Jumaat, 14 Januari 2011

Menyembelih Kerana JIN


Ada orang yang pergi menemui sang dukun - atau juga disebut bomoh @ tukang tenung @ tukang mengintutun / tukang mengungurut - untuk tujuan mengubati penyakitnya atau meminta tilik mana tahu diguna-guna oleh seseorang @ disampuk jembalang / mianat].

Sang bomoh @ tukang mengintutun om mengungurut tadi meminta seekor haiwan darinya dengan sifat-sifat tertentu (seperti ayam hitam mulus @ manuk toitom / atau ayam putih mulus @ manuk kombura') atau kambing tertentu - mengikut punca dan kekuatan semangat @ sumangat @ mianat yang didakwa menyebabkan orang tersebut sakit. Kemudian, si bomoh @ bobolian akan menyembelihnya lalu melumurkan darahnya pada orang sakit, untuk meminta keredhaan jin [yang kadang-kadang disebut mereka sebagai yang KUASA]. Ada juga bomoh yang hanya menakung darah tersebut ke dalam bekas tertentu dan bukan dilumurkan pada pesakit. Di sesetengah kawasan, penyembelihan dilakukan ditempat tertentu dengan upacara khas.

Perlakuan atau cara perubatan seperti ini adalah haram. Pelakunya dilaknat ALLAH SWT dan penyembelihan itu tercela, semaklah berdasarkan sabda Nabi saw dalam sebuah hadith riwayat Muslim :

"ALLAH melaknat sesiapa jua yang menyembelih kerana selain ALLAH. ALLAH melaknat sesiapa jua yang melaknat kedua orang tuanya. ALLAH melaknat sesiapa jua yang melindungi siapa yang mengada-adakan / bid'ah (dalam urusan agama). ALLAH melaknat sesiapa jua yang merubah batas-batas tanah".

[Shahih Muslim - n0.1978, dalam al-Adhahi, bab Tahrim adz-zhabeh lighairillahi]

Tambahan pula, upacara perubatan seumpama ini [yang akhirnya menjumudkan pemikiran mereka] menyebabkan bertambahnya kebergantungan mereka kepada Jin / Syaitan. Dengan ini, mereka semakin jauh bergelumang dengan dosa syirik - dengan meyakini adanya makhluk yang berkuasa atau sama kuasa dengan ALLAH SWT.

Murnikanlah keyakinan hanya kepada ALLAH SWT semata!

----------------------------

* ISLAM menawarkan perubatan syarie / ruqyah syarieyyah sebagai alternatif dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma'thur. Ikhtiarlah pada jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

1 ulasan:

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.