Isnin, 2 November 2009

Undangan & Ziarah Saudara Di Papar....


Undangan & Ziarah

Tarikh : 31hb Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Kg. Kelatuan & Kg. Langsat, Papar


ZIARAH 1

Gambar 1: Gambar kenangan 'beliau-beliau' kedua belah pihak bersama dengan pengantin. Turut kelihatan disebelah ayah ialah En. Basman (orang kuat Masjid Nurul Iman Tambunan), Cikgu Rahmat & Ustaz Hamim...

Gambar 2: Dari Kiri - Ayahanda Rusinin, Adik Noorjannah, Ipar Amidun, Bonda Rasuinah. Berdiri dibelakang - Kak Nozie [Pengantin memakai pakaian tradisi Kadazandusun]

Gambar 3: Dari kiri - Istriku, Abu Miftah (saya bah... mendukung Miftah he3x...), Pakcik Jasili (wajah seiras dengan Datuk Masidi Manjun), Adik Noorjannah & Ipar Amidun. Depan - Adik Mira & Miza..

Gambar 4: Pengantin bergambar bersama adik Hadi..

Gambar 5: Pengantin bersama Pakcik Sahimin & adik Hadi..

Gambar 6: Pengantin mendapatkan 'amanat' dari beliau sebelum kami berinut pergi... coooool bah pengantin...

Memenuhi undangan makan belanja kahwin dan ziarah ukhwah dari Pengantin lelaki di Taman Rumbia, Kg. Kelatuan, Papar. Kami rombongan dari Tambunan datang dengan 5 buah kereta secara konvoi. Maklumlah bukan selalu ada kesempatan berjalan jauh seperti ke Papar ini.

Untuk makluman, bahawa keluarga lelaki iaitu Amidun Bin Asan adalah suami kepada adik kami Noor Jannah Bte Rusinin (JHEAINS Tambunan). Mereka telah dinikahkan sebelumnya di rumah pengantin perempuan pada 25hb September 2009, di Kg. Tinompok Liwan, Tambunan.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan tetamu jauh dekat yang datang berpusu-pusu, ditambah kehangatan terik mentari yang agak menyengat. Tak jauh beza dengan Keningau juga bah...


ZIARAH 2
Gambar 1: Nenek Lokuntim (adik kepada datuk kami sebelah ibu iaitu Allahyarham Dumin - yang telah meninggal pada tahun 1993)

Gambar 2: Nenek Lokuntim bersalaman mesra dengan Pakcik Sigul @ Waili. Duduk memerhati ialah Pakcik Bayou @ Majinin - mereka berdua pernah bersama ketika nenek Ungkim menetap di kampung asal iaitu Kg. Tinompok Liwan sebelum berhijrah ke Papar...

Gambar 3: Duduk dari kiri - Bonda Rasuinah, nenek Lokuntim & Pakcik Majinin - sambil berbual mengenangkan kisah silam...

Gambar 4: Nenek Lokuntim mungkin bertanya khabar tentang keadaan di kampung kepada bonda... wajah nenek Lokuntim tak saling tumpah dengan wajah adik bonda di Lohan, Ranau...

Gambar 5: Suasana meriah dengan kedatangan rombongan ziarah dari Kg. Tinompok Liwan... Wah! sambil makan rambutan lagi... al-maklumlah pertama kali sampai di Kg. Langsat bah...

Gambar 6: Dari kiri - adik Azli & ayahnya Pakcik Sahimin, Bonda, Nenek Lokuntim & Ayahanda...

Menziarahi saudara atau lebih tepat adik kepada datuk sebelah emak di Kg. Langsat / Dumunsut atau lebih dikenali Batu 6 iaitu berdekatan sahaja dengan Kg. Kelatuan.

Nampaknya, inilah ziarah yang julung-julung kalinya sejak lama semenjak mereka berhijrah dari Kg. Tinompok Liwan [kampung kami menetap] ke Papar pada akhir tahun 60-an. Kerana tuntutan adat 'berdagang' atau mencari penghidupan baru, maka terpaksa merantau jauh dan akhirnya menetap di sini.

Susur galur kami adalah pada nenek Lokuntim (adik kepada datuk kami sebelah ibu - iaitu Dumin - telah meninggal pada tahun 1993) dan suaminya Lipat yang telah meninggal dunia (iaitu pada sebelah nenek - Rusimah - masih hidup).

Walaupun keluarga mereka Kristian [difahamkan ada juga anak-anak mereka atau cucu yang sudah masuk Islam], namun hubungan kami tetapi terjalin erat. Jika ada jemputan majlis kekeluargaan di Tambunan, mereka tetap datang memenuhi undangan, termasuklah majlis 'Hari Keluarga' yang telah diadakan beberapa tahun yang lalu.

Catatan:

Silsilah keluarga besar atau 'payat' sedang diusahakan oleh adik kepada penulis AM. Semoga ikatan kekeluargaan ini tetap terjalin mesra walau dipisahkan oleh jarak, masa dan kesempatan. Kami amat mengalu-alukan sekiranya ada inisiatif dari saudara-saudara terdekat kita untuk usaha murni ini. Insyaallah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.