Jumaat, 14 Januari 2011

Hukum 'ISTIGHATSAH' Kepada Orang Yang Sudah Mati?


Ada orang bertanya :

"Bolehkah kita meminta bantuan - istighatsah - kepada para syeikh atau sesiapa jua yang sudah mati?

Jawapan :

Tanpa berselindung, kita tegaskan bahawa memang di dunia modern ini pun masih ada sebahagian - malah ramai - manusia yang beristighatsah kepada orang yang sudah mati. Ada yang mengatakan, misalnya, ketika mengalami kesusahan dan kesulitan; "Wahai ruh syeikh fulan... bantulah aku!". Atau - "Wahai tuan fulan yang mulia @ tuan guru... tolonglah aku!".

Istighatsah - meminta bantuan - adalah ibadah yang semestinya dilakukan hanya kepada ALLAH SWT semata. Kerana itu, ketika para sahabat melihat ramainya jumlah kaum musyrikin dan sedikitnya jumlah kaum muslimin dalam perang Badar, dan peperangan berlangsung sengit serta kesusahan bertambah, mereka tidak meminta pertolongan kepada Rasulullah saw - padahal beliau adalah penghulu para wali dan imam para rasul.

Hal ini kerana, para sahabat tahu bahawa Baginda saw adalah manusia yang tidak mempunyai kekuatan dan bantuan mutlak untuk mereka. Tetapi mereka semua meminta pertolongan kepada ALLAH SWT semata. Kemudian, ALLAH SWT mengabulkan doa mereka pada saat itu dengan memberikan pertolongan kepada mereka berupa pasukan seribu malaikat.

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabbmu, lalu diperkenankanNYA bagimu, 'Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu seribu malaikat yang datang berturut-turut'.


"Dan ALLAH tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram teguh kerananya. Dan pertolongan itu hanya dari sisi ALLAH semata. Sesungguhnya, ALLAH Maha Pekasa lagi Maha Bijaksana".

[Surah Al-Anfaal, 8:9-10]


0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.