Jumaat, 24 Julai 2009

Ittaqillaah haithumaa kunta....

SOLAT dikenali sebagai salah satu daripada perkara yang disebut sebagai- almakluum minad deen bid dhoruuroh. Iaitu perkara yang sedia maklum diketahui hukum taklifinya pada semua manusia muslim. Dan hukumnya adalah fardhu Ain.

Sesuatu perkara yang dihukumkan fardhu adalah sedikit berbeza daripada perkara yang diwajibkan semata-mata, samada dari segi keutamaan tuntutan melaksanakan mahupun hukumnya.

SOLAT adalah tersenarai salah satu diantara beberapa amar fardhu oleh ALLAH SWT. Malah SOLAT adalah yang paling wajib, tidak terkecuali siapapun asal yang beragama Islam untuk melaksanakannya. Hal ini kerana, SOLAT diterima pensyariatannya oleh Rasulullah saw daripada ALLAH SWT pun bukan pada masa yang biasa, tempat yang biasa; bahkan ia telah diterima terus oleh Baginda saw tanpa perantaraan Jibril a.s. Tempatnya adalah di Sidrotul Muntaha.

SOLAT cukup istimewa!

-Istimewa dari segi penerimaannya oleh Nabi saw.
-Istimewa peranannya dalam pembentukan sahsiah hidup seorang Muslim.
-Istimewa pahalanya berbanding amalan yang lain.
-Istimewa kerana amal solatlah penentu amal-amal yang lain.
-Istimewa kerana ia adalah daya / sumber komunikasi langsung sang pendamba kasih dengan yang Maha Penyayang.
-Istimewa kerana amal inilah pembeza / tamyiiz antara yang beriman & yang kufur.

Di dalam SOLAT kita rukuk / tunduk pada 'Kebesaran ALLAH'. Kita sujud mengagungkan ALLAH yang Maha Tinggi. Hati, akal & nafsu tunduk sujud - dihadapanNYA.

Rasulullah saw menyebut:

"Sehampir-hampirnya kedudukan seseorang hamba kepada Tuhannya - ALLAH SWT- adalah ketika mana ia bersujud di dalam solatnya (dengan penuh tawarruk dan tawadhu')"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar Anda...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.