Selasa, 24 Ogos 2010

Masing-maaasing...


Masing-maaasing....

Assalamaualaikum wtb...

Apa yang mau AM kongsi kali ini?

Cuba pembaca sebut betul-betul perkataan terpilih di atas... apa ni? biasa saja bah tu...

Menurut bahasa pasar tempatan kita, ia ada makna yang tersendiri - - masing-maaasing - - seolah semakna dengan sendiri-sendiiiri (perkataan kedua dipanjangkan).

Saya cuba kaitkan dengan konteks ibadah kita sehari-hari. Apatah lagi, alhamdulillah diwaktu ini kita semua tentunya sedang berusaha mengisi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan pelbagai usaha atas iman demi redha-Nya.

Ironinya, suatu hari saya balik lewat sedikit dari sekolah selepas men-tasmik anak murid. Dalam keletihan puasa, singgah menunaikan solat zohor di masjid. Hasratnya, biarlah sudah lewat tapi mau juga berjemaah kalau boleh.

Lalu adalah beberapa orang yang kelihatannya baru sampai dan akan menunaikan solat zohor di masjid yang sama. Setelah menunggu seketika sementara mereka berwudhu dan masuk ke ruangan solat, dalam hati untung juga dapat juga berjemaah. Lain yang dinanti, lain pula berlaku. Tiba-tiba yang seorang tu (agak tua dan berumur) kata - masing-maaasing. Aik... memerah telinga dan berderau juga rasanya dibuat begitu. Mulanya nak ajak solat jemaah sama. Bila tengok yang lain pun memilih untuk ke tepian dan penjuru ruangan solat. Tiba-tiba rasa sebak terasa di dada. Inilah kita... dimana salah dan silapnya?

Seusai solat (terpaksa solat sendiri), fikiran menerawang memikirkan hal yang baru berlaku. Fikir-fikir dan lihat-lihat... dimana-mana pun perkara ini berlaku. Bahkan bukan saja berlaku pada orang biasa (yang ilmu tentang hukum hakam agama kurang), juga dilakukan oleh sesetengah ustaz kita.

Masing-maaasing @ sendiri-sendiiiri masih menyelubungi hidup kita. Inilah sikap "ananiyyah" atau "ke-akuan". Nafsi-nafsi. Aku-aku dan kau-kau. Dalam keadaan biasa sering berlaku. Malah turut menjalar dalam hal ibadah. Kalau begitu, ini ada antara gejala penyakit ummat Islam yang sudah mendarah-daging. Akhirnya, tak hairan kalau ummat Islam sesamanya pun bertempur, sanggup berbunuhan biarpun masalah akarnya kecil sangat dan masih boleh ditoleran.

Ntahlah apa nak jadi dengan kita. Dalam bulan Ramadhan yang mana orang lain mengharapkan amal ibadah yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT, ada pula di sana orang yang masih tidak terkesan dengan semarak, meriah dan lazatnya gunungan ganjarannya.

Mungkin saja kita boleh kata - diorang tidak faham kaedah dan hikmah berjemaah. Atau paling pun beralasan - ada urusan yang menanti dan perlu cepat, kalau berjemaah lambat nanti, lagi pula wirid imam panjang. Mungkin ada juga golongan akan kata - alaaah biarlah, yang penting dia sembahyang bah....

Hakikatnya, inilah realiti kita. Ketika orang memerlukan - kita kata : masing-maaasing. Ketika saudara seagama kita dibantai kaum kuffar - kita kata : mau buat macamana lagi. Hal sudah berlaku. Kalau kita campur kita pula kena. Aaah sendiri-sendiiiri... Tapi kalau kita pula yang perlu orang lain dan ketika itu orang tidak endah... kita pun ditimpa penyakit lain; mencemuh, mentohmah, terasa hati, dendam kesumat dan lain-lain... semuanya bermuara dari masalah tidak mengambil endah antara satu dengan yang lain.

Bukankah agama Islam yang kita cintai, menyuarakan agar kita saling berkasih-sayang? Bukankah kita disuruh untuk saling membantu? Bukankah agama juga menyuruh untuk kita bersatu hati, hidup rukun dan saling membina persefahaman? Bukankah dengan berjemaah dalam solat itu visi dan misinya adalah menciptakan kesatuan, persefahaman, kasih sayang, saling pengertian dan lain-lain dari buah manis ukhwah?

Marilah kita fikir-fikirkan. Mari kita timbang-timbangkan.

Arah mana neraca kita - atau masih masing-maaaasing!!!



Abu Miftah
14 Ramadhan 1431H

1 ulasan:

  1. asalam..
    Saya dah turut terasa sedih bila mbca n3 ni. Tak apa lah tu ustaz..dah ajak dan dah tunaikan syariat iaitu mengajak ke arah yg baik. Allah tahu niat kita...semoga dalam ajakan tupun ada fadilat pahala.
    Selamat berbuka puasa petang ni 24hb 8

    BalasPadam

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.