Selasa, 30 Jun 2009

Salam Untuk Semua...


Assalaamualaikum wtb...

Hidup hari ini mesti cemerlang daripada semalam. Hidup kita sentiasa berkembang. Beruntung mereka yang sentiasa memacu diri untuk lebih baik dari apa yang sebelumnya...

Sebagai seorang individu yang telah terlibat dalam bidang ini, saya berpegang pada falsafah “hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini”. Anda boleh memilih apa cara pun tetapi yang paling penting anda mesti berubah kearah positif setiap hari. Malahan, Islam sendiri menuntut pengikutnya supaya sentiasa berubah menuju ke arah kebaikan.

Wallace Wattles dalam buku beliau “The Science of Being Great” berkata;

Kesedaran untuk berubah dan berkembang tidak diberikan kepada haiwan. Ia hanya ada pada manusia sahaja dan boleh dibangunkan oleh manusia itu sendiri. Haiwan hanya boleh berubah atau berkembang dengan bantuan manusia sendiri.Tetapi manusia boleh berubah dan membangun dengan diri sendiri. Manusia sendiri mempunyai kuasa tersebut yang tak terbatas.

Matlamat Kehidupan manusia adalah berubah (berkembang), seperti juga tujuan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan pokok.Tumbuhan dan pokok berkembang secara automatik dan mengikut ukuran tetapnya. Manusia berkembang mengikut kehendaknya.”

Jadi, kita wajib membuat perubahan dalam perjalanan hidup kita sejajar dengan fitrah kita sebagai seorang makhluk Allah yang hebat.

Al-Faqiir

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...