Ahad, 22 Julai 2012

REFLEKSI IMAN DAN UKHWAH DI BULAN RAMADHAN

Assalaamu'alaikum WTB... Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara" (Surah Al-Hujurat : 10) Saudaraku... Ini bermakna bahawa keimanan sejati hanya akan wujud dengan adanya tali persaudaraan yang sebenar. Persaudaraan murni tidak akan bermakna jika seseorang Muslim tidak pernah mahu ikut merasai kesedihan dan penderitaan saudaranya. Seorang Muslim adalah salah satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tubuh ummat yang hidup. Ummat adalah tempat dia berpijak dan sebagai titik tolak baginya...

LAMBAIAN MINDA : MISTERI RAMADHAN

Assalaamu'alaikum WTB... "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan kepada orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu sentiasa bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : 183" "Semua amal kebaikan anak Adam memiliki balasan 10 kali ganda daripada kebaikan tersebut, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah milik-Ku, Akulah yang akan menentukan balasan bagi ibadah itu" (Hadith Qudsi) Alhamdulillah. Ramadhan yang diberkati datang lagi. Puasa di bulan Ramadhan adalah...

Selasa, 10 Julai 2012

IMAN DAN AMAL SOLEH

Assalaamu'alaikum wtb, Antara pujangga sekaligus ulama yang saya sangat minati ialah Buya Hamka. Hasil karyanya sangat mengesankan dan mendepani zaman beliau, malah buah fikirannya masih segar dan hidup menyonsong zaman. Tidaklah berlebih kalau saya mengatakan bahawa itulah bezanya tulisan yang datang dari lubuk hati keimanan, diwarnai sikap yang tegas dan dipahat dengan pena keahlian. Dalam bukunya "Kesepaduan Iman Dan Amal Soleh" Buya Hamka menyatakan : "Hubungan di antara amal, adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita...

Jumaat, 6 Julai 2012

Celik Minda & Celik Hati...

Assalaamu'alaikum WTB... CELIK MINDA - maksudnya proses berfikir yang menyebabkan manusia menjadi tahu. Tahu akan sesuatu adalah asas kepada maklumat dan ilmu. Tidak semua maklumat berstatus ilmu, tetapi setiap ilmu terkandung maklumat. Manusia selalu ingin tahu siapakah dirinya dan apa yang ada di sekitarnya. Mengetahui akan sesuatu menjadikan manusia celik minda. Namun, celik minda semata-mata tidak memadai. Kita memerlukan CELIK HATI. Nilai terhadap sesuatu, lahirnya daripada hati. Celik Hati ibarat bateri. Yang memberi makna kepada...

Selasa, 3 Julai 2012

SEDIKIT TAPI BANYAK..

Assalaamua'alaikum WTB... Saidina Ali K.W berkata : "Empat perkara yang sedikit sahaja terjadi sudah dikira banyak, iaitu (1) Sakit, (2) Faqir, (3) Api dan (4) Permusuhan." Empat perkara tersebut, siapa pun yang mengalaminya walaupun sedikit, tetap menyulitkan dan telah meragut kebahagiaan juga keselamatan. Apabila kita sakit, yang seronok jadi lesu dan hambar. Sementara, apabila kita mengalami kefaqiran mendadak, hidup terasa hampa dan tidak bererti. Saudara yang selama ini dekat dengan kita sewaktu kita berada akan menjauh, malah...