi baik yang kita kerjakan, mendorong untuk kita mendapatkan naungan teduh kasih sayang daripada-Nya.

Mudah-mudahan juga kita mendapat taqwa yang justeru dapat menumbuhkembangkan sifat sabar dalam diri kita sebagai makhluk kerdil ciptaan-Nya. Sabar - dalam erti kata menerima segala yang berlaku pada diri kita dengan ikhlas, redha, tabah dan tetap hati; dengan niat mengharap keredhaan ALLAH SWT jua semata-mata.

Saudaraku;

Didalam hidup ini, kita sering menjumpai bermacam-macam keadaan; suka dan duka, bahagia dan derita, lega hati / lapang dada dan kecewa silih berganti, sihat dan sakit, senyum dan air mata datang dan pergi...

Sehubungan dengan itu, ALLAH SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya, surah Al-Mulk ayat 1-2:

Maksudnya : "Maha suci Tuhan yang ditangan-Nya segala kekuasaan, dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Maksudnya: "Dia-lah yang menjadikan mati dan hidup, semata-mata menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".


Saudaraku;

Setelah kita menyedari hidup ini penuh dengan persoalan dan pancaroba, maka sebagai peribadi Muslim hendaknya kita sentiasa menunjukkan kesabaran sebagai pertahanan rohani, benteng jiwa; kerana kita yakin dengan kesabaran itulah yang dapat melepaskan diri kita dari rasa putus asa.

Kita bekerja untuk urusan kehidupan duniawi dan dalam masa yang bersamaan kita juga beramal untuk kehidupan ukhrawi - hendaknya dengan penuh kesabaran. Begitu pula dalam menerima ujian daripada ALLAH SWT. Kerana, ALLAH SWT sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat ke-153:

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sikap sabar dan (ibadah) solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya ALLAH berserta orang-orang yang sabar..."

Saudaraku;

Justeru, untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat - hendaklah kita memohon pertolongan (nusroh) daripada ALLAH SWT dengan sikap sabar dan dalam masa yang sama juga mengamalkan ibadah solat.

Sabar tanpa pengabdian (ibadah -solat) tidak akan bermakna; ibadah tanpa kesabaran tidak akan memberikan kesan.

Begitu pula dalam cubaan jua cabaran (imtihan) Tuhan, janganlah kita mengeluh dan berputus asa. Sebab, ujian itu sebenarnya merupakan proses kematangan hidup kita selain sebagai bukti kecintaan ALLAH SWT yang Maha Tahu hikmah-hikmah tersendiri dibaliknya.

Kita perlu sedar, bahawa tidak ada keberhasilan tanpa jerih payah. Tidak ada kebahagiaan tanpa penderitaan. Penderitaan zahir dan bathin harus kita hadapi dengan sikap sabar dan pengharapan kepada yang Maha Memberi. Kerana, disebalik semua proses besar kehidupan ini ALLAH SWT menjanjikan kemudahan dan kegembiraan.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Insyirah ayat ke-5 dan 6:

Maksudnya : "Maka, sesungguhnya bersama (disebalik) kepayahan itu pasti ada kesenangan..."

Maksudnya : "(Dan sekali lagi , ingatlah) bahawa sesungguhnya bersama (disebalik) kepayahan itu pasti ada kesenangan..."

Ya ALLAH...
Ya Tuhan kami...
Berilah kami kesabaran dalam setiap langkah hidup ini...
Kuatkanlah iktiqad dan amal soleh kami...
Berilah kami rahmat dari sisiMu... tuntunlah kami dengan irsyad / petunjuk dalam segala urusan kami...
Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin.


---------------------
alfaqiir abu miftah