Khamis, 29 Oktober 2009

Ya'juj Wa Ma'juj & Gog And Magog - DAJAL

YA'JUJ WA MA'JUJ & GOG AND MAGOG - DAJAL


Persoalan kita...

Apa kaitan antara TIGA perkataan diatas? Adakah ia sama atau berbeza? Apakah ia sejenis makhluk manusia [?] yang dikatakan memiliki sifat-sifat tertentu sebagaimana kita fahami melalui pelbagai sumber yang telah dijumpai sejak zaman Zulqarnain yang agung itu? Apa kaitannya dengan dunia akhir zaman? Betapa hal ini disebut didalam Al-Quran dan ahaadithul fitan yang mutawatir - justeru mesti ada signifikannya dalam dunia mutakhir kita?

Bahkan, dalam sesetengah hadith disebutkan 'bayangan' atau tasybih / kinayah Dajal dengan rupa paras tertentu, buta sebelah mata [buta mata kiri], dengan pergerakan yang pantas, menawarkan 'syurga dan neraka' kepada manusia, membawa roti, tertulis kalimah "Kaf Fa Ra" pada dahinya dan sebagainya lagi.

Ini terkandung di dalam hadith-hadith fitan yang banyak. Tetapi apakah kita perlu memahami hadith-hadith itu pada zahir sahaja sebagaimana sesetengah kajian sejarahwan keagamaan dan kebudayaan, ataukah kita perlu pentafsiran dengan mengambil kira kepada aspek visiun atau kasyaf / ru'yah Rasulullah dalam hal ini?

Dan pelbagai persoalan lain yang memerlukan pemecahan dan pencerahan yang tuntas....

Jelasnya, perkara ini adalah persoalan hakikat dan sekaligus sebagai sebahagian isyarat atau dalil dunia yang semakin punah dan menuju final.

Baiklah saudara-saudara;

Ya'juj Wa Ma'juj - Gog and Magog dan Dajal pada hakikatnya adalah sama!!!

Menurut keyakinan saya (mungkin juga Anda), ia adalah gambaran Al-Quran atau kasyaf Rasulullah saw tentang bangsa Barat / Eropah dan agama Kristian dari segi sikap, watak, peribadi dan ajaran mereka. Saya tidak akan membincang secara terperinci tentang hal tersebut, tetapi saya serahkan kepada keperihatinan Anda semua.

Jika Anda Muslim; kajilah dengan matahati menerusi wahyu suci Al-Quran dan hadith-hadith shohih yang mutawatir serta kajian-kajian ilmuwan yang muktabar. Jika Anda Kristian (tidak kira sekte apapun); renungkanlah ia melalui kitabmu 'Bible'. Andai Anda jujur, Anda akan temui titik temu pernyataan ini dengan jelas. Silakan.

Perlu saya nyatakan disini sebagai bukti, oleh kerana Ya'juj Wa Ma'juj itu adalah nama suatu bangsa, maka tidak seorang pun akan merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Eropah sendiri telah membina dan memasang replika atau patung Ya'juj Wa Ma'juj [Gog And Magog] di depan Guildhall di London. Atas hikmah inilah pula mengapa Al-Quran hanya menggunakan nama Ya'juj Wa Ma'juj, dan tidak menggunakan nama Dajal yang ertinya pembohong atau penipu. Sebaliknya, kitab-kitab hadith menggunakan kata Dajal, kerana nama Dajal atau Anti-Christ serta ramalan-ramalan yang berhubungan dengannya juga telah disebutkan dalam Kitab-kitab suci samawi yang terdahulu [iaitu Taurat dan Injil - versi asal sebelum penambahan dan pengurangan tangan-tangan Dajal].

Sebagai tambahan maklumat - Dalam hadith yang sangat shohih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi melindungi dari fitnah Dajal. Jadi menurut hadith itu, Al-Quran memberikan isyarat siapakah Dajal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam hadith tersebut:

"Barangsiapa membaca sepuluh ayat awal dan sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnah) Dajal".

Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir itu - sebenarnya yang dimaksudkan adalah keseluruhan Surah Al-Kahfi tersebut yang melukiskan ancamana Nasrani [sebut Kristian] yang beraspek dua; yang satu bersifat keagamaan dan yang lainnya bersifat keduniaan.

Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surah Al-Kahfi, Anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani - yang antara lain mengajarkan dalam keyakinan mereka bahawa Allah memiliki anak lelaki dan mereka ini ahli dalam bidang pembuatan barangan.

Mereka adalah para mission penjaja 3G - God, Gold and Glory - sebagai penjajah dan penjarah tamaddun bangsa lain. Merekalah yang telah keluar dari dua tembok zaman kegelapan dengan istilah 'renaisannce' dan 'mengalir' menjarah dan menyerang negara dan bangsa lain. Lalu mereka 'menggaram dan meragi' sepuas-puasnya bangsa dan agama lain dengan keyakinan Al-Masih Dajal mereka yang menelorkan kepercayaan bahawa Allah beranak [malah dikorban pula demi original sin] dan menyumbat mulut bangsa lain dengan 'roti' sehingga kekenyangan. Akhirnya, majoriti bangsa [terutama Muslim di pelbagai belahan dunia] segan dan malu untuk 'melawan' semula, malah semakin terhutang budi dengan Ya'juj Ma'juj ini. Kita tewas dengan Gog and Magog!

Inilah keyakinan kita sebagai Muslim berkenaan Dajal, Ya'juj Wa Ma'juj atau Gog And Magog!

Namun berlainan pula rupanya kita dengan fahaman dan konsep bangsa mereka sendiri terutamanya Israel Yahudi yang menganggap orang selain mereka sebagai goyim - iaitu binatang ternak bagi mereka.

Sebahagian kepercayaan mereka mengatakan bahawa Magog adalah Muslim, bahkan lebih ditujukan kepada sebuah negara dan bangsa Islam - walaupun bukan ASWJ - iaitu Negara Syiah Iran.

Nah! Kalau begitu, maka secara psikologinya apa juga yang dipropagandakan oleh AS dan kuncu-kuncunya - dengan ditunggangi oleh Israel Yahudi : Zionis, Freemasonry dan lain-lain - adalah perang pra-Armageddon yang akan meletus pada bila-bila masa. Sayangnya ramai yang masih tidak mahu peka dan memahami catatan sejarah ini!!!

Sila baca dan fikirkan entri dalam blog ini - Gog And Magog : Locating Magog [klik disini]

Ada kesempatan kita berkongsi lagi. Semoga sedikit paparan ini menjadikan kita lebih teruja untuk mengetahui sejarah yang berputar di sekeliling kita terutamanya yang menyentuh survival ummat ini sendiri.

Marilah kita jadikan pesan wahyu Allah dan hadith RasulNYA sebagai pegangan kukuh. Gigitlah ia dengan gerahammu - dengan pegangan yang erat dan membuku di dada.

Jangan sampai terjajah dan tewas dengan dakyah Ya'juj Wa Ma'juj serta Dajal. Sesungguhnya, pesan ini telah diwariskan sebagai peringatan besar sejak para nabi yang terdahulu. Kini, kita dalam dunia gejolak Ya'juj Wa Ma'juj. Maka, wariskanlah "Kalimah Toyyibah" kepada seluruh ahli keluarga sebagai secerca bekal menghadapi dunia 'Gog and Magog'.


AM -
10 Zul Qaedah 1430H

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.