Assalaamu'alaikum wtb...Seperti kebiasaan, kalau tidak sempat solat Zohor di sekolah, saya akan selalu singgah di sebuah masjid untuk menuntaskannya. Selalunya usai solat saya akan selalu tercari-cari sosok seorang yang agak berumur di situ. Saya sering rindukan tutur bicaranya yang bagi saya memiliki pengalaman hidup yang luas dan tersendiri - bukan semata-mata kerana ia sudah tua - tetapi isi bual bicaranya yang sungguh bererti bagi saya yang masih mentah dengan erti 'kehidupan luas ini'.Kekadang dia tiada. Mungkin ke tempat lain atau ada urusan...
Jumaat, 29 Oktober 2010
Khamis, 21 Oktober 2010
Jangan Bersedih... Jangan Berputus Asa
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE ...
Rabu, 20 Oktober 2010
Sembahyang Pada Zaman Moden
Sembahyang Pada Zaman Moden [Petikan tulisan asal Prof. Dr. Hamka - "Pandangan Hidup Muslim" bahagian I - m/s 101-106]Bahagian ITatkala Rasulullah saw akan menutup mata, walaupun jasmaninya menderita sakit, masih dipaksa-paksakannya juga dirinya walaupun tenaga tak ada lagi untuk naik mimbar di masjid Madinah, memberi nasihat yang penghabisan kepada ummatnya. Di antara nasihat yang terpenting itu, dan semuanya penting, diperingatkannya benar agar sembahyang lima waktu jangan ditinggalkan, jangan disia-siakan. Baginda cemas kalau-kalau setelah dia...
Selasa, 12 Oktober 2010
Peluang beramal khairat...

Mari beramal....Gambaran hadapan Maahad Al-Kautsar Tambunan...Peluang beramal khairat terbuka dimana-mana. Dari kita saja. Samada untuk meraikan kesempatan peluang demi peluang untuk itu atau sebaliknya.Sering kali kita (apalagi para khatib di mimbar atau penceramah agama) mengulangi hadith Nabi saw - "Apabila matinya anak adam (manusia), maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara (kalau ada?) iaitu : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat /...
Ahad, 10 Oktober 2010
MAT USIA Bahagian Tambunan

Tambunan ; Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) USIA Bahagian Tambunan telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari hampir semua cawangan USIA Bahagian.Bertepatan dengan tarikh yang indah - 10/10/2010 - MAT kali ini diadakan dalam suasana pelbagai bentuk emosi. Ini kerana, bukan sahaja diadakan bagi tujuan membentangkan laporan aktiviti dan pergerakan organisasi, tetapi juga turut merai dan menghargai para pejuang...